Pendedahan Pelajar Lepasan SPM Dengan Kehidupan Kampus – Pengalaman memotivasikan bagi 75 pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Disember lalu apabila berpeluang melalui kehidupan di kampus sebagai pelajar universiti.

Baru-baru ini, satu intervensi telah diadakan di INTI International University (INTI) merangkumi bimbingan kepimpinan, kelas percubaan dan ‘soft skills’ selama 6 minggu dalam memperkasa aspirasi dan arah tuju selepas keputusan SPM yang bakal keluar pada bulan Mac 2019.

Pendedahan pelajar lepasan SPM dengan kehidupan kampus, INTI LEAP,

Pendedahan Pelajar Lepasan SPM Dengan Kehidupan Kampus

Pengisian ini merupakan sebahagian program Leadership and Effective Academic Preparation (LEAP) yang dirangka khas buat pelajar lepasan SPM sebagai persediaan pasca alam persekolahan. Selama 6 minggu, kesemua pelajar tinggal di hostel dan didedahkan dengan kehidupan kampus sebenar.

Mereka berpeluang menghadiri kelas percubaan dan bengkel di pelbagai fakulti seperti Sains Kesihatan, Kejuruteraan, IT, Komunikasi Massa dan Perniagaan. Mereka juga didedahkan dengan potensi yang sedang berkembang pesat dalam e-commerce, kaedah membangunkan aplikasi mobile dan penggunaan mesin percetakan 3D terkini.

Turut diadakan ‘boot camp’ anjuran Microsoft Malaysia bagi mendidik peserta memanfaatkan ‘applications and tools’ Microsoft untuk pelbagai asignmen projek termasuk menyediakan resume sebagai kemahiran tambahan. Kemahiran kompeten menggunakan Microsoft merupakan antara syarat penting kebanyakkan majikan dalam pasaran pekerjaan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan, peserta dibawa ‘field trip’ ke Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk melihat etika cara MAHB menyelia teknologi terkini dalam memastikan operasi yang lancar dan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pendedahan pelajar lepasan SPM dengan kehidupan kampus, INTI LEAP,

LEAP Suntik Inspirasi Pembangunan Modal Insan

Program turut diperkasa dengan bimbingan kepimpinan oleh Dr Sai Ah Hiok, seorang trainer dan speaker motivasi terkenal. Beliau memberi bimbingan kepada peserta bagaimana memanfaatkan masa di universiti membina kepemimpinan, skill berkomunikasi dan berfikir diluar kotak dalam menyelesaikan pelbagai cabaran secara profesional.

Dr Joseph Lee, Vice Chancellor, INTI International University menyatakan, pengalaman bersama peserta mengenal realiti kehidupan di kampus dan melihat keyakinan yang timbul dalam diri setiap peserta adalah sesuatu yang istimewa. Mereka lebih fokus dan bersedia dalam arah tuju kehidupan.

“Saya hargai setiap waktu bersama peserta. Kami berusaha membangunkan bakat kepimpinan, membantu meneroka semangat dan mempertemukan mereka dengan fokus pembelajaran selepas SPM. Batch selanjutnya bakal memulakan program penghujung Februari ini, bagi memperkasa persediaan modal insan selayaknya”. – Dr Sai Ah Siok.

Baca lagi artikel membina;

Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21.

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

9 Comments

  1. Pendedahan awal ini seperti mukhadimah kepada pelajar lepasan SPM melihat dengan lebih jelas dan dapat menilai dengn cara sendiri..pengalaman terus itu penting dan sangat membantu berbanding hanya mendengar teori dari orang lain dan mencari maklumat sendiri untuk melanjutkan pelajaran selepas keputusan peperiksaan diumumkan nanti.

    1. Ya PC.. pendedahan ni membuka mata generasi muda lepasan spm ttg arah tuju fasa baru dunia yg mereka bakal lalui. Secara tak langsung mereka ada semangat utk terus menuntut ilmu dan membangun bersama mereka yg mahukan kejayaan mampan.

  2. at least ada prog mcm ni, yg rs nk bekerja lps spm terus ubah niat nk smbg belajar…

    1. Betul Anies.. klu sekadar nak bekerja atau cari duit, selagi hidup bila2 pun boleh.. tapi peluang pendidikan tak selalu ada. Masa mudalah patut dimanfaatkan keberdayaan minda tu sepenuhnya.

  3. bagus untuk pelajar spm tahu suasana pembelajaran di kampus..

    1. Betul.. beruntung mereka sbb tak semua dpt lalui pendedahan mcm ni.

  4. Program bagus tu membantu lepasan SPM berada dlm suasana kampus agar tak alami kejutan budaya pabila sebagai siswa mana2 IPT kelak

    1. Ya betul kak.. selain tu, beri pendedahan kpd mereka tntang arah tuju kepentingan menuntut ilmu serta persaingan kerjaya nanti.

  5. Program yang amat menarik dan pasti disukai ramai.

    yalah kan ada pendedahan dengan budaya kampus..
    mrhanafi recently posted…Apabila Dia Menyapa, Jodohkah NamanyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.