Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur – Artikel kali ini, saya berhasrat berkongsi maklumat mengenai sebuah organisasi yang aku hormati. Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) merupakan salah satu organisasi peringkat negeri dibawah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.
 |
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P.K.L |
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL)
Parol WPKL adalah organisasi yang bertanggungjawab berkaitan isu koreksional dalam kesinambungan konsep Penjara Sejahtera, di luar tembok penjara untuk banduan-banduan yang diberi kepercayaan peluang kedua melalui Perintah Parol di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tanggungjawab utamanya adalah memantau dan mengawalselia Orang Di Parol (ODP) dan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW) agar dapat menjalani hukuman dengan berkesan serta membantu mereka dalam proses integrasi ke dalam masyarakat.
Selain itu, ia juga bertanggungjawab mentadbirselia Rumah Perantaraan WPKL sebagai tempat berteduh sementara untuk bekas banduan insaf yang kurang bernasib baik agar dapat memulakan kehidupan yang baharu dengan sebaik-baiknya. Secara keseluruhannya, melalui penglibatan pihak swasta serta NGO’s yang berkaitan, Parol WPKL menjadi tapak sokongan dan motivasi kepada pesalah yang telah dihukum beroleh peluang memperbetulkan serta memajukan diri ke arah yang lebih baik dalam menempuh kehidupan di wilayah kota metropolitan yang penuh pancaroba ini.
Info Komuniti Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Parol WPKL mempunyai seramai 35 orang kakitangan yang dianggotai oleh 32 orang pegawai penjara, Jabatan Penjara Malaysia berserta 3 orang kakitangan awam. Ia ditadbir oleh Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri dengan 3 Pejabat Parol Daerah bagi memastikan keberkesanan hukuman dan keselamatan masyarakat di setiap daerah.
Berikut adalah maklumat perhubungan dan kawasan pemantauan yang telah diwartakan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pengetahuan dan kebaikan bersama.
PEJABAT PAROL NEGERI WPKL:
PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI NEGERI W.P. KUALA LUMPUR
Kini disatukan bersama Pejabat Parol Negeri Selangor
PEJABAT PAROL DAERAH WPKL:
PEJABAT PAROL DAERAH GOMBAK (WANGSA MAJU)
No. 23, Jalan Delima 10,
D’Wangsa Maju,
53 300 Kuala Lumpur
Tel: 603 4149 6710
Fax: 603 4149 6582
Kawasan & Lokasi Pemantauan :
Wangsa Maju, Batu Caves, Kepong, Sg Pencala, Sg,
Buloh, Damansara, Segambut, Bukit Tinggi (Pahang).
PEJABAT PAROL DAERAH AMPANG.
Blok D – 1- 5, Parcel 28 – 2,
Setiawangsa Business Suite,
54 200 Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur.
Tel: 603 4253 1977 / 603 4253 1979
Fax: 603 4253 2023
Kawasan & Lokasi Pemantauan:
Ampang, Bukit Bintang, Kampung Baru, Datuk Keramat,
Setiawangsa, Pandan, Titiwangsa.
PEJABAT PAROL DAERAH CHERAS
Tingkat 19, Unit 12A & 12B,
Wisma Zelan,
No. 1 Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Tun Razak,
56 000 Kuala Lumpur.
Tel: 603 9173 4476 / 603 9173 4451
Fax: 603 9173 4497
Kawasan & Lokasi Pemantauan:
Cheras, Lembah Pantai, Seputih, Bandar Tun Razak,
Salak Selatan, Sg Besi, Kg Kerinchi.
 |
Pejabat Parol Daerah Gombak WPKL |
Matlamat Dan Harapan Parol WPKL
Adalah menjadi harapan, melalui maklumat yang diberikan dapat memberi pencerahan tentang tujuan Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia ini diwujudkan. Dengan pemahaman yang jelas juga, secara tidak langsung dapat mewujudkan kerjasama yang baik terutamanya warga Kuala Lumpur untuk mendoakan kejayaan Parol WPKL dalam mencapai matlamat demi kesejahteraan masyarakat… aamiin.
 |
Kenangan bersama Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman
dan wartawan Utusan Malaysia pada satu sesi interview akhbar. |
Aktiviti-aktiviti komuniti dan kemasyarakatan berkaitan Parol WPKL akan menjadi sebahagian liputan telus yang akan aku kongsikan di blog dari masa ke semasa untuk pengetahuan bersama… in shaa Allah.
Artikel berkaitan untuk rujukan :
A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
selalu tgk channel 553 pasal parol ni. moga mereka menggunakan peluang sebaiknya apabila diberi peluang berada di luar penjara.
Wahh.. seronok juga menonton tu. In shaa Allah Yumida, mudah2an membawa kebaikan.. 🙂
PAROL dan Khir Tak dapat dipisahkan..bagus–bagus..Nanti boleh jadi macam Zul (betul ke nama dia ni..dah lupa) ikon yang membentras jenayah tu..rupa dah ada mirip..apa-apa pun tahniah Khir tak jemu bagi sokongan untuk mereka.
Hehee mcm Kamal Affendi tu kot, aktivis pencegahan jenayah tu eh… bolehlah sikit2 hehee. Seronok terlibat dlm kerja2 yg mcm ni. Mudah2an membawa kebaikan.. 🙂
INTI & British Council for you..Salam Sabtu ya!!!
