Laman Diraja Pontian menjadi antara mercu tanda pembangunan dan kesejahteraan daerah Pontian, Johor. Ia juga melambangkan penghormatan dan kesetiaan hubungan baik antara rakyat dengan Institusi Diraja Kesultanan Johor. Panorama malam di lokasi yang indah terjaga dan terang bercahaya di tepian laut Selat Melaka… menarik perhatian untuk bergambar… selfie, wefie dan groupfie!
Panorama Malam Di Laman Diraja Pontian
Pastinya kebanyakkan kita memilih musim cuti sekolah untuk menziarah kampung halaman. Saya sekeluarga juga tidak terkecuali dan merupakan waktu terbaik bersama keluarga. Selain Johor Bahru, kami menghabiskan masa di Pontian. Maklumlah, rumah di sini jarang berpenghuni, maka banyak agenda nak mengemas… persediaan untuk Aidilfitri juga nanti.
Sebelum ini saya pernah juga mencoretkan kenangan bergambar kami sekeluarga di Laman Diraja Pontian ini, tetapi ia diambil pada waktu siang 1 Syawal tahun lepas (2015). Kini artikel tersebut sudah pun menghampiri setahun sejak ia diterbitkan. Sungguh pantas masa dirasakan berlalu.
Artikel tersebut boleh di baca di sini > Santai Aidilfitri Di Laman Diraja Pontian.
Selain suka menikmati panorama ‘sunrise dan sunset’, saya juga menghargai panorama malam lokasi-lokasi kunjungan orang ramai seperti Laman Diraja Pontian ini. Apatah lagi apabila ia disinari cahaya terang benderang… macam iCity. Tambah istimewa, ia terletak berhampiran tepi laut… nyaman.
Sebenarnya, ketika ini kami sekeluarga bersiar-siar menyusuri jalan berhampiran Laman Diraja Pontian ini. Secara tidak langsung tergerak singgah… sekadar ‘leparking’ sekeluarga menikmati angin malam bayu laut Selat Melaka, namun tergerak untuk mengabdikan gambar panorama malam di sini sekadar menambah kenangan jurnal kekeluargaan di blog ini.
Kenangan Membesar Di Bandar Pontian
Seperti yang diperkatakan pada artikel berkaitan sebelum ini, lokasi sekitar tempat ini menyimpan pelbagai kenangan waktu saya membesar jauh sebelum wujudnya Laman Diraja ini. Ia antara sebab mengapa saya suka mengabadikan coretan di sini. Mudah-mudahan entri penulisan ‘King KK’ ini boleh dijadikan antara bahan santai bacaan maya kepada sesiapa yang meng’google’. Selain itu manalah tau, ia juga boleh menjadi asbab terjumpa kembali ‘long lost friends’.
![]() |
Romantika De’ Amore… 🙂 |
Jika tiada kekangan, studio di Pontian juga akan siap diperkemas. Ia rumah @ studio mencari idea dan inspirasi menulis. Jika banyak kerja perlu disiapkan dan mengalami ‘writer’s block’ atau kecelaruan idea, sekurang-kurangnya ada lokasi ‘bertapa’ balik kampung sekejap, bertenang tanpa digangu.
Justeru, kepada rakan blogger Johor atau yang berhampiran, bolehlah kita saling mengenali dan menjalin silaturrahim, in shaa Allah.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
wah..romantiknya tuan dengan orang rumah..so sweet la
Happy family. Sweetnya gambar last tu ☺
Cantik bergambar waktu malam dekat sini tambah pulak dengan keluarga kan 🙂
igt td kat i-City heheheh
Alhamdulillah kalau tidak silap PC setiap daerah di Negeri Johor ada laman dirajanya sebagai simbolik kan Bro KK..bila waktu malam sangat menyerlah kecantikkannya..
SALAM RAMADAN DIK KK N FAMILI..SERONOKNYA BALIK KAMPUNG DI PONTIAN…SEMOGA PROJEK YG DIRANCANG DI SANA SUKSES JUA…INDAHNYA PIC SUASANA MLM DI LAMAN DIRAJA PONTIAN TU.
romantika de amore yg mahal tu hihi
so sweet.
Cantiknya….kampung siapa tu??…hihi
Best kan dapat bercuti bersama keluarga….especially bila dapat balik ke kampung halaman…
#semangat #nakbalikkampung
happy family
mmg kalo tempat lapang gini menjadi tumpuan keluarga boleh lepaking santai2 kan