Intervensi ODP Parol WPKL Bulan Mac 2014 – Pada petang Isnin (10/3/14), saya menyampaikan perkongsian motivasi dalam satu sesi intervensi ODP,
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) yang diadakan di Pejabat Parol Daerah Gombak, Wangsa Maju.
Antara intipati perkongsian menyentuh tentang isu motivasi kerjaya dan juga kehidupan. Ia merangkumi tentang peranan individu dalam menghargai nilai-nilai kepercayaan serta menjaganya sebagai satu amanah dan tanggungjawab setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.
Intervensi ODP Parol WPKL
Antara intipati intervensi menyentuh tentang erti kepercayaan.
Ia adalah amanah yang dapat mendekatkan hubungan antara manusia dengan Penciptanya dan hubungan manusia sesama manusia (
Hablum minallah, hablum minannas), untuk kehidupan yang lebih berkat dan harmoni.
Saya turut berkongsi pandangan tentang bagaimana kepercayaan yang ada itu juga dapat membantu sebagai sokongan yang baik kepada kita untuk maju dalam kerjaya mahupun kehidupan. Sesungguhnya kepercayaan tidak datang secara tiba-tiba. Ia hadir atas usaha dan keizinanNya. Kepercayaan itu satu anugerah… apatah lagi bila ianya merupakan peluang yang kedua buat kita.
Intervensi Kesedaran ODP – Parol WPKL
Ingin saya kongsikan intervensi kesedaran ODP di sini untuk renungan bersama. Apakah perasaan anda bila kepercayaan yang kita beri kepada seseorang itu dikhianati. Pastinya kita berasa kecewa, hampa, sebak dan kadang kala berasa putus harapan. Tentulah, ia juga pernah berlaku kepada kita.
Namun, anggaplah ia sebagai satu pengajaran agar kita lebih berhati-hati dalam menaruh kepercayaan. Terimalah ia sebagai sesuatu yang mematangkan diri. Redhalah ia sebagai satu ujian bahawa Allah swt itu sayang kepada kita. Jadikanlah ia sebagai satu tapak dan landasan yang dapat menjadikan diri kita seorang insan yang lebih baik kepada Yang Maha Pencipta atas usaha, doa dan tawakal kepadaNya.
Biarpun jika kepercayaan kita kepada seseorang itu dikhianati, janganlah sesekali kita khianati pula segala kepercayaan yang kita perolehi. In shaa Allah, pasti akan ada peluang dan jalan yang lebih baik buat kita sekiranya kita sentiasa menjaga kepercayaaan yang diberikan itu.
Terima kasih kepada Parol WPKL atas kepercayaan yang diberikan.
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
 |
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia |
A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
memang sakit bila kepercayaan itu dirobek-robek…sedih…ya kepercayaan itu satu amanah..:D
kalau sayalah En.khir bila kepercayaan yang diberikan dikhianati mmg susah dah percaya orang tu balik…
Betul, sedih kot bila kita dikhianati macamtu je.
Dalam sekelip mata boleh jadi pape je. 🙁
Betul, pengajaran 😀
Don't trust anyone easily lagi lagi nowadays kan cik khir? 😀
Yes, redha 🙂
Inshaallah…
perkongsian yg baik.. pengalaman mengajar kita agar x mudah meletakkan kepercayaan kepada orang, tapi jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yg orang bagi kepada kita.. sekali kita khianat, sampai bila orang ta aakan percaya dah..
Sudah menjadi sikap dan amalan, sentiasa bersangka baik dan mempercayai…tetapi sekali dikhianati pasti akan merubah persepsi dan pandangan. Sukar membina kembali keyakinan diri. Takut pisang berbuah dua kali…
Hanya dengan percaya dan yakin akan hikmah Allah swt… pasti menukar negatif menjadi positif.
kepercayaan itu adalah satu amanah.. sekali kepercayaan dikhianati pasti sukar untuk dipercayai lagi.. namun setiap manusia pasti pernah membuat kesilapan, berikan peluang kedua kepada seseorang jika dia tersilap.. 3kali h12 dan 3 kali visa untuk khir.. 😀
sy mudah sgt nk percaya kat org.. kalau kene tipu pun.. lepas tu mudah percaya balik.. sbb mcm x smpai hati plak.. kelemahan diri
Pengalaman memberikan pengajaran dan menjadikan kita lebih matang..
