Okawa ShumeiPendidikan 

Okawa Shumei Penterjemah Al Quran Pertama Jepun

Okawa Shumei, Penterjemah Al Quran Yang Pertama Jepun – Bercerita tentang Jepun, terlintas untuk berkongsi kisah seorang tokoh Jepun yang aku ketahui sewaktu pengajian dahulu. Kisah seorang pengkaji intelek dan pernah menghadapi masalah mental yang berlaku lebih 60 tahun lalu. Namun sesuatu menarik tentang beliau yang harus diketahui ialah usahanya menterjemahkan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama. Terjemahan itu telah diterbitkan pada tahun 1950.

Okawa Shumei Dalam Sejarah Jepun

Okawa Shumei, penterjemah Al Quran pertama Jepun
Kredit gambar : Wikipedia
Okawa Shumei
dilahirkan di Sakata, Yamagata Jepun
pada 1886 dan merupakan pemegang ijazah pertama dalam kesusasteraan Verdic dan
Falsafakh Klasik India. Ia adalah bidang yang menjadi kegemaran golongan bijak
dan kelas atasan pada ketika itu. Beliau seorang yang suka mengkaji
dan mampu menguasai banyak bahasa termasuk Jerman, Perancis,
Inggeris, Sanskrit, Pali dan Arab. Kebijaksanaan beliau mengkaji banyak buku berkaitan
falsafah dan agama melayakkan beliau menyandang jawatan sebagai penterjemah
tertinggi di Imperial Japan Army General
Staff
.
Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2 dengan kekalahan tentera Jepun, Okawa telah didakwa sebagai penjenayah perang oleh Pihak Berikat. Beliau dibicarakan bersama-sama pegawai tentera Jepun yang lain. Namun akibat tekanan Perang Dunia, Okawa didapati menghadapi masalah mental dan dipindahkan dari penjara ke hospital Amerika Syarikat di Jepun, seterusnya ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, iaitu sebuah hospital mental yang terkenal di Jepun pada waktu itu.
Semasa di hospital itulah beliau melakukan pengkajian terperinci dan menterjemah Al Quran dalam bahasa Jepun. Beliau menghabiskan masa selama 2 tahun untuk menyiapkannya. Keinginannya ketika itu adalah untuk mendalami pengajian Islam dan menerbitkan sesuatu yang boleh difahami oleh masyarakat Jepun tentang kebaikan serta keistimewaan agama Islam.
Mahkamah tribunal perang dunia kedua
Mahkamah Tribunal Perang Pihak Berikat di Tokyo, Jepun

Okawa Shumei Dan Pengkajian Al Quran  

Ada yang menganggap kecenderungannya pada Islam adalah selepas ditahan sebagai pesakit mental. Tetapi itu bukanlah punca beliau meminati Islam kerana telah mengkajinya sejak era sebelum bermulanya Perang Dunia ke-2 lagi. Sehinggalah ketika telah disahkan pulih, beliau mengambil keputusan untuk terus menghuni hospital mental tersebut kerana memperolehi ketenangan untuk menyiapkan penterjemahan Al Quran sehingga tahun 1948.
Okawa Shumei, penterjemah Al Quran pertama Jepun
Al Quran terjemahannya itu adalah yang pertama di Jepun. Segala terjemahan yang dilakukan telah diperakui ketepatannya oleh Badan Agama Islam Jepun dan antarabangsa pada masa kini. Walau apa yang diperkatakan terhadap beliau, usaha dan inisiatif yang dilakukan telah memberi manfaat kepada ramai terutamanya bangsa Jepun sendiri. Beliau juga telah menulis selepas itu berkenaan Nabi Muhammad (Life of Muhammad) dan autobiografi yang bertajuk The Gate to Peace of Mind : A Spiritual Auto Biography.
Falsafah, Ideologi Dan Inspirasi
Pada mulanya, Okawa lebih cenderung sebagai pengkaji agama. Beliau mendapati Islam adalah agama yang paling sesuai untuk digabungkan dengan falsafah politiknya. Kajiannya yang mendalam telah menemukan ideologi yang dapat menarik orang-orang Asia menentang Barat (Asia untuk Asia).
Akhirnya beliau semakin terpikat untuk menghuraikan segala isi yang terkandung di dalam Al Quran serta memeluk Islam. Okawa Shumei merupakan penterjemah Al Quran yang pertama di Jepun. Kajian Islam yang telah beliau lakukan terus diterima pakai dan menjadi peninggalan yang amat berharga terutamanya buat masyarakat Islam di Jepun sehingga hari ini… subhanallah.

