Orang DiParolPendidikan 

Orang DiParol (ODP).

Parol atau lebih diketahui dengan panggilan bahasa Inggeris – Parole, telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai institusi koreksional bertaraf dunia. Ia merupakan salah satu usaha dalam memberi ‘peluang kedua’ kepada banduan insaf  untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Melalui sistem parol yang telah diluluskan di Parlimen Malaysia bermula tahun 2008, banduan insaf yang layak dipilih, berpeluang menjalani separuh daripada baki hukuman penuh pemenjaraan di luar penjara (pembebasan awal) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka tidak lagi bergelar banduan tetapi dinamakan Orang DiParol atau singkatannya ODP dibawah Perintah Parol Malaysia.

Apa itu Parol

Kriteria Orang DiParol (ODP)


Orang DiParol – ODP adalah banduan insaf yang telah membuktikan usaha mereka untuk pulih sewaktu menjalani hukuman di penjara. Ia dinilai melalui prestasi koreksional pembelajaran termasuk displin tingkahlaku oleh Jabatan Penjara sepanjang menjalani hukuman penjara. Mereka (ODP) yang dipilih dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga dan menjalani baki hukuman di rumah dibawah pengawasan pegawai parol bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Sungguhpun begitu, untuk setiap banduan menjadi ODP ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan satu keistimewaan, tetapi satu peluang kedua yang wujud setelah melalui proses penilaian yang ketat oleh Lembaga Parol yang terdiri daripada pihak Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Kehakiman, polis dan juga sokongan keluarga atau majikan sebagai penjamin kepada bakal ODP itu sendiri. Peluang parol hanya diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman sekurang-kurangnya 1 tahun dan dibawah 7 tahun. Ia juga hanyalah untuk kes-kes yang ringan dan diutamakan kepada kesalahan kali pertama.
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia

Salah satu Program Intervensi ODP yang diadakan
ODP dibenarkan bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa tetapi perlu berada di rumah pada waktu malam dan sentiasa di dalam kawasan yang ditetapkan. Segala urusan melangkaui perkara ini
perlulah mendapat kelulusan pegawai parol terlebih dahulu. Mereka juga perlu
melaporkan diri di pejabat Parol Daerah masing-masing pada waktu yang ditetapkan selain diwajibkan menghadiri setiap
program intervensi yang dilaksanakan sehinggalah
dibebaskan sepenuhnya.
Penubuhan bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti dibawah Jabatan Penjara Malaysia bukan bertujuan untuk menghukum ODP. Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada bimbingan koreksional lanjutan melalui penglibatan institusi kekeluargaan agar mereka benar-benar dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi insan yang berguna. Ia merupakan proses kitar semula modal insan (recycling of human capital) yang dapat membantu menjana sosio–ekonomi masyarakat seterusnya mengurangkan kadar jenayah berulang termasuk anasir-anasir negatif yang lain untuk kebaikan negara.
Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Kenangan acara bersama
Parol & Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur
Pada masa ini, kita dapat
melihat banyak tenaga kerja warga asing yang kita sendiri kurang jelas tentang latar
belakang mereka. Ia selain merugikan ajiran kewangan negara, ada diantaranya menjadi penyebab
permasalahan sosial dan salah laku jenayah di negara kita juga. Oleh itu, adalah menjadi harapan agar usaha kitar semula modal insan ini
mendapat sokongan dari pelbagai pihak
. Saya bukanlah anti kepada warga asing, tetapi sebagai warga Malaysia apalah salah sekiranya peluang memperkasa modal insan atau peruntukan pekerjaan yang bersesuaian dapat disediakan melalui lebih banyak penglibatan pihak swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan kepada warga kita seperti ini sebelum memandang tenaga kerja dari luar negara yang entah apa-apa itu.

