Pakej Prihatin PKS sokongan daya tahan usahawan

Saya terpanggil mengupas tentang Pakej PRIHATIN PKS Tambahan bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan baru-baru ini, serta bagaimana ia membantu menyokong landskap keusahawanan seluruhnya.

Terlebih dahulu, saya ingin memetik pernyataan Perdana Menteri, yang berkata, beliau menyedari PKS adalah tunjang utama ekonomi Malaysia. Ia menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40% kepada ekonomi.

Kenyataan tersebut menjelaskan, penting bagi kerajaan memastikan sektor PKS dapat bertahan menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi negara ketika ini. terutama masalah aliran tunai ketika pelaksanaan PKP ekoran penularan wabak COVID-19.

PKS Dalam Landskap Keusahawanan

Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan ucapan Perdana Menteri. Selama lebih 15 tahun, PKS antara landasan yang membantu saya menyokong aspirasi keusahawanan dalam pelbagai usahasama yang terjalin sehingga ke hari ini.

Melalui pengalaman jatuh bangun kerjaya, rakan-rakan PKS jugalah yang banyak membuka peluang agar dapat terus bertapak. ‘Venture capital’ dan kolaborasi projek PKS juga biasanya boleh dijayakan dengan modal yang masih mampu dilabur oleh kebanyakkan kita, namun mempunyai potensi pasaran yang tidak kurang hebatnya.

Selain fasiliti permodalan yang disediakan untuk PKS, atas faktor tersebut jugalah, ada yang menjadikan sektor PKS sebagai platform pelaburan bagi mengembangkan modal atau membina aliran tunai tambahan untuk simpanan atau sokongan perniagaan.

Tidak ketinggalan aspek bekalan bahan mentah, tenaga kerja, keperluan khidmat penyelenggaraan sehinggalah logistik yang sentiasa bergerak pantas, PKS merupakan jaringan kebergantungan ekonomi sebagai nadi masyarakat dan negara.

Saya memahami sentimen PKS kerana sejak awal kerjaya lagi telahpun terlibat dalam pelbagai usahasama PKS sehinggalah pembangunan modal insan.

PKS pemangkin enjin ekonomi, menyokong startup dan ekonomi mikro agar dapat berkembang, juga menyumbang pendapatan kepada sebahagian besar masyarakat sebagai tenaga kerja di pelbagai sektor industri.

Tanpa PKS, agak sukar individu seperti saya dapat bertapak lebih baik. Begitu juga dengan sebahagian besar usahawan mikro dan makro termasuk kerajaan, memerlukan sektor PKS sebagai jaringan pemangkin aspirasi keusahawanan negara.

Namun, ujian wabak Covid-19 dan PKP bukan masalah biasa. Ia bukan sahaja merencatkan daya saing perusahaan, tetapi bakal menjejaskan ekonomi negara secara dasar dan menyeluruh jika tidak ditangani sebaiknya.

Atas sebab itulah sektor PKS harus diberi perhatian sewajarnya.

Pakej PRIHATIN PKS Tambahan

Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan langkah penambahbaikan berdasarkan pakej PRIHATIN bernilai RM250 bilion.

Namun, pakej tambahan RM10 bilion telah disediakan dalam bentuk kenaikan subsidi upah RM7.9 bilion dan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion. Bagi peruntukan program subsidi upah, kerajaan menaikkan jumlah RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion.

Ia disebabkan banyak maklum balas meminta agar ia diteliti semula. Antara cabaran utama ialah masalah aliran tunai perniagaan berikutan PKP, termasuk isu birokrasi dan pentadbiran yang menyukarkan akses segera terhadap bantuan pakej PRIHATIN.

Berikut adalah inisiatif tambahan yang telah diumumkan. Kredit infografik diperolehi dari laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Pakej Prihatin PKS Tambahan - Kredit PMO.

Subsidi Upah

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah berdasarkan bilangan pekerja masing-masing.

Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih 200 orang, subsidi upah RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja layak menerima subsidi ditambah daripada 100 kepada 200 pekerja.