Related posts

28 Thoughts to “Okawa Shumei Penterjemah Al Quran Pertama Jepun”

  1. AvatarWan Maruzen Wan Husain

    Perkongisan yang menarik Khir…

  2. AvatarNaniey Jemiey

    perkongsian yang bermanfaat…ramai yang tak tahu hal ini..sebab sejarah kan… leveno untuk en.Khir

  3. AvatarVee Sandi

    org kafir yg mengkaji Islam , mrk tahu Islam membawa byk kebenaran … lactacyd jer yg muncul . yg lain pi cuti …

  4. Perkongsian menarik… Sebelum ni zumal belum pernah dengar tentang kisah Okawa ini 🙂

  5. rupa dia tak nampak macam orang jepun ye
    anyway 1st time mengenali dia ni

  6. Mengkaji dan akhirnya terpikat dan terus mengucap syahadah! Semoga usaha dan jasa beliau mendapat ganjaran dari Allah dan ditempatkan bersama insan yg soleh… Al Fatihah.

  7. salam. baru kenal dan baru tahu hehheheh
    thanks share ya :))

    p.s menabung lacytacyd 🙂

  8. AvatarRDZ Z

    Thanks Khir…First baca kisah dia…

    1. AvatarRDZ Z

      3 X lactacyd for you…

  9. Avatarikhwan yusuff

    trima ksh En.Khir…perkongsian sejarah yg baik..dapat menambahkan ilmu kat sini

  10. kisah yang menarik bro..baru 1st time aku dengar pasal nama mamat nie..mesti banyakkan dugaan yang dilalui olehnya dalam usaha nak menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa jepun…

    Regards,
    -Strider-

  11. info yang bermanfaat.. terima kasih…

  12. Kagum dengan mereka golongan begini…
    info yang bermanfaat…sebelum ni tak tahu pun.
    Terima kasih…

  13. Good info…thanks sharing

  14. AvatarAnonymous

    baru kathy tahu…tq khir sebab berkongsi..

  15. perkongsian ilmu yang hebat…semoga beliau mendapat banyak pahala…

  16. AvatarEshamz Halim

    Perkongsian yang amat berguna bro khir… memang tak pernah tau pasal Okawa Shumei ni… memang hebat… 😀

  17. Bukan manusia biasa,mmg hebat 😉

  18. terima kasih abg khir kerana berkongsi info menarik ni dgn kami. Kadang2 malu pulak rasa, orang non muslim lebih arif memahami quran dari orang Islam sendiri huhu

  19. Mekasih atas perkongsian bro KK. Al-fatihah buat beliau.

  20. Avataracik idah

    Wooww!… Thanks Khir (y)

  21. AvatarLynn Munir

    Perkongsian yg menarik. Saya pun baru tahu tentang nama besar ini. Thanks Khir.

  22. AvatarNurul Hidayah

    Info menarik Khir…Thanks

  23. hebatnya Okawa ni..mesti banyak dugaan yang dia lalui sebelum berjaya.Terasa kerdil diri ini yang dah ada Tafsir Quran kat rumah pun malas nak bukak…huhuhu 🙁

  24. thanks for the info khir…first time baca kisah ni

  25. Avatarmemmet lenggeng

    baru pertama kali dengar informasi ini..terima kasih..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.