Pengaruh sikap
Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan – Ingin saya berkongsi sedikit pengetahuan yang diperolehi dari salah satu seminar yang telah dihadiri tidak lama dahulu. Berdasarkan pandangan dari kebanyakkan pakar motivasi menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan dalam hidup ini bergantung kepada sikap, 19 peratus kejayaan bergantung kepada ilmu dan hanya 1 peratus sahaja yang bersandar kepada nasib. Sikap dan ilmu adalah penentu kepada faktor yang 1 peratus, sama ada bernasib baik atau tidak. Justeru, terpanggil untuk saya coretkan sedikit ulasan sekadar renungan bersama.   
 
Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan
Suasana dalam satu seminar motivasi sosial yang pernah dihadiri
p/s : jangan pedulikan gambar di cermin tu.. 😀
 

Pengaruh Sikap Dalam Kehidupan Kita

 
Secara kasar dalam kehidupan ini, kita dapat lihat ada antara orang berilmu tetapi kurang berjaya, ramai yang bijak tetapi kurang cemerlang. Mereka tahu, jika mahukan kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat perlulah bersungguh-sungguh, bekerja keras dengan kesabaran dan perancangan yang bijak.
 
Tapi sebaliknya ada yang bersikap negatif seperti tidak komited, malas, sambil lewa atau main-main. Namun, apabila seseorang yang bersungguh-sungguh dan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan, sayangnya, timbul pula perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki dari dikalangan yang sambil lewa itu lantas memperkatakan tentang nasib atau lain-lain yang tidak sedap kita dengar.
 
Berdasarkan pengkajian, sikaplah yang membezakan antara mereka yang berjaya dengan yang gagal. Definasi kejayaan dan kegagalan pula tidak perlu saya perjelaskan kerana ia bergantung kepada diri individu itu sendiri berdasarkan apa yang dicitakan untuk berjaya.
 
Sebagai contoh, ramai orang yang mahu berjaya dalam kerjaya akan menghadiri pelbagai kursus dan seminar. Mereka diberi input pembelajaran tentang selok belok sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjaya mereka. Segalanya boleh dikatakan tersedia dihadapan mereka untuk dihadamkan oleh minda. Tetapi percayalah, jika sikap negatif yang ada pada diri sendiri tidak mahu diubah, maka tiada apa pun kejayaan yang mampu dicapai.
 

Keupayaan Niat Membentuk Sikap Untuk Berjaya

 
Kalau benar kita mempunyai niat mahu memilih untuk berjaya, maka tiada pilihan lain selain berubah kepada sikap yang positif. Ia pasti melibatkan pengorbanan yang antaranya pasti menguji kesabaran kita terhadap tingkah laku insan dan keadaan persekitaran. Ada ketika juga kita mungkin kurang tidur dan terpaksa bekerja dalam satu tempoh masa yang panjang setiap hari. Semua ini adalah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar dalam pembentukan sikap positif jika benar-benar mahu berjaya dalam mencapai matlamat.
 
Tiada siapa pun yang berkata mencapai kejayaan itu sesuatu yang mudah kerana sesungguhnya ia memerlukan pengorbanan sama ada dalam bentuk masa, tenaga, perasaan mahu pun wang ringgit. Setiap kejayaan yang hendak dicapai pasti ada cabaran, dugaan dan rintangan yang menguji kesabaran kerana masa untuk mencapainya itu kebiasaannya panjang. Walau apa sahaja yang dihadapi atau dilakukan perlulah ditempuhi dan dilaksanakan dengan positif kerana kita telah memilih untuk berjaya.
 
Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan
Kenangan bersama peserta (motivasi & kaunseling) yang dihormati
 

Membentuk Sikap “Aku Memilih Untuk Berjaya”

 
Antara kata-kata yang mampu menyuntik kekuatan dalaman dan membentuk sikap tidak berputus asa mencapai matlamat untuk berjaya adalah seperti petikan berikut….
 
Aku pilih untuk berjaya dan segala cabaran yang aku hadapi adalah proses untuk aku berjaya. Aku perlu tempuhi dengan sikap yang positif kerana aku memilih untuk berjaya.
 
Sesuatu perubahan yang mahu dicapai dalam hidup ini mestilah dengan reformasi pemikiran diri sendiri. Ia bermula dengan sikap berserta doa, usaha dan tawakkal kepada Allah swt. Cuma, ada diantara kita termasuk saya tidak terkecuali yang kadang-kadang meminta dari Allah swt sedangkan kita kurang melaksanakan usaha di pihak kita. Perumpamaannya sama seperti orang yang belum melaksanakan kerja tetapi sudah meminta upah bayaran yang penuh… wallahualam.
 
