Antara perkara yang menyeronokkan dalam berblogging
ialah apabila mendapat cenderahati dari rakan blogger. Alhamdulillah… artikel
kali ini merupakan penghargaan khas buat rakan blogger Anies atau lebih dikenali sebagai Anies The Great. Apa yang saya terima daripada beliau?… jeng,
jeng, jeng… fridge magnet from London!
Blogger Anies The Great,
Fridge magnet ni telah sampai ke rumah pada petang
Jumaat lepas. Namun, disebabkan saya tiada di rumah, maka anak yang ambil dan letakkan di
rak. Sabtu pagi pula bergegas keluar kerana ada urusan tanpa menyedari
cenderahati dah sampai. Ahad petang baru tau… syukurlah sampai dengan selamat.
Baru-baru ni Anies telah ke London dan Paris. Jadi rindu pula kat London bila baca jurnal beliau di blog. Teringat pula kisah saya dan Jez di London dulu… apa khabar dia agaknya sekarang. Apa pun, terima
kasih Anies atas cenderahati dari jauh ini… ingat juga awak kat saya hehe :D.
Jom kenali Anies bagi yang belum mengenali. Rakan blogger yang mesra, peramah dan juga gemar travel. Boleh berkunjung ke blog Anies di sini> www.aniesandyou.blogspot.my   

12 Thoughts to “Penghargaan Cenderahati Blogger Anies”

  1. AvatarFarah Waheda Wahid

    Alhamdulillah… Tahniah ya…

  2. waaaaa bestnya dapat cenderahati macamni.
    Walaupun kecil tapi besar nilainya sebab dari rakan blogger kan? hehe.

  3. Assalamualaikum tuan,

    Untung tuan dapat hadiah dari jauh. Saya tahu bagaimana rasanya dapat hadiah dari seseorang. Rasa kita diingati dan dihargai.

    Saya juga sering menerima hadiah, biasanya dari pesakit sihir yang saya rawat. Pemberian hadiah tersebut lebih kepada anda terima kasih atas bantuan saya merawat mereka.

  4. Alhamdulillah..rezeki Bro KK… 🙂

  5. Seronoknya KK dapat cenderahati 🙂

  6. cik nor dapat jgk a.khir..hihi

  7. Alhamdululillah..tahniah Khir
    Rezeki tu

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.