Pelancaran ebook Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam

Alhamdulillah, tahun 2020 ini turut membuka ruang baharu dengan pelancaran ebook Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam. Ia merupakan antara inisiatif mendekati generasi muda mengenal asas muamalah berdasarkan realiti konvensional secara mudah.

Bagi yang sudah sedia maklum, ia adalah salah satu buku yang sebelum ini dicetak dibawah Utusan Printcorp bermula 2009, dan boleh didapati di kedai buku, portal institusi terpilih dan kedai buku online dengan data pengkatalogan ISBN 978-983-44659-0-2.

Namun ia turut menerima kesan daripada impak digitalisasi dan tidak lagi diteruskan bagi ulangcetak ke-3. Kini, melalui sokongan serta penambahbaikan rujukan institusi, ia telah dipersetujui untuk diterbitkan dalam format ‘ebook’.

eBook Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam

Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam

Saya bersyukur kerana setelah sekian lama, hasrat menambahbaik penglibatan kerjaya melalui penerbitan digital akhirnya terlaksana. Malah, peluang menggunakan Khir Khalid sebagai nama pena rasmi juga adalah sesuatu yang amat dihargai.

Inspirasi menceburi penerbitan ebook ini sebenarnya telah bermula hampir 9 tahun lalu. Namun komitmen kerjaya dari hari ke hari membuatkan hasrat itu seolah-olah dibiarkan begitu sahaja. Tiada fokus merealisasikannya dalam tempoh yang khusus.

Penglibatan aktif online turut menyuntik inspirasi menerbitkan ebook. Apatah lagi pendedahan oleh penulis blog dan usahawan digital berpengalaman terhadap pakar-pakar industri dalam memanfaatkan ebook sebagai antara platform modal insan.

Terima kasih atas pengalaman serta inspirasi yang memberi nilai tambah memperkukuh aspirasi keusahawanan dalam kemajuan arus digital.

Pelaburan Patuh Syariah

eBook Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam adalah hasil daripada kajian melalui pengalaman, pemerhatian dan rujukan berdasarkan penglibatan belajar dan kerjaya pemasaran di Malaysia dan beberapa negara.

Ia menjelaskan tentang istilah-istilah muamalat yang boleh kita praktikkan dalam memartabatkan lagi sistem perniagaan Islam dalam kehidupan seharian. Selain itu, turut berkongsi realiti sistem konvensional kini bagi memudahkan lagi rujukan.

Antara topik merangkumi, Pengenalan Perniagaan dan Asas Ekonomi, Konteks Perniagaan Di Dalam Sejarah Islam, Syariah Islamiah, Akad, Al Bai’, Khiyarat, Riba’, Gharar, Al Syarikah, Zakat, Wakaf, Istilah Muamalah Berdasarkan Perbankan Islam serta Istilah Insuran Dalam Sistem Perbankan Islam termasuk Bibliografi pelbagai rujukan lanjut.

Antara rujukan buku asal: DRB-HICOM University of Automotif Malaysia.

Selaras hasrat ebook diterbitkan, 20% hasil jualan akan disalurkan bagi pembinaan bangunan baharu Surau As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri di Rawang, Selangor. Ia surau rasmi solat Jumaat yang akan dinaiktaraf sebagai pusat ibadah dan hub pengajian, komuniti serta rujukan mualaf dan asnaf yang lebih terancang.

Anda juga boleh terus menyumbang melalui maklumat yang disertakan.

Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam

Pelancaran eBook Pertama Pengganti Edisi Cetak

Adalah menjadi harapan agar ebook ini dapat menembusi kefahaman serta menarik minat seluruh lapisan masyarakat Islam terutamanya generasi muda untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan dalam syariat perniagaan Islam.

In shaa Allah, 2 lagi siri ebook dengan kerjasama penulis, institusi dan sektor industri bakal disiapkan. Moga terus dipermudahkan serta dapat menjadi sebahagian nilai rujukan bermanfaat dalam pembangunan modal insan.

eBook Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam ini dijual dengan harga RM5.00 sahaja berbanding harga buku iaitu RM 15.00 sebelumnya.

Sementara ini saya belum lagi menyediakan fasiliti muat turun online, namun anda boleh buat pembayaran melalui info di bawah.

Whatsapp nama, resit dan emel anda ke 016 313 8966 (Pn Zuraidah).

eBook: Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam
ISBN 978-983-44659-0-2
Harga: RM 5.00
Akaun: 1624 0506 2891 (Maybank).
Penama: Zuraidah binti Misan.

Baca lagi: Pendaftaran Bisnes Yang Usahawan Patut Tahu

6 Thoughts to “Pelancaran eBook Istilah-Istilah Perniagaan Dalam Islam”

  1. eh macam kenal pulak ustaz yang duduk berbaju biru tu…tahniah tuan atas pelancaran e-booknya, semoga menjadi manfaat buat mereka yang memerlukan…
    sunah sakura recently posted…Resepi Pulut Mangga Sedap, Senang Pulak Tu!My Profile

  2. AvatarMarzuki Rahman

    Bagus inisiatif spt ini didigitalisasikan.. tahniah tuan. Mmg patut ada simpanan ni utk rujukan anak2 termasuk diri sendiri juga. Thanks!

  3. Alhamdulillah.Syukur.Tahniah Tuan.Selangkah lagi menyebar info dan ilmu kepada masyarakat.

  4. tahniah bro Khir
    kagum dengan kejayaan nih
    alhamdulillah

  5. Alhamdulillah semoga bermanfaat . Wahh dengan harga RM5 sahaja dah blh dapat satu buku hebat ini .. Kena beli ni utk tambah pengetahuan ..
    Lya recently posted…Jom Join Kelas Online IMBaSMy Profile

  6. Tahniah. Moga dapat menjadi rujukan umum disamping memartabatkan lagi sistem perniagaan Islam.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.