Panorama Bangunan Sultan Abdul Samad ini diambil pada waktu malam selepas hujan. Ia sebenarnya terinspirasi secara kebetulan ketika lalu di Dataran Merdeka bersama kak long yang baru dijemput bercuti dari asrama.
Terpesona melihat suasana waktu malam yang terang bercahaya dan lengang, kami singgah santai sebentar menikmati suasana sekitar selepas hujan yang nyaman sebelum bergerak pulang ke rumah.
Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad
Terletak di Dataran Merdeka, merupakan mercu tanda moden terawal yang dibina oleh British. Ia diinspirasi daripada senibina Moorish yang siap dibina pada tahun 1897 dan menempatkan beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British di Tanah Melayu.
Pasti kita semua ketahui, persekitaran Dataran Merdeka sememangnya tersimpanan pelbagai memori bersejarah dan sketsa kehidupan masyarakat sama ada politikal mahu pun sosial. Paling berharga, ia juga menjadi saksi kepada perjuangan kemerdekaan yang terabadi sebagai titik paling bersejarah buat negara kita.
Panorama Malam Selepas Hujan Dataran Merdeka
Justeru, saya abadikan coretan ringkas panorama malam selepas hujan di Bangunan Abdul Samad Dataran Merdeka sebagai salah satu jurnal kekeluargaan blog ini. Nukilan seorang ayah bersama anak sulung tercinta sebagai memori santai indah buat tatapan di masa-masa mendatang, in shaa Allah.
Baca lagi: Makam Diraja Sultan Abdul Samad

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Cantiknya bangunan tu diterangi cahaya waktu malam. Teringat masa sekolah dulu…berarak kat situ waktu hari kebangsaan.
Walaupun julia membesar di KL, setiap kali lalu dataran merdeka ni mmg ada satu perasaan yang sangat membanggakan…cantik panorama tu
Cantik juga suasana di sana pada waktu malam. Jarang sekali lalu sebab kononnya nak avoid kesesakan lalu lintas heheh
bangunan bersejarah yg kekal terpelihara tu…comelnya remaja puteri KK. manis sekali wajahnya.
Pernah sekali ja menghayati panorama dataran merdeka di waktu malam
cantik….sorry tak blogwalking
semoga persahabatan kita kekal selamanya.
Pernah lalu juga kawasan ni Khir tapi tak perasan pula ia secantik ni.. selalu tengok sepintas lalu je
wah tuan..nampaknya anak kita semakin membesar…usia kita pula semakin menginjak tua.
mahu tidak mahu kehidupan mesti diteruskan juga..
#BBN
lama dah tak jejak kat sini..waktu malam la paling seronok berjalan-jalan kat sini
cantik.. malam2 lepas hujan.. 🙂
Kali terakhir jejak kaki di sini waktu malam masa sambutan merdeka zaman study dulu. Mak aih..dah lama sangat..2002 kot..hihi
cantik tempat ni, memang kebanggaan negara warisan camni
Dekat sini memang cantik kawasannya untuk bergambar 🙂
semenjak kahwin ni, tak pernah lagi lepak sini. Teringat zaman bujang pulak KK..
Dah terlalu lama tak menjejakkan kaki di sini. Teringat masa2 bujang dulu…hehe
Menarik gak panorama malam selepas hujan… Jalan tu bersih berkilat!
Cantiknya Dataran Merdeka malam-malam kan
Walaupun bangunan lama…tapi masih tegap utuh dan cantik..
dah lama tak jln2 kat situ
Teduh redup pohon kemboja,
Hamparkan mengkuang hidangkan santapan.
Warisan sejarah masih ada,
Kekalkan sirah buat keturunan.