Matlamat Parol Adalah Untuk Kesejahteraan Masyarakat

Orang DiParol adalah rakyat kita sendiri. Mereka mempunyai segala rekod latar belakang yang mudah dirujuk. Ada diantaranya yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Mereka mempunyai keluarga, saudara dan sahabat handai, harapan dan juga impian. Walaupun mereka pernah tersasar dan melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak, namun mereka adalah segmen insan dalam masyarakat kita yang telah insaf dan berusaha untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan.. mereka telah berubah..
Ingin lagi saya bertanya pandangan ikhlas dari hati sahabat pembaca yang sudi. Adakah golongan ODP ini layak diberi peluang kedua didalam masyarakat?
* Segala usaha lain dibawah Parol & Perkhidmatan Komuniti dalam pemulihan modal insan akan menjadi antara artikel perkongsian dari masa ke semasa di entri-entri yang akan datang.
Terima kasih diatas kesudian membaca.

Related posts

97 Thoughts to “Orang DiParol (ODP).”

  1. Avatarmunirah rahman

    Setiap manusia pernah melakukan kesilapan 🙂

    1. Mmg betul tu munirah.. tiada yg sempurna.. subhanallah..

  2. AvatarAefa Aerisya

    oh.. baru tau sistem parol ni.. thanks for sharing 🙂

  3. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    pada pandangan aiza tidak salah untuk memberikan peluang kedua kepada mereka.. mereka juga manusia biasa yang terlepas dari melakukan kesilapan.. oleh itu sokongan serta kata-kata semangat dari keluarga terdekat dan sahabat baik adalah sangat perlu untuk mereka memulakan hidup yang baru.. menabung inti.. 😀

    1. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

      amin.. insya-Allah.. menabung churp2 (yang keluar semua iklan churp2).. 😀

    2. Semoga diberi jalan utk mereka terus berubah kearah kebaikan.. aamiin. T kasih Aiza.. 🙂

    3. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

      salam jumaat.. menabung churp2.. 😀

  4. AvatarSukma Haron

    support amat penting dari masyarakat sekeliling dan ODP perlu tahu apa erti perubahan pada diri sendiri…..

    1. Betul tu.. asalkan mereka tidak menggunakan peluang kedua yg diberi utk memudaratkan mereka semula, in shaa Allah.. mereka sendi mmg perlu menghargainya. T kasih saudara Sukma. 🙂

  5. AvatarMyCherita

    nak tanya sikit..adakah sistem nie digunakan di pusat serenti juga..???

    1. Setakat ini, sistem parol hanya termaktub dibawah akta penjara (pindaan 2008). Ia hanya utk pesalah yg ditahan di penjara. Namun, bagi pesalah dadah yg ringan, mereka juga beroleh peluang utk diparolkan. Institusi pemulihan dadah hanya yg terus dibawah seliaan Jabatan Penjara juga sama kecuali yang dibawah aadk atau lain2.. Perlu pastikan bahawa pusat itu dibawah seliaan Jabatan penjara atau tidak…

  6. AvatarCik Mun

    ooo..perkongsian yang berguna..mun baru tahu ni..

    1. mudah2am membawa kebaikan mun.. 🙂

  7. Avataratien zuraidah

    Biasa juga dgr,,tp x faham pn apa tu..ni bru tau..tq

  8. AvatarHuny eda

    nah..baguslh klu bgtuh…ada peluang ke2 utk banduan..

    1. mudah2an membawa kebaikan buat mereka, keluarga & msykt kita semua eda.. in shaa Allah 🙂

  9. thanks for sharing…baru saya tau sistem parol ni…
    memang patut mereka diberi peluang lagi…sebab tiada manusia yang sempurna dan tidak berbuat kesalahan…mereka juga mahu berbuat kebaikan cuma perlukan sokongan dan dorongan daripada masyarakat setempat…semoga peluang yang diberikan tidak disia-siakan…^_^