Sementara itu, syarikat dengan bilangan pekerja seramai 76 hingga 200 orang, menerima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja. Manakala syarikat dengan pekerja sehingga 75 orang pula akan menerima subsidi upah RM1,200 bagi setiap pekerja.

Bantuan berkenaan adalah untuk tempoh tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020, juga mendaftar PERKESO.

Pakej Prihatin PKS Tambahan - Kredit PMO.
Pakej Prihatin PKS Tambahan - Kredit PMO.

Geran Khas, Pemansuhan Faedah Dan Pengurangan Levi

Di bawah Geran Khas PRIHATIN untuk PKS mikro berkelayakan, kerajaan menyediakan geran RM3,000 kepada hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. Namun, PKS mikro perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk fasiliti ini.

Inisiatif lain termasuk  memansuhkan kadar faedah 2% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), juga untuk TEKUN Nasional. Bayaran sewa juga dikecualikan atau diberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan.

Selain itu, bayaran levi pekerja asing juga dikurangkan sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerjanya tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020.

Moratorium automatik selama 30 hari dari tarikh terakhir PKP juga diberikan untuk syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM. Tempoh penyerahan simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan tiga bulan dari tarikh terakhir PKP.

Pakej Prihatin PKS Tambahan - Kredit PMO.

Pemerkasaan Daya Saing Digital Dikalangan PKS

Kesempatan ini saya ucapkan terima kasih buat para usahawan PKS atas kepercayaan menjalin usahasama selama ini. Sama ada eperolehan, pemerkasaan digital atau kerjasama projek, kalian antara yang mendepani potensi digital dikalangan PKS.

Ini kerana, menurut analisis Bank Negara Malaysia; walaupun berbagai insentif telah diketengahkan, sektor PKS masih terus ketinggalan dalam daya saing digital. Penggunaan adaptasi digital PKS masih tidak sampai 20% dan syarikat perkilangan pula hanya memanfaatkan kurang 50% penggunaan proses automasi.

Moga pengalaman ini juga dapat memperkasa lagi sektor PKS dalam memanfaatkan potensi digital untuk terus berkembang maju selaras tuntutan IR4.0 seluruh dunia.

Apa pun kita doakan yang terbaik agar kita semua sentiasa dilindungi dan ujian ini dapat ditangani sepenuhnya dengan segera.. aamiin.

Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus IR 4.0

8 Thoughts to “Pakej PRIHATIN PKS Sokong Daya Tahan Keusahawanan”

  1. Pakej prihatin ekonomi menyeluruhi semoga dimanfaatkan sebaiknya dan wabak COVID 19 sedera diangkat Pencipta

  2. Amin…. moga PKS Malaysia akan bangkit selepas wabak 19 ini berakhir. Insya Allah…
    Kamil Salleh recently posted…Diabetes Membunuh Dalam DiamMy Profile

  3. Buat masa ini,apa sahaja jenis bantuan sangat-sangat diperlukan dan sangat bererti.Mahu tidak mahu setiap bantuan itu umpama vitamin yang menambah apa yang kurang dan kembali membangitkan apa yang kian layu.

  4. semoga PKS mendapat manfaatnya dan menggunakan sebaiknya
    aRzMoHa recently posted…3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAWMy Profile

  5. banyak bantuan yang kerajaan bagi dalam tempoh #roadtozerocovid19 ni, bukan individu je yang dapat, majikan-majikan pun dapat juga..alhamdulillah..siapa yang perlukan bantuan tu, boleh lah mohon dengan segera jika layak..
    sunah sakura recently posted…SMK Baru Bintulu, Sekolah Ku Tahun 2000 – 2002My Profile

  6. […] Bca lagi: Pakej PRIHATIN PKS Sokong Daya Tahan Keusahawanan […]

  7. […] Baca lagi: Pakej Prihatin PKS Sokong Daya Tahan Keusahawanan […]

  8. […] itu, ECERDC turut membantu usahawan mikro untuk memohon Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN). Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama rapat rakan strategik seperti Pertubuhan […]

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.