Sesungguhnya, perkongsian tentang pengaruh sikap dalam membina kejayaan ini bukanlah bermaksud bahawa saya seorang yang tinggi ilmunya apatah lagi berjaya. Sekadar berkongsi ilmu yang diperolehi bersama sahabat pembaca yang dihormati sebagai peringatan buat diri ini. Marilah kita perhati sikap kita dan membentuknya ke jalan yang positif.
 
Perlu banyak berbuat kebaikan serta kebajikan, perlu lebih taqwa, perbanyakkan zikir dan mengingati Allah, perlu banyak fikir serta perbanyakkan doa. Barulah Allah swt ubah nasib kita kerana sesungguhnya Allah swt itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana… subhanallah.
 
 
 
 

46 Thoughts to “Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan”

  1. Belog Santai

    So true Khir..Sikap kita memang asas kejayaan. Tak guna ada kelebihan kalau tak digunakan sebaik mungkin…

  2. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah pagi isnin Khir…bukan mudah untuk mencapai kejayaan..banyak pengorbana yang pelu kita buat…terima kasih Khir atas perkongsian ini…

  3. fayreen mizan

    betul tu Khir… aura orang yang positif ni lain sikit… orang yang tgh down pun boleh 'bangun' & bersemangat semula dibuatnya! 🙂

  4. acik idah

    Setuju sangat2… kita tak perlu salahkan orang lain, bangsa lain kalau kita sendiri yang tidak mahu kedepan… sikap kita sendiri sebenarnya…

  5. Sylarius Yusof

    Setuju sangat. Ramai orang genius berjaya bukanlah sekadar bakatnya sahaja, ia bergantung juga kepada sikap dan passion mereka terhadap sesuatu bidang. Kalau tak sabar, memang awal-awal lagi dah give-up.

  6. Setuju sangat bab yg ada ilmu banyak to kalau x practice pon takkan berjaya.thans for this motivatiob .mr.KK

  7. Yumida Huda

    dlm diri harus belajar utk memotivasikan sendiri..bersikap positif
    dlm kehidupan seharian mmg akan sentiasa ada aura negatif datang…
    belajar beradaptasi, fokus..insha Allah..moga kita tergolong org yg berjaya
    mencapai kejayaan bukan proses yg mudah, tp x mustahil utk dicapai..kan abg khir

  8. perkongsian yang baik untuk semua pembaca…setuju sangat…pengaruh sikap amat penting dalam membina kerjaya dan juga perniagaan khir..

  9. Sgt setuju dgn apa yg abg khir ckp ni. Walau matlamat hidup tinggi tp sikap selalu negatif pun tak berguna jgk kan,,

  10. tingat kata2 dr azizan, fast action fast result!!

  11. salam
    seronok membacanya..padat dgn ilmu dan info…jgn sesekali layan apa jua yg negatif…samada dari dalam diri sendiri atau org2 luar..

  12. positifkan diri tapi susah untuk memotivasikan diri tanpa sokongan yg kukuh..aiceceh..

  13. chegu zam

    Usaha akan mendatangkan kejayaan… tanpa usaha siapalah kita

  14. betol tu. kalu nak berjaya, tanam sikap positif.

  15. Setuju..kalau kita bersikap positif kejayaan sentiasa akan diperolehi.

  16. Terima kasih atas perkongsian ini. Dapat zumal praktikkan dalam diri ^_^

  17. Cabaran,dugaan dan rintangan itu tiang seri hidup.

  18. Kalau sikap dan matlamat yang betul, apapon yg mendatang, pasti boleh ditempuh…betul x?

  19. "I alwayz knew I was going to be rich. I don't think I ever doubted it 4 a minute" – warren buffett

  20. Betul tu untuk mencapai sesuatu kejayaan perlu ada pengorbanan dan komitmen yang jitu…

  21. ain diyana

    abg khir, sy setuju dgn post ini.
    ketika sy kat kem pun tak kiralah sy menguruskan pelajar2 yg cemerlang mahupun pelajar2 yg nakal.
    sy tekankan byk kali pd mereka bahawa untuk menjadi manusia berjaya bermula dgn sikap..
    pandai mcm mana pun tanpa sikap yg baik, tidak akan membawa mereka kemana2…

  22. sekarang ini tengah mengubah sikap dari kurang fokus kepada lebih fokus dan serius!

