Pendaftaran Bisnes Yang Usahawan Patut Tahu – Dunia keusahawanan ini luas. Menjanjikan potensi dan pulangan besar jika kena pada cara dan usaha. Namun disebalik itu, terdapat juga pelbagai cabaran yang bukan semua mampu bertahan.
Selain untung rugi, terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi momentum sesebuah perniagaan, sama ada membantu melonjakkan lagi kredibiliti atau menyulitkan, malah boleh menjatuhkan.
Pada artikel ini, saya terpanggil berkongsi beberapa elemen pendaftaran yang patut diambilkira oleh para usahawan dan startup dari awal sesebuah perniagaan itu ditubuhkan.
Pendaftaran Bisnes
Perkara paling asas yang semua kita sedia maklum adalah mendaftarkan entiti perniagaan yang sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pendaftaran sama ada pemilikan tunggal dan perkongsian, atau melalui khidmat setiausaha syarikat bagi Sendirian Berhad atau Berhad. Ia bergantung pada keupayaan pengusaha atau usahawan itu sendiri.
Seterusnya, ada beberapa lagi perkara yang perlu diambil kira atas liabiliti sebagai individu, pemilik, pengusaha dan pengarah syarikat.
Antaranya saya senaraikan di bawah;
1. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Mendaftar fail percukaian dengan LHDN bukanlah satu perkara yang rumit jika diambilkira dari awal sesebuah perniagaan dimulakan. Apatah lagi, ia merupakan kewajiban kita sebagai individu dan rakyat Malaysia.
Berdasarkan LHDN, entiti yang perlu daftar fail percukaian termasuk;
- Individu berpendapatan layak dikenakan cukai.
- Individu yang menjalankan perniagaan.
- Syarikat yang baru memulakan perniagaan.
- Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual.
- Individu atau syarikat yang berhasrat menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada dividen.
Kita tidak perlu risau kerana ada kadar pendapatan dan tanggungan yang dikira bagi menentukan sama ada kita layak membayar cukai atau tidak. Kita juga boleh dapatkan khidmat juruaudit bertauliah bagi memudahkan setiap urusan berkaitan LHDN.
Memfailkan percukaian amat membantu memudahkan lagi syarikat dan individu dalam kebanyakkan urusan seperti pembelian harta, pinjaman dan pembiayaan serta komitmen jangka panjang kerjaya.
Rujukan awal juga dapat mengelakkan syarikat dan individu daripada berdepan masalah pengauditan hasil atau berkemungkinan tindakan undang-undang dikemudian hari.
2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Sekiranya syarikat anda mempunyai tenaga kerja, ia wajib berdaftar dengan KWSP (EPF). Berikut berdasarkan rujukan KWSP;
Menurut Seksyen 4 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya.
Majikan perlu melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Borang 49 yang dikeluarkan oleh SSM.
3. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
PERKESO (SOCSO) perlu difailkan selaras dengan KWSP. Ia bertujuan melindungi keselamatan warga kerja sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau kemalangan semasa bekerja.
Mendaftar dengan PERKESO juga secara tidak langsung memudahkan urusan perniagaan dengan melindungi pekerja serta mengelakkan syarikat dan majikan daripada berhadapan masalah perundangan.
4. Kastam Diraja Malaysia
Mendaftar dengan Kastam Diraja Malaysia juga perlu dilakukan bagi sesebuah perniagaan, bergantung kepada industri dan aktiviti (Nature of Business) yang dijalankan.
Perniagaan yang tergolong dalam pemfailan termasuk individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, kesatuan, kelab atau mana-mana organisasi yang terlibat dalam perniagaan perbekalan bercukai di Malaysia.
Kelayakan Industri Dan Profesional
Terdapat beberapa pendaftaran kelayakan industri dan profesional sebagai penambahan penting kekuatan perniagaan. Setiap kelayakan perlu mengikut protokol dan syarat yang telah ditetapkan.
Bagi sektor kerajaan, GLC atau agensi terkait, kita perlu daftar kelayakan vendor atau kontraktor seperti sijil Kementerian Kewangan Malaysia, Status Bumiputera, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Persatuan Kontraktor Kecik (PKK) dan seangkatannya.
Disaran juga mendaftar dengan badan tertentu selaras kelayakan perniagaan. Ia membantu meluaskan lagi peluang, kredibiliti industri, juga sebagai elemen pemasaran jangka panjang yang strategik.
Justeru, jika ada lain-lain pendaftaran untuk bisnes yang usahawan patut tahu, bolehlah kongsikan di ruang komen sebagai tambahan bermanfaat.
Baca lagi: 3 Tips Asas Membangunkan Social Enterprise
Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Sebelum memulakan suatu perniagaan atau perusahaan baik persendirian atau menjadi majikan..seharusnya dalami walau sedikit ilmu asas kan Tn..
Betul tu PC.. kdg2 perkara asas yg memudahkan boleh jadi complicated dikemudian hari klu tak diambilkira dari awal.
Perkongsian bermenfaat sebagai infor yg patut diambil tahu sebelum memulakan perniagaan.
Mudah2an memberi nilai tambah rujukan yg bermanfaat, in shaa Allah.
Bagus perkongsian ni sbb ramai tau ssm, tapi tak ambil tahu nak rujuk bab hasil especially sole-proprietors, walhal penting utk pengembangan bisnes.
Ada betulnya juga tu tuan, susah klu tak fail hasil ni.. efek jangka panjang juga nnti.
perkongsian yang sgt
membantu
terima kasih
Moga bermanfaat, in shaa Allah. Terima kasih kembali Lynn.
perkongsian yang bermanfaat.. masa zaman student U dulu saya ada perniagaan sendiri yg dah berdaftar dengan SSM. buat meniaga jual n cetak baju untuk persatuan2 je.. kawan yang daftarkan ssm, saya tak pandai..
sangat perlu belajar dasar/basic guna menjadi usahawan berhasil dan cari sifu yang baik dulu sempat belajar dari beberapa pengusaha sayang tak ada modal untuk menerapkan ilmu dia
jujurnya sy dulu mmg tak tahu kenapa pentingnya berdaftar / ada kaitan dgn agensi di atas… bila terlibat dgn bisnes arwah mak cik dulu br lah sy fhm akn kepentingan semua ni… bkn utk syarikat kita je tp jg utk negara secara tak langsung
[…] Baca lagi: Pendaftaran Bisnes Yang Usahawan Patut Tahu […]