Garis panduan hiburan dalam Islam edisi ke-2 yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini dilihat sebagai langkah yang wajar dan sepatutnya diberi sokongan sepenuhnya terutama kita sebagai masyarakat Islam di Malaysia ini. Ia diperakui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-107 yang berlangsung pada Februari 2015. Garis panduan tersebut merupakan edisi ke-2 selepas edisi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2007.
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam
Kita sedia maklum, dunia hiburan berkembang begitu pesat sehingga melahirkan sub-budaya Barat yang kebanyakkannya bertentangan dengan gaya hidup masyarakat Islam. Lebih memburukkan apabila suntikan hiburan tersebut menyuburkan gejala sosial seperti budaya hedonisme, pergaulan bebas tanpa batas dengan trend pakaian serta sikap yang terarah kepada gaya hidup jahiliah moden. Budaya hiburan sedemikian dilihat semakin mencengkam masyarakat terutamanya remaja dan belia masa kini.
Tindakan JAKIM mengeluarkan garis panduan ini merupakan usaha mengekang suburnya pelbagai sub-budaya yang tidak sihat melalui hiburan. Antara objektif utama adalah memberi panduan kepada pihak yang terlibat untuk berkarya tanpa melangkaui batas syarak disamping membantu penganjur dalam menyusun program hiburan sejajar dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
![]() |
Kredit gambar – Rotikaya.com |
Antara garis panduan terutamanya bagi penganjur konsert hiburan ialah pengasingan penonton mengikut jantina ketika konsert berlangsung. Penganjur juga perlu memastikan agar intipati program tidak mengandungi unsur pendustaan, penghinaan, lucah, kata-kata kesat atau terarah kepada tarikan negatif yang bertentangan dengan Islam dan norma kehidupan masyarakat Malaysia. Selain itu, perlu memberi penekanan sejauh mana program yang dianjurkan memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat seluruhnya.
Garis Panduan Hiburan Serta Penguatkuasaan
Hakikatnya, garis panduan hiburan dalam Islam yang lengkap sudahpun
diperkasa mengikut kesesuaian cabaran dan peredaran zaman. JAKIM sebagai pihak berkuasa agama telah melaksanakan tanggungjawab menyediakan garis panduan yang sebaiknya dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Negara Malaysia ini. Namun, ia tertakluk juga kepada sejauhmana penerimaan pihak yang terlibat dalam mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan.
diperkasa mengikut kesesuaian cabaran dan peredaran zaman. JAKIM sebagai pihak berkuasa agama telah melaksanakan tanggungjawab menyediakan garis panduan yang sebaiknya dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Negara Malaysia ini. Namun, ia tertakluk juga kepada sejauhmana penerimaan pihak yang terlibat dalam mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan.
Kerjasama masyarakat juga dilihat memainkan peranan penting menjayakan usaha yang diketengahkan bermula dengan kesedaran serta pemerkasaan bimbingan dalam institusi kekeluargaan. Selain itu, tiada gunanya juga garis panduan yang mantap sekalipun jika tiada pemantauan, penguatkuasaan mahupun yang menghormati dan mematuhinya. Adalah diharap agar penguatkuasaan terhadap garis panduan ini akan lebih agresif dan proaktif demi kebaikan generasi kini dan masyarakat seluruhnya.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
konsert..kat sini jarang ada konsert. pekan kecil
bagus jugak kalau diapplikasi kat stesen tv yg bhgn perfileman, drama
bhgn sentuh2 tu diperketatkan
kasihan bentuk hiburan yang ada di Malaysia…kasihan anak2 remaja.
perlu ada supaya dapat dibanteras segala hal hal yang tidak sihat.
Harus ada panduan yang sebegini..
Sekarang ni, dah macam-macam ada. Manusia pun sudah menjadi semakin kreatif. Moga tak jauh terpesong
bagus jugak diorang buat garis panduan dalam hiburan…sbb sekarang ni macam² dah berlaku dalam konsert dan sebagainya
Moga kita tidak melibatkan diri dalam hiburan yang bercanggah dengan tuntutan Islam…
saje berblogwalking
yg penting penguatkuasaan… kalau ada panduan je tapi tak de orang ikut, macam tak guna jugak. hmm..
Seharusnya ikut garis panduan,hiburan biar ada batasan kerana gejala sosial ni ada kalanya datang dari hiburan terlampau..
Bagus KK entry nya..
garis panduan ini harus dikuatkuasa di semua tempat.
dah ada panduan yang jelas mudah untuk tentukan halal atau haram…
garis panduan hiburan dalam Islam dah ada.tapi ada yg follow tak?
penganjur konsert hiburan ialah pengasingan penonton mengikut jantina ketika konsert berlangsung. <– rasanya mcm tak je huhuhu..maybe perlu penguatkuasaan lagi kan
Ada garis panduan tu bagus, tapi berapa kerat yang akan ikut ya ?
Tak mo komen banyak lah nanti jadi kontroversi pulak.
penganjur harus lebih peka akan hal ini.
setakat mana keberkesanannya??