Thanks Raudzah.. salam Sabtu juga.. 🙂
ye abg khir, moga mereka yang diberikan parol menggunakannya dengan baik dan berjaya memajukan diri 🙂
Semoga kejayaan mereka membawa kebaikan bersama semua, in shaa Allah kenit.. 🙂
Semoga usaha mereka ini diberkati dan dipermudahkan untuk kesejahteraan bersama…amin. Selamat berhujung minggu tuan Khir 🙂
Semoga bersama kita semua beroleh kejayaan & kesejahteraan Linda… aamiin.. 🙂
satu lagi inisiatif dalam membantu bekas banduan kembali menjalani hidup dengan baik.. smoga usaha ini berhasil dan diberkati..
Semoga bersama kita semua beroleh limpahan berkatnya Pha Is… aamiin.. 🙂
amiin..
Semoga diberkati….semoga Allah mempermudahkan urusan bro.
In shaa Allah.. semoga dipermudahkan segalanya buat semua… aamiin..
Juga singgah klik tabung nuff anda.
T kasih sahabat.. 🙂
Assalamualaikum. semoga dipermudahkan segala urusannya..
Waalaikummussalam.. in shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan buat semua Sheila… aamiin.. 🙂
nampak segak pegawai berpakaian seragam..
Hehee.. segak kan Kathy.. 🙂
Wah semua smart smart ni hehe.
Terima kasih share semua benda ni cik khir 😀
Kalau tak qila mmg tak tahu pape. Hihihi 😀
Alhamdulillah qila.. t kasih ye.. 😀
Semoga peluang sentiasa terbuka utk bekas banduan terus insaf..
In shaa Allah Fidah, mudah2an membawa kebaikan buat semuanya.. 🙂
Salam hujung minggu…singgah klik tabung nuff 🙂
T kasih Maszie… salam hujung minggu juga.. 😀
salam bro khir.. bgus …pkongsian yg menarik..byak infomasi kita boleh tahu.. terutama mengenai komuniti wp..apa aktiviti dan khidmat sosial yg dijalankan.. terima kasih ats pkongsian bro khir 😛
Wkmmssalam… alhamdulillah.. mudah2an membawa kebaikan buat semua. T kasih bro Sobri.. 😀
info yg baik En.khir…klik inti kt sini..
Alhamdulillah.. t kasih Ikhwan.. 🙂
segak semuanya bila berpakaian seragam begitu.. bagus perkongsian ini khir.. nuff semua burung biru.. menabung 3kali h12..
Alhamdulillah… t kasih Aiza.. 😀
info yang bernas..En Khir Khalid semoga succes..
Alhamdulillah… in shaa Allah, Nur Syuhada.. T kasih ye.. 🙂
nice sharing abg khir
Alhamdulillah.. t kasih KH.. 🙂
terima kasih perkongsian bro khir.. semoga succes selalu dan di permudahkan urusan olehnya
In shaa Allah.. aamiin… T kasih Acik.. 🙂
semoga murah rezeki selalu..blogwalking
Semoga bersama kita semua dimurahkan rezeki.. aamiin.. Salam berblogging.. 🙂
Nice info…
Alhamdulillah.. T kasih pn Maria.. 🙂
amiinn… semoga terus sukses.. 🙂
Aamiin.. t kasih wawa.. 🙂
kalau tgk drama omputih mcm Law & Order SVU, mesti pesalah kene buat community service.. selama ni di Malaysia tak tahulah samada di praktikkan ke tak..good info Abg Khir.. now i know there is.. 😀
Hehee.. mmg ada Ain.. mmg dipraktikkan.. T kasih.. 😀
Semuga banduan2 menggunakan kemudahan yang telah disediakan dengan sepenuhnya untuk kebaikan diri mereka sendiri…
In shaa Allah.. peluang kedua utk mereka & kebaikan buat kita semua juga… 🙂
pernah dengar, tapi kurang faham fungsinya
Oh..harap2 dah tau lah sikit sebanyak kan.. T kasih Yana.. 🙂
Semoga segala perancangan mereka dalam usaha membantu ODP akan sentiasa dipermudahkan..thanks for the info tuan..
Regards,
-Strider-
In shaa Allah.. semoga membawa kebaikan bersama semua.. aamiin.. ur welcome Strider.. 🙂
thx for sharing khir…
Your welcome Noe.. 🙂
Kalau x pergi blog khir ni,mmg 1 apa pun saya x tau pasal parol ni.
Alhamdulillah.. t kasih Atien.. 🙂
Parol dah sinonim dgn Khir.. Nmpk segak abg2 uniform tu 🙂
Hehee.. t kasih Nurul.. 🙂
Wah, masing-maisng segak bergaya dengan penuh misi di dada.
Semoga dipermudahkan mereka mencapai misi utk kebaikan semua… aamiin.. 🙂
nice sharing utk org jauh mcm niesa ni..sekurang2nya ada gak ilmu yg niesa tau wpn niesa org srwk..heee
Sarawak ke Sabah ke… kita kan org Malaysia hehee.. Kat Sarawak pun ada Parol juga Niesa.. 🙂