    1. In shaa Allah.. semoga mereka terhindar dari melakukan keburukan & dpt berbakti utk agama, keluarga & msykt.. aamin

  10. Berilah manusia peluang….tahniah juga kerana masuk blog OH blogger.

    1. Betul tu.. selagi x memudaratkan apa salahnya.. T kasih bang Khairuddin.. 🙂

    1. Mudah2an membuka jln kebaikan.. aamiin.

  11. InsyaAllah…. Manusia memerlukan peluang dan janganlah sia-siakan peluang tersebut..

    1. Mudah2an membuka jln kebaikan buat mereka, in shaa Allah.. t kasih Abak 🙂

  12. thanks for sharing the info…

  13. Peluang ke 2?..Ya perlu. Tidak semua kesalahan perlu ditanggung akibatnya seumur hidup. Kadang kala, orang baik juga tersilap memilih jalan…bukan kerana mereka jahat, tapi kerana mereka adalah manusia biasa yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan….:

    1. Semoga dipermudahkan jalan bagi mereka utk berubah kearah kebaikan & bersama kita semua diberkati, in shaa Allah.. aamiin.

  14. bagus sebenarnya parol ini..ia boleh meningkatkan motivasi banduan untuk berkelakuan baik serta menginsafi kesalahan mereka..tapi orang kata ODP nie tak boleh keluar kawasan(negeri) tanpa keizinan..betul ke??

    1. Mmg betul.. klu nk balik kampung di negeri lain perlu memohon kelulusan parol dahulu. Tapi ianya diatas budi bicara mereka, sekiranya didapati tidak bersalahan, tidak berbahaya atau mengancam keselamatan msykt, ada kemungkinan dibenarkan..

    2. Selalunya mereka yg diluluskan perlu membawa surat pelepasan.. dan memaklumkan di parol yg berdekatan dgn tempat yg dituju. Bukan apa, sekiranya ditahan pihak berkuasa lain & mereka periksa latar belakang melalui kad pengenalan.. surat pelepasan itu membantu mereka dari didakwa inkar perintah yg menyebabkan peluang parol ditarik & masuk semula ke dalam penjara..

    3. owh…okay bro..thanks 4 da explanation…kira sama macam orang kena buang daerah laa nie..hehehe

    4. A ah.. lebih kurang sama tu.. 😀

  15. mcm omputih kan selalu ckp under parol. ohh.. baru paham..
    licha klik nuffnang 🙂

    1. Mmg betullah mcm tu.. T kasih Licha.. 🙂

  16. Kna lapor selalu kat balai polis la eh..sllu tgk kat dlm ceta omputih je ni.hehe..tima kaaih en khir..kongsi2 info 🙂

    1. Mmg kena lapor tp bukan kt balai polis, tp kat pejabat parol daereh.. lebih kurang lah tu.. t kasih kembali yana.. 😀

  17. Baru faham ttg sistem parol… Tq…

  18. AvatarRaudzah Z

    Oh..itu maksudnya Parol ya..baru tau ni..thanks Khir..Anyway sebenarnya semua orang berhak diberi peluang kedua tak terkecuali dia orangkan..Sedangkan Allah pun mengampunkan setiap manusia yang berulangkali melakukan kesalahan inikan kita manusia..cuma yang baiknya bila diberi peluang kedua dia orang mesti menggunakan sepenuhnya…tak ada yang ketiga…keempat dan kelima…

    1. Setuju tu Raudzah.. mudah2an mereka menggunakan peluan itu dgn sebaik2nya utk kebaikan mereka, keluarga dan msykt seluruhnya, in shaa Allah..

  19. AvatarAnonymous

    hmm…beri peluang pada mereka teruskan kehidupan..

    1. Selagi x memudaratkan, apa salahnya kan Kathy..

  20. Avatar* OZIE MAHSA

    new info pada saya hee….thank you friend….

