Wellness for children, Nippon Paint,Gaya Hidup 

Nippon Paint Melancarkan Kempen ‘Wellness For Children’

Nippon Paint Malaysia Group, peneraju utama rumusan salutan cat di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen Wellnes For Children bertujuan menyuntik kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh masyarakat tentang isu kesihatan terhadap kanak-kanak. Merupakan kempen bersama komuniti yang diadakan demi memartabatkan persekitaran sihat dan selamat serta menyuntik kesedaran berdasarkan ancaman wabak masa kini
Wellness For Children Nippon Paint

Kempen Wellness For Children Nippon Paint

Menurut Alex Yoong, Penolong Pengurus Besar Pemasaran Kumpulan Nippon Paint dalam ucapannya menyatakan bahawa, fakta kaji selidik menjelaskan, 88% kaum ibu bersetuju bahawa mereka terlepas pandang tentang peranan dinding rumah sebagai antara medium penyebaran pelbagai wabak penyakit berbahaya.
Menurut beliau lagi, sejumlah 80% kanak-kanak pula akan menyentuh dinding ketika bermain dan pelbagai aktiviti lain. Kita sebagai ibu bapa dan warga dewasa perlu memahami kepentingan menjaga persekitaran rumah selamat dari pelbagai punca bakteria berbahaya.
Wellness For Children Nippon Paint,
Nippon Paint telah mengundang Dr Chan Yoke Fun, Associate Professor Jabatan Perubatan Mikrobiologi di Universiti Malaya, merupakan pakar kajiselidik Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) untuk menyampaikan fakta kesedaran kepada orang ramai tentang HFMD yang merupakan antara ancaman wabak serius yang melanda baru-baru ini.
HFMD merupakan simptom penyakit yang mengakibatkan kehilangan selera makan, demam, sakit tekak dan perasaan tidak sihat yang mengakibatkan pedih seluruh mulut dan radang kulit menjadikan kulit berbintik-bintk kemerahan di tangan dan tapak kaki. HFMD boleh merebak melalui air liur, bersin dan juga sentuhan dari mereka yang dijangkiti wabak tersebut. Dalam sesetengah kes, ia membawa kepada komplikasi saraf dan kematian.
Fakta Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam tempoh seminggu pada 5 Jun 2016 seramai 1,300 kes HFMD. Kes tertinggi dicatatkan di Selangor dan 12 pusat penjagaan
kanak-kanak serta pra-sekolah di Negeri Sembilan telah ditutup untuk pembersihan wabak kerana ia adalah lokasi pertama punca jangkitan wabak dikenalpasti.
Dr Chan Yoke Fun, Wellness For Children Nippon Paint,
Dr Chan Yoke Fun (kiri)  merupakan penerima anugerah L’Oreal-UNESCO Malaysia National Fellowship
dan L’Oreal-UNESCO International Rising Talent 2015

Aspirasi ‘Wellness For Children’ Nippon Paint Mencegah Wabak Berbahaya Dengan VirusGuard

Ia menjadi aspirasi Nippon Paint menyediakan platform perlindungan terbaik mencegah penyakit berbahaya seperti HFMD, terutama yang memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Setiap salutan Nippon Paint mengandungi cat berasaskan air yang mampu menyerap formaldehyde dan rendah VOC (Volatile
Organic Compounds) yang selamat serta melindungi kesihatan kanak-kanak.
Merupakan salutan cat pertama di Malaysia yang berfungsi sebagai anti-viral dan anti-bakteria yang mampu menyekat penyebaran wabak berjangkit berbahaya seperti HFMD dan H1N1. Dicipta dengan ‘Silver Ion Technology’, VirusGuard adalah ‘hygene paint’ yang menghalang perkembangan mikro-organisma melalui kawalan sistem penyebaran ion (ion-release system).
VirusGuard, Wellness For Children Nippon Paint,
Melalui kempen Wellness For Children, Nippon Paint mengambil inisiatif bersama komuniti dengan melaksanakan 3 fasa induk memperkasa gaya hidup sihat.
Fasa 1: (Kolaborasi Stakeholder)
Menumpukan kolaborasi strategik bersama key stakeholder seperti ‘cleaners’ untuk menyuntik kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap ancaman penyakit kepada kanak-kanak.
Fasa 2: (Kesedaran Awam)
Melaksanakan konferensi kepada umum sebagai peneraju kesedaran awam di Malaysia tentang pengetahuan berkenaan penyakit-penyakit terhadap kanak-kanak seperti alergi, keracunan makanan termasuk HFMD oleh pakar-pakar yang bertauliah.
Fasa 3: (Siri Kepimpinan)
Mengadakan siri kepimpinan melalui diskusi, sesi meja bulat dan forum yang berkongsi informasi serta pengetahuan kepada masyarakat tentang perkara-perkara berkatan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh.
Info Nippon Paint, boleh layari: www.nipponpaint.com.my

Related posts

6 Thoughts to “Nippon Paint Melancarkan Kempen ‘Wellness For Children’”

  1. Perkara yg melibatkan keselamatan n kesihatan anak2 kerana bahan kimia cat mmg perlu diambil kira…kita sbg pengguna produk perlu diberi info tentangnya…suasana kediaman akan berseri dgn cat yg dipoles kemas n menyukakan boleh pula menghalang penularan penyakit mudarat…bagus aktvtinya ni.

  2. bagusnya bila dapat buat macam ni. barulah boleh tarik kepercayaan ibu bapa untuk beli something demi menjaga kesihatan anak-anak mereka,

  3. Bukan hanya warna yang menarik saja yang perlu diberi perhatian ketika memilih cat.

  4. betul pernah dengar mengenai bakteria yang melekat pada dinding…

    sebagai bapa pun merasai perkara sama bila anak kecil menyentuh dinding di pasaraya atau luar rumah

  5. bgs la nippon paint ni…prihatin!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.