Pendedahan silang budaya dan akademik bersama pelajar Coventry UniversityPendidikan 

Pendedahan Silang Budaya Dan Akademik Bersama Pelajar Coventry University

Antara pengalaman menginspirasikan sebagai pelajar adalah apabila berpeluang merasai pendedahan baru dalam pembelajaran. Selain akademik, pendedahan silang budaya juga turut menjadi salah satu faktor terbaik dalam memahami realiti tentang apa yang dipelajari.

Begitulah pendedahan para pelajar Computing and Computer Science Programme dibawah kerjasama Coventry University (CU) di INTI International College Penang (INTI) apabila menerima kunjungan rakan sepengajian dan pensyarah dalam jurusan yang sama dari United Kingdom.

Seramai 9 pelajar pelbagai warganegara seperti Britain, Portugal, Pakistan dan Nigeria, bersama 2 pensyarah telah berkunjung ke Pulau Mutiara sebagai ‘study trip’ tahunan. Lawatan ini dianjurkan oleh Faculty of Engineering, Environment and Computing dari Coventry University, United Kingdom.

Pendedahan Silang Budaya Dan Akademik Bersama Pelajar Coventry University, INTI International College Penang,

Pendedahan Silang Budaya Dan Akademik Pelajar Coventry University Di INTI

Pendedahan silang budaya dan akademik ini merupakan pembelajaran transnasional kepada pelajar antarabangsa dan tempatan. Ia mengembangkan lagi perspektif para pelajar selaras pendedahan global sebagai elemen penting dalam memperkasa lagi bakat para pelajar.

Sempena study trip ke Pulau Pinang ini, pelajar University Coventry telah dihoskan oleh School of Engineering and Technology (SOEAT), INTI. Semua tetamu disambut dengan sajian tempatan dan sesi ceria dalam pengenalan bahasa melalui permainan.

Sepanjang 9 hari lawatan, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan hackathon, case study berkaitan network security dan meneroka realiti tambahan pembelajaran. Para pelajar turut terlibat dalam sesi ceramah ‘Project Management’ disampaikan oleh Dr Stella-Maris Orim, Pensyarah Conventry University.

Selain itu, para pelajar juga turut dibawa melawat persekitaran Pulau Pinang yang kaya dengan mercu tanda warisan bersejarah. Ia secara tidak langsung memperkenalkan kepada tetamu tentang keunikan budaya berbilang kaum di negara ini.

Pendedahan Silang Budaya Dan Akademik Bersama Pelajar Coventry University, INTI International College Penang,

Menurut Dr Lim Chia Yean, Head of Programme, Information Technology di SOEAT, juga ketua hos INTI kepada pelajar antarabangsa; “Trip ini merupakan pengalaman terbaik buat pelajar antarabangsa mengenali budaya Malaysia melalui aktiviti seperti mencanting batik dan menjamu selera dengan pelbagai sajian popular di Pulau Pinang. Melawat Peranakan Mansion juga merupakan salah satu pengalaman menarik dalam memperkenalkan keunikan budaya.”

“Namun yang lebih penting adalah peluang kepada para pelajar dari kedua-dua belah pihak dapat saling belajar, bekerjasama, dan memperolehi pendedahan realiti silang budaya serta idea sebagai faktor penting dalam tuntutan kerja global. Kami amat berbesar hati dan berharap dapat menghoskan lebih ramai pelajar antarabangsa menimba pengalaman di Malaysia dan INTI.”

Coventry University, INTI International College Penang,

Pengalaman Pelajar INTI Dalam Pendedahan Silang Budaya Dan Akademik

Apabila ditanya pengalaman pelajar INTI berusia 23 tahun, Nadhirah Binti Mohamad Pazli, penuntut Bachelor of Science with Honours in Computing programme menyatakan, penting untuk tidak membuat andaian sepanjang aktiviti pembelajaran dan sentiasa memastikan agar semua saling memahami serta bekerjasama dalam setiap perkara yang dilakukan.

Nadirah berperanan sebagai Pengerusi dalam case study on network security, dan kerjasama dengan rakan sepengajian antarabangsa merupakan pembelajaran baru dalam kemahiran kompeten dan idea. Beliau teruja dengan cara pelajar Coventry mengenalpasti point-point penting dan membangunkan idea-idea kohesif dalam waktu yang singkat.

Manakala Ong Ping Yang, penuntut Bachelor of Science with Honours in Computer Science berusia 24 tahun yang berperanan sebagai fasilitator program dan juru gambar sepanjang lawatan menyatakan, ia satu pengalaman berharga dapat terlibat dalam pelbagai aktiviti ilmu disamping menjalin kenalan dari pelbagai latar belakang warganegara dan budaya.

Pendedahan Silang Budaya Dan Akademik Bersama Pelajar Coventry University, INTI International College Penang,

Justeru, ia selaras dengan matlamat INTI dalam menjadi ‘champion of change’ dan memperkasa pendidikan dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang dinamik.

Pendedahan silang budaya dan akademik bersama pelajar Coventry University ini juga merupakan platform penting oleh INTI bagi memastikan pelajar memperolehi perspektif transnasional demi kebaikan kerjaya dan masyarakat sebagai warga global.

Baca lagi;

Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21

Related posts

4 Thoughts to “Pendedahan Silang Budaya Dan Akademik Bersama Pelajar Coventry University”

  1. AvatarPerdu Cinta

    Pendedahan sebegini meluaskan lagi pemikiran pelajar kan Tn..alhamdulillah.Banyak perkara baru boleh dipelajari.Perkara yang asing bagi mereka menjadi bukan lagi satu perkara yang janggal.Asalkan masing-masing dapat menjaga batasan dan sentiasa memelihara budaya negara masing-masing itu sangat membantu juga silang budaya dan akademik ini supaya lebih menghormati satu dengan yang lain.
    Perdu Cinta recently posted…Bersama-sama Di Dunia..HargailahMy Profile

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Bagi pelajar mmg inilah peluang yg patut dimanfaatkan sbb beri pendedahan secara terus ttg budaya, cara kerja dan keperibadian masing2 dlm memperkasa pengalaman bagu menghadapi persaingan pasaran pekerjaan nanti.

  2. Program menarik n bermanfaat buat siswa siswi mengikutinya dan mendedahkan mereka kepada mrk budaya alam kehidupan sebenardi sini

Leave a Comment

CommentLuv badge