Pemenang Pereka Muda AsiaPendidikan 

Pemenang AYDA Bersaing Ke Peringkat Asia

Pemenang AYDA Bersaing Ke Peringkat Asia – Bagi pembaca blog ini pasti tahu perkembangan Anugerah Pereka Muda Asia (Asia Young Designer Award – AYDA). Pada artikel kali ini, pemenang AYDA 2017, Shahmeena Labeeb dari Taylor’s University dan Ng Wai How dari Universiti Malaya (UM), akan mewakili negara untuk bersaing dengan peserta dari 14 negara lain pada Anugerah Pereka Muda Asia tahun 2017.
Shahmeena dan Ng, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas bagi kategori Rekaan Dalaman dan Seni Bina pada AYDA edisi ke-10, iaitu acara pertandingan rekaan premium yang berkembang ke 15 negara seluruh Asia meliputi Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Iran, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.

Asia Young Designer Award – AYDA

Sedekad sejak diperkenalkan pada 2008, AYDA telah menerima lebih daripada 5,000 penyertaan pelajar dari lebih 600 institusi seni reka di seluruh rantau tahun ini. Dari Malaysia sahaja, AYDA telah menerima 1,109 penyertaan dari 44 institusi seni reka yang mengambil bahagian.
Atas kemenangan Shahmeena dan Ng, masing-masing menghantar penyertaan bertajuk Plan Bee – A City Beekeeping Projectdan War Museum – An Extension of Tugu Negara. Selaras dengan tema AYDA tahun ini iaitu You for Tomorrow: Future Living as Envisioned Today, ia mencabar wawasan dan keupayaan teknikal pereka muda hari ini memenuhi kehendak generasi masa hadapan.
Plan Bee – A City Beekeeping Project oleh Shahmeena, Taylor’s University
Shahmeena menerusi rekaannya, mempamerkan tapak terbengkalai di Jalan Ceylon dengan membina semula ekosistem mampan dan komersial yang dapat membantu pemuliharaan lebah bagi memastikan rantaian makanan kekal dilindungi untuk komuniti yang akan datang. Asas utama idea adalah The Apiary, kediaman di puncak bukit dan dikelilingi hutan serta direka berdasarkan bentuk sarang lebah yang mewakili konsep eko-pelancongan futuristik.
Reka bentuknya juga menggabungkan elemen menarik seperti kawasan pengekstrakan madu, jualan secara runcit dan Mead Bar yang menawarkan pengunjung menikmati madu di ruang dek makan luar.
AYDA - Plan Bee: A City Beekeeping Project, Shahmeena Labeeb, Taylor's University
Plan Bee – A city Beekeeping Project
War Museum – An Extention of Tugu Negara oleh Ng Wai How, Universiti Malaya
Ng yang dibimbing mentornya, Ar. Dr. Lim Teng Ngiom dari Universiti Malaya, mengetengahkan idea memartabatkan sejarah Malaysia dan monumen bersejarah sukar diterjemahkan strukturnya, namun menggabungkan elemen ‘jiwa dan hati’ dalam intipati projek. Segmen pengetahuan membawa pengunjung merentasi laluan berjujukan menerusi enam tema galeri diikuti garis masa darurat Tanah Melayu – menggunakan pencahayaan, bayang dan tekstur; bagi menghidupkan penceritaan.
Salah satu komponen utama dalam rekaannya ialah mengimbas kembali sejarah, bertujuan menyentuh emosi pengunjung dengan pembinaan semula tugu peringatan. Nama para penjuang yang terkorban dalam peperangan turut diabadikan pada dinding granit di situ.
AYDA, War Museum - An Extention of Tugu Negara, Ng Wai How, Universiti Malaya,
War Museum – An Extention of Tugu Negara

AYDA – Sokongan Industri, Juri Dan Mentor Profesional

Pereka profesional terkenal dilantik sebagai juri dan mentor pertandingan dalam setiap penganjuran AYDA. Sebelum pemilihan reka bentuk paling kreatif dan inovatif setiap kategori, mereka secara peribadi akan berkongsi nasihat dan maklum balas konstruktif bersama peserta.
Bagi tahun 2017, Ketua juri bagi Kategori Seni bina adalah Ar Sarly Adre Sarkum, dari Sarly Adre Sarkum Architecture Sdn Bhd manakala Ketua Pereka Eksekutif Blu Water Studios, Lai Siew Hong adalah Ketua juri bagi kategori rekaan dalaman.
AYDA disokong badan kerajaan dan persatuan dalam industri termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA); Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Persatuan Belia Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysua (REHDA Youth); Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Artikel berkaitan;

Related posts

8 Thoughts to “Pemenang AYDA Bersaing Ke Peringkat Asia”

  1. Asalam KK hebat sekali..memang layak mendapat anugerah

    1. Waalaikumussalam.. betul tu. Bukan calang2 pereka mampu hasilkan idea yg unik dan praktikal 🙂

  2. Tahniah moga akan sukses seterusnya.

  3. AvatarTAHZ

    tahniah kpd semua penerima. semoga selepas ini akan dapat menabur jasa kpd negara

  4. tahniah kpd pemenang… sy sgt sukakan idea drpd generasi2 muda utk menjadi sebahagian drpd projek2 negara. contoh mcm rekabentuk tempat duduk di stesen2 MRT tu…

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.