Pelancaran Tema Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2019 – Komited dalam memperkasa potensi bakat pereka muda, Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) dengan kolaborasi IJM Land Berhad telah melancarkan tema baru Asia Young Designer Awards (AYDA) untuk kali ke-12 tahun ini.
AYDA 2019 bertemakan FORWARD: A Sustainable Future, terus berperanan dalam memangkin cabaran kepada generasi muda Arkitek dan Pereka Hiasan Dalaman melalui rekaan yang melangkaui sempadan dan konsep, agar sentiasa releven dengan elemen kelestarian sosial dan masyarakat.
Tahun ini dimulakan dengan pencarian pemenang Pereka Muda Malaysia yang bakal bersaing dengan pemenang dari 14 negara lain bagi menjuarai anugerah Asia Young Designer Awards 2019/20.

AYDA 2019 – FORWARD: A Sustainable Future
YBhg. Datin Wong Meng Lee, Asistant General Manager of Marketing, Nippon Paint Malaysia, menyatakan; “Asia Young Designer Awards sentiasa memberi inspirasi kerana Malaysia merupakan negara pertama yang menyebarkan platform ini. Pada tahun ke-12 kini, ia telah menarik penglibatan 15 negara di Asia. Ia satu penghormatan dapat melihat perkembangan AYDA melangkaui batas dan sempadan.”
“Kami yakin dengan memupuk bakat generasi baru secara berterusan merupakan kunci membuka potensi kreativiti dan inovasi yang lebih mampan. Justeru, tema AYDA 2019, FORWARD: A Sustainable Future, memfokuskan kepada membangunkan rekabentuk yang menepati fungsi serta elemen kelestarian sosial dalam hubungan pembangunan masyarakat. Bersama-sama kita maju memperkasa satu arah – FORWARD.”
Bersempena pelancaran, Mr Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad turut menyatakan, IJM Land sebagai pemaju yang progressif sentiasa berminat memainkan peranan membentuk pembangunan hartanah melalui potensi rekabentuk. Ia menjadi pencetus membentuk generasi masa hadapan dengan nilai tanggungjawab sosial dengan pemikiran yang kritikal dan kreatif.
Ini juga menjadi landasan memperkasa kerjasama dengan Nippon Paint untuk tahun ke-6 bagi IJM Land dalam meneruskan usaha memberi impak dan inspirasi kepada generasi muda melalui AYDA.
AYDA Platform Pemerkasaan Modal Insan
AYDA merupakan platform pertandingan dan juga pembelajaran dalam mencungkil bakat serta potensi kepada generasi muda Arkitek dan Pereka Dalaman. AYDA 2019 turut diwakili para juri iaitu Ar. Sarly Adre Sarkum (Kategori Arkitek) dan Mr. Lai Siew Hong (Kategori Hiasan Dalaman).
AYDA disokong oleh pelbagai badan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan (KPM), Institut Arkitek Malaysia (PAM), Real Estate and Housing Developers’ Association Youth Malaysia (REHDA Youth), Malaysian Institute of Interior Designers (MIID), Malaysia Green Building Confederation (MGBC) dan Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB).
Layari info lanjut AYDA di www.asiayoungdesignerawards.com
Baca lagi pengisian terkait;

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
Seorang digital creator; content writer, video creator dan motovlogger.
My Bio > PROFILE & BIO
My son baru masuk alam pekerjaan dan sblum ni mmg related dgn PAM. Bagus klu dia keep abreast AYDA utk perkembangan idea2 baru.. nice info sir.
Thanks sir.. mmg bagus utk perkembangan terkini arkitek dan ID.. didoakan moga anak tuan terus sukses.. aamiin
Kombinasi arkitek dan pereka hiasan dalaman moga ini dapat menghasilkan satu hasil yang kreatif dan sangat bernilai untuk diketengahkan. InshaAllah.
Perdu Cinta recently posted…Hadiah Bila Sentiasa Menjaga
Betul PC.. semoga dgn kemahiran dan kreativiti spt ini dpt membantu menyokong lanskap sosial yg lebih baik utk msykt kita
AYDA memupuk daya kreativiti bidang yg diceburi dgn terbaik
Kreativiti juga membawa kpd kejayaan yg mampan
gabungan idea dari 2 pakar yg pasti menghasilkan impak yg meletop!
betul.. makin maju, bangunan2 pun akan semakin cantik lagi luar dan dalaman
bab2 keselamatan jg x dilupakan…
anies recently posted…5 hours in Kuching, Sarawak – part 1
Semoga lebih banyak bakat kreatif generasi muda dapat dipupuk dalam bidang Arkitek dan Pereka Hiasan Dalaman ni. Sekaligus memajukan ekonomi negara.
Begitulah harapannya, mudah2an.
[…] Baca lagi: Pelancaran Tema Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2019 […]
[…] Date: 10 April 2019Source: KhirKhalid.com […]