Toppen Shopping Centre Johor Bahru

IKEA Southeast Asia melancarkan pembukaan Toppen Shopping Centre secara besar-besaran selama 12 hari dengan pratonton istimewa dan Festival #JelesEk buat warga Johor!

Bersempena pembukaan ini, Toppen menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti bengkel seni, yoga kanak-kanak, melukis wajah dan berzumba beramai-ramai bermula 13 hingga 24 November 2019

Ia dimeriahkan lagi dengan pertunjukan dan pertandingan skateboard, parkour, tarian berkumpulan, ditambah dengan pelbagai lagi aktiviti yang disediakan oleh outlet dan premis perniagaan buat pengunjung.

Meriah kan?… Toppen bukan sekadar pusat membeli belah, tetapi mensasarkan untuk menjadi hab komuniti terbaru di Tebrau.

Toppen Shopping Centre Johor Bahru, IKEA Tebrau,

Toppen Shopping Centre

Pada 13 November 2019, saya berpeluang menyaksikan majlis pelancaran pembukaan Toppen Shopping Centre disamping melawat ke seluruh kawasan pusat membeli belah baru ini.

Majlis pelancaran turut mempersembahkan gimik pembukaan yang meriah dan bertenaga, serta turut mengetengahkan pelbagai pengisian aktiviti sepanjang 12 hari pembukaan kepada pengunjung seluruhnya.

Antara yang istimewa adalah Festival #JelesEk, yang diinspirasikan dari kempen #JelesEk dan merupakan tagline ikonik warga Johor.

Toppen Shopping Centre Johor Bahru

Festival #JelesEk

Toppen akan mempersembahkan secara live, lagu tema #JelesEk sebagai acara kemuncak festival pada 16 November 2019, dengan menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu.

Mereka telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen. Lagu tema tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk.

Maka buat julung kalinya juga, Toppen dan TikTok mengajak orang ramai menyertai pertandingan menari dan menyanyi (lip-sync) lagu tema #JelesEk mengikut kreativiti masing-masing. Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000.

Bagi mempergiatkan lagi pertandingan, Toppen juga telah menyediakan beberapa tempat untuk ber-TikTok kepada para pengunjung.

Toppen #JelesEk

Toppen juga dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan tahunan Hari TikTok pada 17 November ini. Ia bakal menyaksikan lebih 80 influencer dari serata Malaysia dan Singapura berkumpul untuk menghasilkan konten yang kreatif dan menyeronokkan di Toppen.

Selain itu, pengunjung juga diajak menyertai pertandingan mencari harta karun anjuran TikTok pada 13,16, 17, 23 dan 24 November 2019.

Bagi yang berminat, kalian boleh dapatkan idea dan inspirasi #JelesEk dengan menonton TikTok melalui link yang saya sediakan di bawah;

Sambutan Hari TikTok, Toppen JB,
  • Tonton video Joe Flizzow di > SINI
  • Tonton video Joyce Chu di > SINI
  • Tonton video Gabriel Marquez di > SINI
  • Tonton video Ai Wahida di > SINI

The Topp @ Toppen Shopping Centre

The Topp merupakan lokasi tarikan utama yang berperanan penting pada festival ini. Ia dibina khas untuk menepati kesesuaian kelompok komuniti yang berbeza-beza bagi menjanjikan aktiviti serta pengalaman istimewa.

Kepada peminat aksi lasak, zon aktif belia di The Topp menyediakan lapangan skatepark, zon parkour dan tembok wall climbing. Ia dilengkapi prasarana untuk aktiviti riadah yang bertenaga dan selamat.

Saya juga tertarik dengan seni grafiti yang dipaparkan di zon aktif belia ini. Boleh dikatakan lokasi di The Topp ini memang ‘instagramable’… banyak lokasi cantik dan menarik untuk kita bergambar.

The Topp Toppen Johor Bahru

Bagi yang ingin menjamu selera, terdapat banyak hidangan tempatan atau antarabangsa boleh didapati di sekitar ruang al fresco.

The Topp juga menyediakan ruang interaktif, gelanggang serbaguna, dewan acara, rooftop garden, taman rekreasi air kanak-kanak, termasuk panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama di rantau ini dan arena e-sports yang sesuai bersama rakan atau keluarga.

Selain pusat membeli belah yang luas, cantik dan selesa, Toppen juga dilengkapi prasarana yang bersesuaian dengan kepelbagaian aktiviti pengunjung, juga penduduk setempatan.

Toppen The Topp

Ia selaras dengan kenyataan Christian Roejkjaer selaku pengarah Urusan IKEA Southeast Asia agar Toppen bukan sahaja sekadar pusat membeli belah, tetapi bakal menjadi hab komuniti yang mampu memberi impak kepada masyarakat setempat.

Melalui kerjasama pihak berkuasa dan tempatan, ia juga berusaha menyerlahkan lagi keunikan Johor disamping menyediakan sebuah platform agar komuniti dapat berkumpul berkongsi minat, bakat dan kreativiti.

The Topp, Toppen Shopping Centre

Kemudahan Mesra Komuniti

Diterajui IKEA Tebrau dengan keluasan 1.25 juta kaki persegi, Toppen mempunyai empat aras dengan 300 premis merangkumi barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G) sehinggalah TGV Cinemas.

Toppen juga memperkenalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Toppen juga telah memulakan operasi disamping 90% penyewanya pada hari yang sama.

Lokasi Toppen juga senang diakses melalui kemudahan jalan raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi ruang parkir 2 tingkat yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan.

Toppen Shopping Centre Johor Bahru, IKEA Tebrau,

Diinspirasikan daripada asal usul Scandinavian, Toppen memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan cahaya semulajadi serta kehijauan alam, menjadikannya destinasi menarik dikunjungi.

Toppen Shopping Centre merupakan pusat membeli belah ke-3 di Malaysia dan ke-4 di Asia Tenggara dengan IKEA sebagai teraju utama.

Ia bersedia menjadi tempat pertemuan utama dalam memberikan pengalaman terbaik dengan mensasarkan lebih 15 juta pengunjung tempatan dan pelancong menjelang 2020.

Baca lagi: Program Penempatan Industri INTI Dan IKEA Damansara

8 Thoughts to “Pembukaan Toppen Shopping Centre Dengan Festival #JelesEk”

  1. makin lama makin banyak shopping center smpi x tau nk pegi yg mn satu hehehe

  2. Alhamdulillah.Bertambah tempat berbelanja di Negeri JDT.Lebih banyak pilihan juga.

  3. AvatarMarzuki Rmn

    Tahniah buat warga Johor. Lebih kurang mcm MyTown Cheras, ada Ikea di sebelah. Nak juga singgah klu ke Tebrau

  4. tahniah utk warga johor
    boleh lah shopping

  5. seronoknya shoping sambbil melakukan pelbagai acara yg disediakan

  6. ingat dulu IKEA ni cuma jual funiture dan meubel sekarang sudah berkembang ya Bang Salam siarah dari Indonesia
    jalan dan makan recently posted…Cara membuat Kue Tradisional GetukMy Profile

  7. shopping mall beginni amat efektif jika ada penduduk yang padat dan kuasa membeli yang tinggi.

  8. jauh sangat sampai ke johor.. hehehe
    Pha Is recently posted…7 perkara pelancong suka buat di Thailand.My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.