  23. Norniwanie Nasarudin

    sangat sangat bersetuju dengan entri ni…memang benar,sikap yang menentukan kejayaan kita…lagi satu,niat dan matlamat,kalau kita mmg dah berniat nak berjaya,insyaAllah kejayaan akan datang ditambah dengan sikap dan usaha kita…

  24. Vee Sandi

    minat dan mesti ada motivasi yg tinggi kerana utk berjaya cabaran mmg besar . khir dah melaluinya , tentunya sgt tahu bagaimana …

  25. kena kuatkan semangat macam mana pun. lepas tu tak boleh putus asa dan malas. 🙂

  26. Sikap untuk membina kejayaan ada dua… Yg diredai atau sebaliknya, kedua2 boleh memberi kejayaan tetapi kejayaan sementara hanya dunia atau didunia juga akhirat… itu adalah pilihan kita…

  27. terima kasih. sangat bermakna dan mendalam. terkesan di hati ^_^

  28. Thanks sharing this…Lya sgt2 bersetuju..sesungguhnya sikap yg baik memainkan peranan penting dalam membina sebuah kejayaan..

  29. Sentiasa sematkan sifat dan sikap positif dlm diri utk terus mengecapi kejayaan..

  30. setuju sangat, takde orang yang jenis negative dekat dunia ni yang berjaya..jika nk berjaya mesti seorang yang positiv dan rajin 😉

  31. wow, suka topik ni juga =)
    betul tu sebarnya, sikap kita yang mencerminkan sikap kita
    saya sendiri memilih untuk sentiasa kekal positif
    sikap positif mempengaruhi persekitaran kita =)

  32. semua datang dari dalam diri..perlu pandai memilih hala tuju dan target utk cakap kejayaan

  33. kalau doa saja x berusaha pun x guna. ALLAH ciptakan kita sempurna tubuh badan untuk kerja dekat muka bumi ni..

    tapi kalau asyik kejar dunia saja pun x boleh. ingat balik siapa yang bagi kita peluang hidup dekat dunia ni.

  34. 1 peratus tu bergantung pada nasib. hmmm… rasanya mostly zaman sekarang lagi banyak peratus bergantung pada nasib je. instead of sikap and ilmu.

    lagi2 sekarang kan ramai yang pandai, nak kata sikap tu. banyak juga yang bagus sikapnya. tapi betullah, bila fikir balik. usaha tu wajib ada. kalau usaha xde, kita tinggi ilmu and sikap baik pun orang xkan pandang.

  35. Eshamz Halim

    Setuju dgn ulasan bro… mmg sikap memainkan peranan yg penting dalam kejayaan… pandai giler mana pun tp kalau malas dan tidak bersungguh2..mesti susah nak berjaya….

  36. Lynn Munir

    Setuju dgn apa yg dituliskan di sini. Sikap dan mentaliti yg betul dan tindakan yg tepat adalah penentu kejayaan.

  37. Dlm segenap aspek kehidupn… Sikap yg utama… Ada ilmu tapi sikap xde.. Xguna juga..

  38. Betul. Ada orang yang mahu berjaya, ada pula yang hanya menunggu kejayaan datang sendiri.

  39. kalau kita percaya kita mampu buat pasti kita mampu buat..kalau kite pikir positif pasti apa yang kita lakukan itu betul.. sokong dengan abang khir

    jemput singgah simple giveaway nad..mudah dan ringkas.. http://miszrockers.blogspot.com/2014/09/pakaian-bersih-dan-kulit-terjaga-dengan.html

  40. betul tu khir…kalau hanya berangan untuk mengecap kejayaan tapi tiada usaha terus menerus…pasti tinggal angan2 sahaja…seperti apa yg khir katakan…Sikap mmg memainkan peranan yg paling penting untuk kejayaan seseorang itu

  41. Sikap rajin seorang pekerja dan sikap sabar seorang ketua..:)

  42. Bukan senang nak berjaya. Tapi ia bukan alasan untuk kita gagal. Terima kasih untuk entry ni..:)

  43. Bukan senang nak berjaya. Tapi ia bukan alasan untuk kita gagal. Terima kasih untuk entry ni..:)

  44. betul tu, attitude is themost important kalau nak jadi orang yang berjaya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.