    1. Thank you kembali kak Ozie.. 🙂

  21. AvatarCheq Eem

    agaknya sistem parol nie sama ker dengan negara lain? selalu tgk dalam tv jer movie omputih.. rupanya malaysia pun dah buat juga eh…. hehe… kira baru jugak lah kan sistem parol di malaysia ni…

    p/s: siapalah kita yang berhak menilai dan menghukum sesama manusia…

    1. Lebih kurang sama mcm sistem tu & kira baru juga.. setakat ni bnyk yg positif, harap2 berterusan, in shaa Allah..

  22. seharusnya diberi peluang kedua..
    sebelum ni tahu tentang sistem parol ni.( tengok cerita omputih..ingatkan kat negara diarang jer) .tapi hari ni lebih paham lagi..rupanya kat negara kita dah start lama dah..:)

    1. dah masuk tahun ke 5 di sini.. mudah2an membawa kebaikan buat mereka & msykt kita semua, in shaa Allah.. 🙂

  23. secara jujurnya acik baru tahu tentang hal ini ..setiap manusia buat kesilapan dan perlukan peluang untuk mereka baiki.. bro tinggal di mana ye ?? rasa nak tetapkan tarikh interview

    1. sy tinggal Rawang, Acik.. boleh, tp mnggu dpn sy sibuk siket ada hal nk settle. Mnggu satu lg no problem.. kt mana2 pun boleh ikut mana bro selesa.. x kisah.. 🙂

  24. betul tu… lebih elok diberikan peluang kepda mereka-mereka ini jika dibandingkan dgn warga asing yg semakin melimpah-limpah… tak salah menolong rakyat kita sendiri.. oleh itu mereka xde la rasa disisihkan oelh masyarakat sekeliling…

    1. Betul tu wawa.. mudah2an lebih ramai yg dpt menerima & membantu mereka utk kesejahteraan bersama, in shaa Allah..

  25. selalunya dengar pasal kes parol ni kat filem2 hollywood je.. tak tau plak kat malaysia pun ada..

    1. hehee.. ada, skrng di malaysia pun boleh buat filem juga dah.. 🙂

    2. betol2.. boleh buat filem kat malaysia pasal peluan kedua…

    3. Betul tu.. biasanya cerita, orang salah ditangkap & dihukum penjara 3 tahun contohnya.. cerita pun habis & itulah kesudahannya.. tak de pulak nk buat cerita2 yg selepas 3 tahun tu.. 😀 😀

    4. eh, adaaa.. KL GANGSTER..!! hahahahaha

    5. hahaa.. KL gangster tak dpt parol.. gangster sgt.. 😀 😀

  26. AvatarSylarius Yusof

    Sistem penjara Malaysia ni kalau compare dengan US prison, rasanya jauh lebih elok. Malaysia dalam penjara, banduan berpeluang untuk berubah jadi lagi baik. Kat US, masuk penjara bukan untuk jadi lagi baik, tapi jadi lagi jahat.

    Sistem penjara diorang ni pulak, ada yang state handle dan ada yang diswastakan. Macam ada satu tu, namanya Corrections Company of America, CCA.

    Gila betul diorang. Penjara pun nak diswastakan.

    1. Bila penjara diswastakan, maknanya penjara tu dah jadi tempat percutian buat dia org yg bnyk duit.. x jadilah sistem koreksional, cuma msykt selamat je sbb pesalah tu x boleh bebas. Itu pun ntah ye x boleh bebas huhu..
      Bila bebas.. cari duit bnyk2 dgn merompak bagai, bila di tangkap minta penjara swasta.. bercuti.. 😀

  27. AvatarLynn Munir

    Memang patut mereka diberikan peluang ke dua melalui ODP, kerana mereka yang terpilih ini sudah pun memenuhi kelayakan dan kereteria yang ditetapkan oleh bahagian penapisan parol. Moga mereka yang mendapat peluang itu menggunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaiknya.