sekali kepercayaan dikhianati,sukar utk memberi kepercayaan kembali…
Sesebuah pengalaman dapat mematangkan kita… InshaAllah
satu pengalaman yg berharga..sama2 la kita brdoa semuanya selamat amin..singgah trus menabung cne
ye memang sakit klu kena tipu dan org x percy kn kita… ;(
http://umiadamfaris.blogspot.com/
pengalaman itu mematangkan kita…bila dikhianati,kepercayaan itu tidak lagi wujud..
thanks sharing khir..
pengalaman ada guru terbaik untuk kita.. teringin nak dengar bro khir bagi talk
susah untuk beri kepercayaan pada seseorang bila dia khianati kepercayaan yang kita beri.
terimakasih atas pengkongsian ini abg khir. Bila kita dikhianati, bukan mudah untuk percaya lagi.
mama singgah malam en khir.. kepercayaan kita akan musnah sama sekali bila dikhianati, namun jangan bersikap kejam, manusia itu tidak lari kesilapan..
bila encik khir tanya
Apakah perasaan anda bila kepercayaan yang kita beri kepada seseorang itu dikhianati
saya terfikir sejenak membayangkan keadaan atau situasi
kecewa, pasti kecewa jawapannya
setuju kata +Aku Penghibur, pengalaman adalah guru terbaik =)
Belum pernah mengalaminya..Harap-harap tak akan ada. Kalau ia berlaku tandanya Allah sayangkan kita tu khir…mesti ada sebab kan…nway its good to share that with them coz its very much relevan to them..harap-harap dia orang tak akan lakukan for the second or third time…
ASTRO Beyond & Visa for you!!!
khir pun dah jadi motivator yer….bagus2…pernah kena sekali dikhianati kawan sendiri…memang perit….susah nak terima…mmg beri pengajaran yang amat berguna…jgn sesekali mengkhianati kepercayaan yg di beri….
jangan dikhianati sebuah kepercayaan yang diberi….
rambut je sama hitam kan khir…semoga menjadi pengajaran…jgn terlalu percaya 🙂
Kepercayaan itu bukan satu benda yang mudah untuk kita dapat tapi terlalu mudah untuk hilang..jadi kita kena pandai jaga kepercayaan yang telah diberi…
Regards,
-Strider-
BILA KEADAAN JADI MCM NI,,SERAH SAJA SEMUA KEPADA ALLAH SEMOGA ORANG SEPERTI PEROLEH JALAN HIDAYAH..DARIPADANYA..
bersangka baik itu mmg dituntut pada masa yg sama perlu berwaspada agar tak menyusahkan diri sendiri … mlm ni jumpa colgate lak …
bila dikhiananti, dah susah dah nak percaya pada orang….
Pengalaman mendewasakan kita….harga sebuah pengalaman.
Suka baca mengenai up date program tu di sini, tahniah Khir.
Kepercayaan adalah satu amanah. Setuju sgt dgn idea dan perkongsian abg khir ni. Kalau kita khianati amanah yg dipertanggungjawabkan, balasannya…. tunggulah, pasti akan ada
salah satu guru yg terbaik ialah pengalaman..kepercayaan?sekarang ni org suka ambik mudah kepercayaan yg dh diberi…xsuka…hukhuk..
thanx sharing this Khir.. =)
setuju bro khir..apabila kpercayaan diberi dikianati..memang susah nak pcaya pada org lain..tapi saya percaya pngalaman adalah guru yg tbaik..
mnabng colagate bro khir
Wah..bagi talk lagi…ekekekekeke….btw pengkongsian yang menarik… bak kata pepetah omputih "trust must be earned not given"….. 😀 😀
Dikhianati memang menyakitkan… membuatkan kita sukar untuk mempercayainya lagi… tapi apa pun peluang ke dua harus diberikan… kita manusia biasa tidak lepas dari melakukan kesilapan… 🙂
Memang bukan mudah untuk seseorang duduk di hadapan untuk bercakap. Oh, Tuan Khir sememangnya punya kelebihan untuk berdiri di hadapan menyampaikan ilmu. Tahniah!
pasti tercalar hati dan perasaan..tapi kena terimalah..