Panduan pinjaman perumahan
Pasti menjadi impian setiap orang di dunia ini untuk memiliki rumah sendiri. Bagi kakitangan kerajaan, anda sangat bertuah kerana pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan adalah pinjaman yang mempunyai faedah (interest) paling rendah sehingga kini dan boleh lulus sehingga 100% pinjaman. Justeru, sebagai kakitangan kerajaan anda seharusnya bersyukur dan menggunakan keistimewaan yang dimiliki dengan sebaik-baiknya.
Panduan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Saya sertakan di sini serba sedikit pengalaman pegawai bahagian jualan dan pemasaran perumahan dalam menguruskan para pembeli rumah daripada kakitangan kerajaan.
(1) Kelayakan Asas Dan Pinjaman – Berurusan Dengan BPP
Kelayakan asas perlu anda tahu sebelum membuat komitmen membeli rumah dan seterusnya membuat permohonan pinjaman. Kelayakan asas adalah seperti di bawah:
a. Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
b. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan telah disahkan jawatan.
c. Anda boleh semak syarat-syarat asas pinjaman di link berikut :
http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/2015-11-02-01-20-39/syarat-syarat-pinjaman
(2) Dua perkara yang sering digunakan untuk menentukan kelayakan
a. PERATURAN BPP: Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain)

b. PERATURAN JABATAN: Ada diantara sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun-elaun) termasuk potongan lain yang berada dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan anda ada menggunapakai peraturan ini atau sebaliknya sebelum membeli rumah.
(3) Setelah jelas kelayakan anda untuk lulus pinjaman, anda perlu mengisi boring ‘online’ Pinjaman Perumahan Perbendaharaan SPPP/SPPI dan mendapatkan tandatangan ketua jabatan anda pada boring tersebut bersama beberapa dokumen yang lain seperti:
     a. Salinan Kad Pengenalan
     b. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini
     c. Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan
     d. Salinan Surat Pengesahan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen
Bagaimanapun terdapat juga beberapa dokumen dari pihak pemaju yang perlu dihantar bersama untuk melalui proses pinjaman tersebut seperti:
     a. Salinan Fotostat Surat Hakmilik Individu
     b. Salinan Fotostat Surat Perjanjian Jualbeli
     c. Borang 3B/1999 untuk kes yang mempunyai Hak Individu
     d. Borang B5 – AKUJANJI PEMAJU DAN PERAKUAN FIRMA GUAMAN
     e. JADUAL IV (KEEMPAT) – Surat Kuasa Wakil
     f. Lesen Pemaju & Permit Iklan Dan Jualan
(4) Setelah pinjaman anda diluluskan, anda perlu menyempurnakan Borang Setuju Terima Amaun dan Syarat-Syarat Pinjaman dengan mendapatkan pengesahan daripada ketua jabatan anda dan diserahkan kepada Bahagian Pinjaman Perbendaharaan pada tempoh yang ditetapkan.
(5) Sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga seperti meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan, anda boleh klik link berikut: http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/2015-11-02-01-20-39/kematian-peminjam

Dapatkan visual terperinci panduan pinjaman perumahan kerajaan di sini:
http://mega3.com.my/site2/index.php?cat=415&page=529
Sebagai langkah selamat, anda perlu mengukur kemampuan membayar balik pinjaman dengan menyemak segala komitmen yang ada. Anda harus bijak dalam membuat percaturan kewangan. Sekiranya terlalu banyak tanggungan, dikuatiri berlaku kesukaran untuk membuat bayaran balik bulanan mahupun pinjaman anda lulus dengan jayanya.

Rumah Mampu Milik Pinjaman Kakitangan Kerajaan

Sekiranya anda merupakan kakitangan kerajaan yang berhasrat mendapatkan rumah mampu milik selesa, berkualiti dan bertepatan dengan kos sara hidup, anda boleh layari laman web Mega3 Housing yang disediakan di gambar di bawah:
Panduan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan
Dapatkan rumah mampu milik di: http://mega3.com.my/site2/home
Membuat pinjaman bank perumahan untuk kakitangan kerajaan bukan satu masalah yang rumit jika mendapat panduan sewajarnya. Panduan yang disediakan oleh Mega3 Housing adalah solusi terbaik.
Anda boleh dapatkan khidmat perundingan daripada yang berpengalaman dengan menghubungi melalui info perhubungan yang disediakan, dan dapatkan rumah idaman mampu milik yang bertepatan untuk gaya hidup selesa anda dan keluarga.

17 Thoughts to “Panduan Pinjaman Perumahan Untuk Kakitangan Kerajaan”

  1. Bagus panduan ni. Nanti nak beli rumah boleh rujuk balik. Terima kasih KK 🙂

  2. Kakitangan kerajaan ambillah peluang ini…walau setiap bulan gaji berkurangan tapi hujungnya akan miliki aset sendiri…

  3. Mardiah Diana

    Salam singgah sini KK….untungnya orang yang kerja dengan kerajaan ni….bolehlah beli rumah sendiri….

  4. entah bila la sy nak beli rumah, mahal kawasan sini enstek…normally 400k

  5. alhamdulillah..rumah yang baru dibeli ni pun pinjaman dari kerajaan..sangat mudah

  6. Kaki tangan kerajaan wajar buat pinjaman perumahan lebih awal agar sebelum tamat perkhidmatan sudah miliki rumah sendiri.

  7. untungle keje gomen..banyak kemudahan. Nice tips bro KK.

  8. Panduan dan info yang sangat menarik dan bermanfaat….tak semua yang tahu dan sedar akan syarat2 pinjaman semua tu…

  9. Assalamualaikum KK,bagus ada panduan ni boleh jadikan sebagai rujukan nanti ni KK nk buat pinjaman perumahan dah ada panduan ni hehe

  10. Dulu suami kerja gomen tapi dia tak nak apply sebab dia cakap layak beli apartmen ja, dia nak sebuah rumah yang ada 'tanah'

  11. bolehlah membantu sapa yang perlukan dengan panduan ini

  12. Untung orang kerja kerajaan kan

  13. Semoga dapat membantu golongan yang mahu membeli rumah.

  14. Pada yang nak beli rumah atau tengah berangan nak beli rumah boleh rujuk panduan kat sini..

  15. sekarang merancang untuk membeli rumah kedua pula..

  16. Sekarang dah tukar kerajaan. Mungkin syarat-syarat bagi permohonan pinjaman akan berubah sikit kot.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.