Pengalaman Pelajar Tajaan MARA Menuntut Di INTI – Membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) merupakan salah satu pilihan penting bagi kebanyakkan individu dalam memperkasa pengetahuan dan pembangunan modal insan.

Begitu juga buat dua pelajar, Muhammad Zhafran bin Mohd Aris dan Ahnaf Syahmi Aszemi, yang mengambil keputusan melanjutkan pengajian ke Universiti Antarabangsa INTI (INTI) di Nilai, Negeri Sembilan dalam ijazah Sarjana Muda Bioteknologi (Kepujian) dibawah tajaan biasiswa MARA.

Zhafran mengakui pada mulanya ia satu pengalaman mendebarkan kerana beliau tidak dapat membayangkan komitmen kehidupannya nanti sebagai seorang pelajar universiti. Ia juga merupakan satu permulaan kepada lembaran kehidupan yang baru buat beliau.

Pelajar Tajaan MARA Berkongsi Pengalaman Menuntut Di INTI

Pengalaman Pelajar Tajaan MARA Menuntut Di INTI

Zhafran mula menyesuaikan diri melalui pergaulan bersama pelajar dari pelbagai latar belakang. Selain mengenali pelajar tajaan MARA yang lain, beliau juga mula menjalin persahabatan dengan ramai rakan baru yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa.

“Rakan pertama saya merupakan pelajar tempatan berbangsa Cina. Pada mulanya saya tersilap anggap beliau seorang pelajar antarabangsa disebabkan potongan rambutnya. Saya bertemu dengan rakan-rakan pelajar MARA, begitu juga pelajar tempatan dan antarabangsa seperti Pakistan, Sri Lanka dan Yemen.”

Pertama kali Zhafran mengenali Ahnaf ketika sama-sama menyertai Kelab Sains Kehidupan. Zhafran merupakan Bendahari dan Ahnaf dilantik menjadi Ahli Penyelaras Publisiti kelab.

Mereka telah mengendalikan salah satu projek tahunan terbesar INTI iaitu ‘The EDventure of Aladdin’. Ia merupakan sebuah projek khidmat masyarakat Universiti Antarabangsa INTI untuk pelajar sekolah rendah yang kurang bernasib baik.

Pelajar Tajaan MARA Berkongsi Pengalaman Menuntut Di INTI

Menyuntik Inspirasi Pendidikan Dan Modal Insan

Program tersebut menggunakan pelbagai kisah Aladdin dalam aktiviti tema di INTI kepada 190 pelajar dari 13 sekolah di Negeri Sembilan. Aktiviti bertemakan kisah Aladdin ini direka bagi mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris dan Sains kepada pelajar terlibat.

Zhafran dan Ahnaf menjadi sebahagian daripada pasukan yang merekacipta dan menyelaras aktiviti Ilmu UPSR yang ditumpukan bagi membantu pelajar sekolah rendah beroleh pemahaman yang lebih baik dalam mata pelajaran Sains UPSR.

Terdapat eksperiment ‘hands-on’ menggunakan asid, alkali dan tenaga elektrostatik, serta teknik pemetaan minda bagi meningkatkan pemahaman mengenai topik seperti gerhana matahari, rantaian makanan dan piramid tenaga.

Hasilnya, pelajar sekolah rendah ini mempunyai pemahaman yang lebih baik dalam Bahasa Inggeris dan Sains. Mereka juga termotivasi menambahbaik usaha agar mampu belajar hingga ke peringkat universiti suatu hari nanti.

Bagi Zhafran dan Ahnaf, pengalaman ini membantu mereka memahami kepentingan kerja berpasukan dalam berkongsi ilmu dan membina minat bidang sains kepada kanak-kanak. Ia juga meningkatkan keyakinan diri serta skill berkomunikasi dalam memastikan kejayaan program.

The EDventure of Aladdin, INTI International University & Colleges,

Selain itu, Zhafran dan Ahnaf juga aktif dalam aktiviti kokurikulum yang lain. Zhafran juga merupakan mantan Presiden Persatuan Pelajar Islam INTI, sementara Ahnaf kini merupakan ahli Belia untuk Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Pengalaman di INTI telah memotivasikan saya untuk terus mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, kerana ia bahasa perantaraan global. Saya juga berpeluang belajar pelbagai bahasa lain dari ramai rakan seperti Bahasa Mandarin. Ia diajar secara percuma oleh mereka kepada saya” – Ahnaf Syahmi Aszemi.

Zhafran kini sedang menamatkan pengajiannya di University of Adelaide, Australia, manakala Ahnaf pula sedang menamatkan pengajiannya di INTI.

Timbalan Naib Chanselor Universiti Antarabangsa INTI, Profesor Ir Dr Arazi Idrus turut menyatakan; peranan universiti adalah menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif. Perbezaan individu dan budaya bukan sekadar dihormati, tetapi dihargai dan dirai.

Baca lagi; Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Fasilitator sosial, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

5 Comments

  1. Moga kedua-duanya malahan yang lain juga terus berjaya dalam bidang masing-masing agar dapat menyebarkn segala ilmu yang telah dituntut.Tidak semua mempunyai peluang seperti mereka.Justeru mereka menjadi aset untuk mengemudi masa depan.

    1. Usaha tangga kejayaan.. peluang yg cerah buat mereka utk terus maju dan berjaya

  2. ilmu yg diperoleh di INTI moga dimanfaat sepenuhnya…

    1. Mudah2an.. moga dpt memberi manfaat utk pembangunan negara juga

  3. INTI semakin setara dengan universiti popular di Malaysia. Banyak aktiviti dan silibus yang dijalankan sesuai dengan perkembangan industri terkini. Tahniah INTI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.