Pengalaman pertama anak bongsuEkspresi 

Pengalaman Pertama Anak Bongsu

Pengalaman Pertama Anak Bongsu – Sebelum ada blog, saya tidak berkesempatan merakamkan pengalaman pertama anak-anak membesar. Pejam celik dah besar… hanya gambar-gambar di album dan PC tersimpan rapi semuanya.
Maka diatas peluang berblog yang ada kini, saya mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan bergambar pengalaman pertama anak bongsu yang menyentuh hati sekadar perkongsian jurnal kekeluargaan di blog ini.
Anak bongsu?.. cukuplah kot. Puan Mem kata kilang dah tutup hoho.. Syukurlah atas anugerah cahaya mata yang Allah SWT kurniakan ini.

Pengalaman Pertama Bergunting Di Saloon

Saloon Bandar Tasik Puteri, Rawang
Inilah ‘moment’ pengalaman pertama sewaktu Puan Mem membawa dia bergunting rambut di saloon berdekatan. Sebelum ini hanya gunting di rumah je dan saya adalah tukang guntingnya… jimat hehee. Tapi sekali sekala ikut mood Puan Mem pulak bergunting di saloon. Siap tanya tu.. “kedai gunting Korea ke ma?..” pengaruh Kpop dari si abang dan kakak dia lah tu…

Pengalaman Pertama Cabut Gigi

Petang Jumaat, saya pergi ke Klinik Pergigian Batu Arang sebab dia mengadu sakit gigi. Memandangkan lokasinya yang tak jauh dari rumah, sememangnya saya tak pilih klinik gigi swasta untuk budak macam ni. Bayaran RM1.00 sahaja untuk pendaftaran beserta kad rekod pergigian. Jadi lepas ni dah mudah juga untuk rujukan pemeriksaan gigi di sekolah nanti.
Klinik Pergigian Batu Arang
Pengalaman pertama kali cabut gigi memang buat dia suspen. Muka ketat je sebab tak tahu apa yang akan dilakukan oleh jururawat pergigian tu. Dua batang gigi bahagian atas hadapan akhirnya dicabut… selesai…  Jururawat tu siap bagi tips untuk cepat memberhentikan pendarahan gusi dengan memakan ‘ice cream’… ice cream??
Memang betul.. saya pun baru tau, dan perkatan ‘ice cream’ tu adalah ‘lesen besar’ yang membuatkan dia tak sabar untuk balik makan ice cream.. 😀
Klinik Pergigian Batu Arang
Muka lemah lepas cabut gigi.. 😀

Itulah sedikit perkongsian pengalaman pertama anak bongsu yang ingin KK abadikan dalam jurnal kekeluargaan sebagai coretan hujung minggu. 🙂

Related posts

68 Thoughts to “Pengalaman Pertama Anak Bongsu”

  1. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah di hujung minggu KK….wahh…kenangan ni masa cabut gigi…Diana pun dah tua2 ni nak cabut gigi muka pun ketat kerana ketakutan…ni kan pula kanak2 macam anak KK…tapi comel lah anak KK ni…

    1. Saya pun smpi skrng pun takut nk ke klinik gigi Diana huhu.. 😀

  2. Kalau dia baca pasti terharu.

    1. Itulah cikgu.. tngok gmbar2 tu pun, saya pulak yg terharu.. 🙂

  3. dah besar anak bongsu KK..buat kenangan dia bila dah besar kan

    1. Itulah harapannya Mar.. 🙂

  4. comelnya buah hati pengarang jantung KK tu…Cara inilah yang boleh mengingatkan dia tentang zaman dia kecil..

    1. Hehee.. t kasih Aida.. 🙂

  5. alololo cian nyer tgk muka lps g klinik tu 😉

    1. Muka tak berdaya kan.. muka selamba je ehehee.. 🙂

  6. pasti anak KK terharu bila KK mengabadikan setiap moment penting dalam hidupnya di blog KK..

    1. Itulah AB.. saya pun jadi sayu bila ingat moment ni.. 🙂

  7. semoga anak-anak menjadi orang yang berguna.Insyallah.

    1. In shaa Allah… aamiin ya Rabbal alaamiin.. t kasih sahabat.. 🙂

  8. Zaman ni yang menariknya, mudah sangat untuk kita merakam dan menyimpan segala kenangan kan..

    1. Tulah.. terasa syng pulak klu tak abadikan beberapa moment mcm ni kt blog alang2 dah berblogging.. 🙂

  9. Avatarikhwan yusuff

    semoga membesar menjadi anak yang baik…tgk gambar cabut gigi tu teringat first time saya cabut gigi En.Khir…hihihihi

    1. Hehee… pengalaman yg susah utk dilupakan ye tak Ikhwan.. suspen2.. 😀 😀

  10. AvatarTunSha Ayunie

    lepas ni agak2 bawak pergi klinik gigi dia takut tak?? sha tengok gambar dia kat klinik gigi very the ngilu…

    ehhh rambut cam kpop !! comel !!

    1. Tengok cara mcm ok je Sha klu ajak pergi lagi ehehee.. Mula2 je muka ketat sejak dari awal.. suspen yg teramat tinggi.. 😀

    1. Hehee.. bersemangat hehee.. T kasih Diana.. 🙂

  11. AvatarAnonymous

    alolo ciannyer dia…sape namanya KK?