    1. Mudah2an mereka dpt menggunakan peluang itu utk kebaikan diri, keluarga & masyarakat, in shaa Allah..

    1. Ur Welcome Haslinda.. 🙂

  28. Avatarikhwan yusuff

    Tak salah berikan peluang kedua..Apa yg penting mereka xsia-siakan peluang dh org berikan..:)

    1. Betul tu Ikhwan.. peluang itu bukan mudah untuk diperolehi lagi.. amat tinggi nilainya.. 🙂

  29. alhamdulillah, info beginilah yang kami perlukan. Ramai lagi yang tak tahu konsep ODP dan penerangan oleh abg khir sangat membantu kami lebih memahami cara pengurusan ODP di negara kita. Terima kasih abg khir (^_^)

    1. Mudah2an membawa kebaikan buat semua. T kasih kembali.. 🙂

  30. Ingatkan Parol di Negeri9 tadi.. hee

  31. salam bro khir..
    lpas baca entry ni baru paham sistem parol….
    sbab selama ni dgr pkataan parol..parol je..
    ni baru paham sedikit.. 🙂
    tq 4 sharing

    1. Wkmmsslm Sobri.. Mudah2an ramai lg yg tahu ttg sistem ni.. t kasih kembali.. 🙂

    1. Salam blogging juga sahabat.. 🙂

  32. Rasanya tidak ramai masyarakat kita yang tahu sistem ni. Lebih perlu kempen yang berterusan. Bahan bacaan pula perlu disebarakan. Ayuh, Tuan Khir menulis di media cetak pula.

    1. Mmg menjadi hasrat juga utk menulis di media cetak.. semoga dipermudahkan jalan nnti, in shaa Allah. Terima kasih cikgu Helmi diatas dorongan yg diberikan.. 🙂

  33. Avatarmemmetlenggeng

    Terima kasih atas maklumat, sekurang-kurangnya kita lebih tahu dan faham

    1. Mudah2an membawa kebaikan buat kita semua.. 🙂

  34. oh baru deno tahu… bagus info ni dari uncle, datang sini banyak info berguna… 🙂

    masa deno belajar pun ada berkaitan parol ni.. subjek audit, ada juga berkait parol

    1. Oh ye ke.. sy pun baru tahu ttg tu. T kasih Deno.. 🙂

  35. tq for sharing this yea.. =)

  36. assalamualaikum..kwn saya dh nk masuk 1 bulan di dalam penjara atas kes dilaporkn merompak bersenjata..dia telah pun dijatuhkan hukuman..kalau dalam kes nie, dia dh 2 bulan dalam sana boleh minta parol ke?..

    1. Waalaikumussalam.. bergantung tempoh hukuman yg dia dijatuhkan mahkamah. Parol hanya untuk hukuman penjara atas 1 tahun dan dibawah 7 tahun.

    2. hukuman dia smpai hjng thn nie..blh x mnta parol kalau dia dh 2 bulan ye?..

    3. hukuman dia sampai mac 2018..mahkamah dh tetapkn 2 thn dan satu sebatan..

    4. bila dh mnta parol, brpa lama proses mereka dikeluarkn dari situ?

    5. Kebiasaannya menurut kefahaman saya, dia akan dipanggil untuk interview oleh pegawai parol bila sampai waktunya. Begitu juga keluarga di luar juga akan di temuduga sebelum proses selanjutnya oleh lembaga parol… kelayakan biasanya 1/3 dari tempoh baki hukuman penjara yang telah dilalui.

      Bagaimanapun, saudari boleh dapatkan maklumat terperinci di pejabat parol penjara tempat dia menjalani hukuman. Info berkaitan juga ada saya sertakan di sini, moga bermanfaat buat rujukan saudari, in shaa Allah > http://www.khirkhalid.com/2014/12/maklumat-memohon-parol.html

  37. Aslmkm. Sy nk tya skit. Skiranya kita da mohon perol ni.. Pasti ke permohonan ni diterima.. Tarikh bebas bulan 7.2017 ni.

  38. hello,hi..
    saya baru dapat tentang maklumat memohon parol ini..boleh saya dapat bantuan daripada parol ini..memohon parol untuk suami saya

  39. as salam..nk tya kalau kita nk buat aduan tentang org diparol ni blh ke..mcm dia buat hal blk setelah diparol…

    1. Waalaikumussalam.. boleh. Tuan boleh buat aduan terus ke pejabat parol kawasan ODP diselia atau terus ke balai polis berdekatan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.