Niat Dan Kehidupan

Niat dan kehidupan. Niat mempunyai pengaruh dan peranan yang besar
dalam menentukan hala tuju dan perjalanan hidup seseorang. Niat atau kehendak
sebenarnya turut diperkatakan dalam intelektual Psikologi Barat. Ini dapat
dibuktikan melalui teori ‘The Hierarchy of Needs’ oleh Abraham Maslow.
Teori sains sosial Maslow – Kredit Google
Menurut teori tersebut, keperluan hidup manusia
berasaskan kepada kehendak yang perlu dipenuhi bermula dari keperluan untuk
hidup sehinggalah pada kepuasan diri yang menentukan erti dan tujuan sebenar kebahagiaan
hidup seseorang itu. Begitu kuat sekali pengaruh niat sehingga dapat menentukan
arah perjalanan hidup seseorang.
Niat juga faktor pendorong untuk berjaya atau
tidaknya sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan. Rajin atau malas
serta serius atau tidaknya dalam melakukan sesuatu perkara juga sangat
bergantung pada betapa kuatnya niat yang dimiliki. Niat mengandungi kekuatan
yang sukar untuk kita jelaskan dengan kata-kata.

Sebagai orang Islam, segala perbuatan kita
bergantung pada niat untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Malah dalam Islam,
sekiranya seseorang itu berniat melakukan kebaikan akan tetap terhitung
mendapat pahala kebaikan walaupun belum dilaksanakannya. Tetapi sekiranya
terlintas berniat melakukan perkara keburukan, belum dikira berdosa selagi perkara tersebut tidak dilakukan.

Marilah bersama-sama kita semua pasangkan niat yang
baik dan laksanakan berdasarkan kemampuan kita dengan sepenuh istiqamah.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa beroleh pahala kebaikan dan keberkatan yang
berpanjangan… aamiin.

Related posts

30 Thoughts to “Niat Dan Kehidupan”

  1. AvatarAniq Bukhary

    Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu
    (HR Muslim) 🙁

  2. AvatarMardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah sini Khir…laksanakanlah segalanya dengan hati yang tulus dan ikhlas..semoga keberkatan yang kita perolehi di redhai oleh Allah..

  3. Avatarikhwan yusuff

    betulkan kerana Allah…terima atas perkongsian ini En.Khir..:D salam jumaat..:D

  4. AvatarMuhammad Taufiq

    Salam Jumaat 🙂

    awksweetgitu.blogspot.com 🙂

  5. AvatarDhia Dirham

    berniat baik je da dapat pahala

  6. AvatarRDZ Z

    Setiap kerja yang kita buat, dimulai dengan niat. Jika niat kita baik, In Shaa Allah dipermudahkan dan ada ganjaran yang menanti…

  7. AvatarRDZ Z

    VISA for you…

  8. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    setiap pekerjaan kita haruslah dimulai dengan niat.. nuff semua churp2.. h12 keluar iklan tak best.. salam jumaat khir..

  9. Setiap amalan kita dihitung bermula daripada niat. Jadi, kita harus sedar bahawa sentiasalah kita berniatkan yang baik untuk memperolehi ganjaran setiap apa yang kita lakukan.

  10. Allah maha pemurah…niat baik sahaja sudah dapat pahala…klu niat disusuli dengan perbuatan…lg2 bertambah lah pahala….

  11. AvatarAnonymous

    salam jumaat khir..

  12. salam jumaat bro khir..
    kadang2 kita kena balance antara kperluan dan khendak..masalahnya banyak kehendak dari kperluan..
    erm.. smua bgantung kpada niat.. nafsu dan fikiran 😛

    mnabung inti & line

  13. Avatarchegu zam

    Niat yang baik fapat ganjaran pahala. