Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes RawangEkspresi 

Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta

Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta – Tepat jam 6 petang tanggal 22 Januari 2015 (Khamis) bersamaan 1 Rabiul Akhir 1436 hijrah, ayahanda saya bernama Hj Md Khalid Bin Hj Abd. Aziz telah kembali ke rahmatullah. Saat arwah nazak sehingga menghembuskan nafas terakhir merupakan memori terakhir bersama yang tetap terpahat dalam ingatan dan hati sepanjang hayat ini.
Tahlil Arwah Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Merawat Sakit Strok Ayahanda

Ayahanda kembali ke rahmatullah pada usia 70 tahun setelah menghadapi dugaan angin ahmar (strok) yang lama. Bermula 2007 sewaktu allahyarham berkunjung ke rumah kami di Taman Sri Gombak, Batu Caves. Tanpa diduga arwah diserang strok dan dikejarkan ke Hospital Pakar Selayang. Semenjak itu, ibu dan arwah bapa menetap bersama kami atas persetujuan ibu demi memudahkan perawatan.
Usaha merawat dan memulihkan penyakit strok bukan mudah. Kita tidak boleh lepas tangan dan mengharapkan pihak hospital semata-mata. Ikhtiar lain memang penting untuk pemulihan. Ibarat kanak-kanak mula berjalan dan bertutur. Bezanya ia dilakukan kepada seorang dewasa agar anggota badan, saraf dan mental dapat berfungsi normal kembali. Usaha yang bukan seharian tetapi perlukan perhatian khusus, pengorbanan waktu yang makan masa bertahun-tahun.
Kenangan
Allahyarham ayahanda beransur pulih dari serangan strok
Sehingga 2009, arwah mempunyai daya ingatan yang baik dan mampu berjalan walaupun bertongkat. Cuma daya pertuturan masih sukar dipulihkan. Beliau dengar dan faham namun tidak berdaya bertutur seperti biasa. Kami perlu lebih sensitif memahami apa yang arwah ingin sampaikan agar beliau tidak stress. Paling penting adalah memastikan arwah terus bermotivasi untuk pulih dan tidak putus asa.

Bandar Tasik Puteri, Rawang

Tahun demi tahun berlalu dengan pelbagai kenangan. Kami berpindah ke Bandar Tasik Puteri di Rawang pada 2013. Alhamdulillah, kejiranan yang sesuai untuk pembesaran dan persekolahan anak-anak dalam komuniti mesra dan prihatin. Beberapa bulan bermastautin, arwah mengalami pendarahan di kepala pula. Kisah tersebut pernah dikongsikan pada beberapa artikel di sinisini… dan sini.
Pengkebumian ayahanda Khir Khalid
Semenjak itu, arwah terlantar di atas katil dan bergerak ke mana-mana dengan kerusi roda. Namun, saat dan waktu arwah telah tiba. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan Illahi. Saya redha atas pemergiannya dan berharap apa yang dilakukan sebelum ini adalah yang terbaik seorang anak dapat lakukan terhadap bapanya, in shaa Allah.
Coretan Penghargaan Tulus Ikhlas
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang menziarah dan bantu memudahkan segalanya. Penghargaan juga buat tetangga Persatuan Penduduk, Bandar Tasik Puteri atas keperihatinan dan bantuan, tidak terkecuali pengurusan Khairat Kematian Madrasah As Siddiqin atas pengurusan jenazah serta pengkebumian yang tertib dan lancar… syukur Alhamdulillah.
Pengkebumian ayahanda Khir Khalid
Terima kasih juga kepada kejiranan Taman Zalinah, Pontian, Johor atas kesudian melaksanakan tahlil walaupun arwah telah sekian lama bersama kami di sini. Sesungguhnya jasa keperihatinan semua ini tidak mampu saya balas dengan apa jua nilai yang ada di dunia serta seluruh isinya. Semoga Allah swt jua yang membalas segalanya dengan keberkatan dan kebaikan dunia dan akhirat… aamiin.

Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta

Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes
Arwah ayahanda selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. Semoga Allah swt sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman… Al Fatihah… aamiin.

Related posts

57 Thoughts to “Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta”

  1. banyakkan doa dan alfatihah untuk arwah ya..KK dah buat yg terbaik untuk ayah..yakinlah Allah lebih sayangkan dia dan dah tiba masanya

    1. banyakkan bersabar..

  2. sedih baca entry KK ni..alfatihah untuk arwah.

  3. untuk pengetahuan KK ada produk Elken terbaik mampu menghalang strok merebak. Strok berlaku bila aliran darah tak sampai ke seluruh badan. nama produk tu Livextra..cuba taip livxtra Elken akan ada banyak infor ya.jika minat Etuza nak taja KK jika ada rasa ingin tahun ya

  4. Patutlah KK senyap je lately. Kami disini ingin mengucapkan takziah kepada keluarga KK. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin

  5. Assalammualaikum… Khir,

    takziah khir… al-fatihah buat arwah.. moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba2 nya yang beriman …

    mselim3

  6. Innalillah. takziah buat KK sekeluarga. moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman

  7. takziah kk..semoga tabah dgn dugaan ini.semoga arwah ditmptkan dikalangan org2 beriman

  8. Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali…
    Takziah utk Khir sekeluarga…
    Semoga roh ayahanda Khir ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…aamiin

  9. Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali…
    Takziah utk Khir sekeluarga…
    Semoga roh ayahanda Khir ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…aamiin

  10. Assalammualaikum KK..salam takziah dari CP sekeluarga..semoga KK tabah dan semoga roh ayahanda ditempatkan dikalngan orang-orang yang beriman. Amiin.

  11. innalillahiwainnalillahirojiun…..Salam takziah buat KK sekeluarga…semoga Arwah di tempatkan di kalangan insan yang bertakwa…dan diharapkan KK sekeluarga terus tabah….

  12. takziah…KK..semoga roh di tempatkan di kalangan orang yang beriman..

  13. AvatarAnonymous

    Takziah khir.. Rasa separuh diri kita hilang bila orang tua kita meninggal. Macam kathy,bulan 3 ni genap 1 tahun ayahanda pergi. Al fatihah..

  14. Salam takziah dari saya KK. Semoga tabah hadapi pemergiannya..dan moga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amiinn..

  15. innalillahiwainnalillahirojiun..al-fatihah utk arwah

  16. Salam takziah..al Fatihah buat arwah ayah KK ..semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman.Amin

  17. Salam takziah dan Al-Fatihah untuk arwah ayah KK..

  18. takziah untuk abang KK dan keluarga ye.semoga arwah Ayah ditempatkan bersama-sama para solihin.Al-fatihah buat arwah Hj Md Khalid.

  19. Takziah buat KK sekeluarga…. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman… aamiinn….

  20. salam takziah KK dan keluarga..

  21. Salam takziah buat Khir sekeluarga. Semoga roh nya tenang di sana. Apa yang saya nampak, insya Allah, kehidupan Khir akan lebih dipermudahkan selepas ni. Bukan senang nak jaga mak ayah yang dah berumur, tambah2 kalau yang tidak sihat. Kesabaran, masa dan komitmen perlu dijaga. Khir dah buat lebih daripada yang mampu. Tak tau kita boleh jadi sekuat Khir atau pun tidak. Tahniah dan Barakallah. 🙂

  22. As-Salam KK. Bersabar menghadapi kesedihan ini. Perkara pasti yang akan dirasai semua insan-insan yang bernyawa. Semoga ayah KK dimasukkan ke dalam golongan-golongan yang diredhai Allah. Insyaa-Allah..Amiin

  23. Assalam Bro KK…Salam takziah al-fatihah kepada Arwah…semoga roh beliau di cucuri rahmat dan bahagia di sana. Setiasalah sedekah kan al-fatihah kepada Arwah..

    bab BW or blogging tu letak ke tepi dulu utamakan urusan bro KK yang lebih penting

  24. Al-fatihah…. moga Allah cucurkan rahmat dan menempatkan arwah ayah En.Khir dalam klangn org yang disanyangiNya..amin

  25. Al fatihah khir…

  26. salam takziah…baru sempat jejak blog..apa pun.moga terus tabah menghadapi dugaan ini,kerana Allah lebih sayangkan arwah…Al-fatihah..

  27. Innalillahiwainnailahirajiun. Salam takziah dan Alfatihah.

  28. Salam takziah buat KK sekeluarga…

  29. Al-fatihah untuk aruah ayahanda Khir dan salam takziah untuk Khir sekeluarga.
    Moga diberikan kekuatan untuk menerima ketentuan ini.

  30. salam takziah untuk KK… semoga rohnya di terima di sisiNya… al-fatihah

  31. salam takziah buat KK sekeluarga..maaf lambat ucap..

  32. takziah.. al-fatihah.. dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.. semoga roh arwah ayah KK dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman serta beramal soleh..

  33. Salam takziah Khir.. moga Khir dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.. Nurul doakan semoga Arwah ayahanda Khir ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi Allah.. Al-fatihah.

  34. saudara ku Khir…salam takziah …alfatihah…semoga roh bapa di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman…amin.

  35. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

    Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali.

    AL-Fatihah

    Salam Takziah dari saya…

  36. daripada Dia kita dtg… kepada Dia jua lah kita kembali..

  37. Salam takziah KK.. Semoga bertabah..

  38. Salam takziah buat saudara sekeluarga. saya pun dah merasai saat kehilangan ayahanda ketika umur saya 19tahun lagi. dah 12 tahun ayah hijrah ke dunia baru dan insyaAllah kita semua pun akan hijrah ke sana juga nanti dan berkumpul semula. moga tabah ya 🙂

  39. Semoga saudara tetap tabah. Innalillah..

  40. takziah buat khir khalid sekeluarga.. smoga roh ayahanda khir ditempatkan bersama orang2 yg soleh..

  41. Al Fatihah utk arwah ayah KK…Semoga tnang dan dmai disana…

  42. Al Fatihah, moga roh ayahanda KK dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman… Salam Takziah.

  43. Assalam….

    Salam takziah untuk KK sekeluarga…

  44. Salam…

    21 Jan 2015..merupakan hari peringatan keluarga bunda yakni ganaplnya 2 tahun ibunda kami kembali kerahmatullah…

    Semoga Allah merahmati dan meletakkan arwah2 mereka yang kita sayangi bersama mereka yang beriman…aamiin

  45. semoga roh arwah dicucuri rahmat selalu.

  46. Al-Fatihah semoga roh arwah di tempatkan bersama orang2 beriman amin

  47. Al-fatihah..semoga en.khir tabah..dan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman…sedih baca entri nie..isk..isk…

  48. bila teringatkan arwah , trus je kirim la fatihah utknya … semoga arwah ditempatkan dikalangan orang – orang yg beriman … aamin .

  49. salam takziah..dah lama tak singgah blog abg khir. kengkangan keje. moga abg khir dan keluarga tabah. moga allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayahanda.

  50. Al-Fatihah…

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
    Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
    1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
    Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
    2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

    ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
    Ar-rahmâni r-rahîm
    3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

    مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
    Mâliki yawmi d-dîn
    4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
    5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

    ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
    Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
    6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

    صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
    غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
    وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
    Sirâta llazîna an`amta `alayhim
    ghayri l-maghdhûbi `alayhim
    wala dh-dhâllîn
    7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
    mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
    bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

  51. ALFATIHAH…

    SALAM TAKZIAH UTK KK SEKELUARGA…

  52. bersabarlah ye abang KK. ALLAH lebih menyayanginya. saya pun rasa sebak sangat bila arwah abah pergi dulu. apa yang penting sekarang kita banyak2 doakan untuk mereka. in shaa ALLAH

  53. terklik page sini… Inna Lillaahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun.. AlFatihah

  54. al-fatihah..semoga rohnya ditempatkan disini orang orang beriman

Leave a Comment

CommentLuv badge