    1. Nama dia Syiqin.. tp panggilan mensra dia isyi… isyitheru.. 😀

  12. noe pun x berkesempatan nk catatkan pengalaman pertama mereka…lepas ni boleh la masukkan cerita2 mereka…

    1. Tulah kan sis.. rasa sayang pulak moment2 mcm ni klu tak diabadikan kat blog alang2 dah berblogging kan.. 🙂 🙂

  13. Anak bongsu KK tak merengek yer bila cabut gigi? Bagus la gitu…

    1. Alhamdulillah Zumal.. tp muka dia ketat je dari awal sblum cabut gigi.. 😀 😀

  14. Pengalaman pertama ke klinik gigi memang xdapat dilupakan… Takut giler. Kena pula dengan mesin gerudi tu…huhu!

    1. Ehehee.. saya pun masih ingat lagi BM & sebenarnya smpi skrng saya masih takut nak ke klinik gigi bila teringat kat mesin gerudi tu… uuhh ngiluu.. 😀 😀

  15. Bertuah anak2 sekarang terutama kalau ibu bapanya blogger…ada jurnal utk dilihat pabila dewasa kelak.

    1. Tulah.. rasa syng pulak klu moment2 mcm ni klu tak diabadikan dah alang2 berblog. Mudah2an menjadi kenangan yg membina utk anak2 ni kan.. in shaa Allah.. 🙂

  16. AvatarBelog Santai

    Salam hujung minggu Khir..

    1. AvatarBelog Santai

      Sunsilk disini..

  17. Budak2 mesti suka dapat pengalaman baru..

    1. A ah.. kita pun seronok tngok klu dia suka kan Hana.. 🙂

  18. Pengalaman pertama cabut gigi tu yang menyeramkan termasuk CP hehe

    1. Hahaa…. samalah.. tp saya smpai skrng pun masih seram CP. Klu dh betul2 sakit baru ke klinik gigi.. 😀

  19. bro Khir memang ayah yang baik ,untung di dapat ayah seperti KK… syukur

    1. Alhamdulillah.. t kasih Acik.. 🙂

  20. Nape gua masa 1st kena cabut gigi, tak de pula yang cakap kena makan ais krim? Terseksa juga beb

    http://www.broframestone.com

    1. ahahaa… samalah.. gua dah umo mcm ni baru tau tips tu huhu.. 😀

  21. Hehehe dah cabut gigi dah ..Akif lum lagi ..tak tahu la camner kalau ekna cabut gigi nanti …Agak2 kecoh tak klinik gigi hahahha ……..

    1. Hehee… rasanya Akif pasti boleh control tu nanti Lya. Cuma seram2 sikit tu pasti akan ada kot.. 😀 😀

  22. AvatarIja Rased

    PENGALAMAN PERTAMA yg menarik untuk si bongsu,moga membesar bagai juara

  23. Saya masa kecik pun agak takut cabut gigi. Dengar pula klinik kesihatan. Pastinya menakutkan dengan cerita jururawat garang hehehe

  24. makan ais krim memang boleh cepat hentikan pendarahan =)
    harap satu hari nanti dia boleh baca coretan ni

  25. Pengalaman si bongsu.. Teringat masa kecik2 dulu.. Tiap kali orang dari kliniki kesihatan & pergigian datang sekolah macam2 ragam ada.. Ada yang menyorok tak keluar2.. Ada yang lari panjat pokok tak nak turun2.. Takut sangat.. Tapi nasiblah Mieza ni cool jer walaupun dalam hati kecut jugak.. Haha!
    Rosmiza Ali Official Blog™

  26. memang bestlah kalau ada orang yang tukang abdikan kenangan dalam blog…anak tuan KK 2 orang je ke?

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    1. Anak saya 4 org HB.. yg sulung di asrama & yg ke3 tengah sekolah waktu ni.. 🙂

  27. AvatarCheq Eem

    hehehe…. saya masa kecik pon takot nak jumpa dokter gigi.. rasa ngilu sangat bila dengar bunyi mesin tampalan…

  28. AvatarLynn Munir

    Anak bongsu dan anak sulong, biasanya memang banyak perhatian yang tumpah kepada mereka.

  29. berapa org anak bro KK ni samapi Pn Mem ckp kilang dh tutup ahahaha..kelakar

  30. AvatarEshamz Halim

    Moment begini..apabila dorang semua dah besar pastu terbaca lak entri lama bro khir ni..mesti dorang rasa terharu dan rasa bersyukur adanya ibubapa seperti bro khir dan isteri… 😀

  31. Gittew lah kita sebagai parents. Setiap moment nak di rakamkan. Tak nak terlespas satu pon kalau boleh kan.

    Berani tu jumpa dentist. Saya yg dah #makbanyakanak ni pon masih takut jumpa dentist ☺

  32. AvatarCik Siti

    comel ja anak kk..hee

  33. eh, alaaa.. sikit je? rasanya first time baca entri abang KK yang singkat je. heee…

    bestnya.. pengalaman macam ni lah yang kita akan ingat sampai bila-bila kan ^^, alhamdulillah, yang penting keluarga sihat dan selamat.

  34. Besar dah anak dara KK…

  35. dah beso anak bongsu kk, takmo tambah lagi ke? hehe

  36. Alahai comel anak bungsu KK…tembam…

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.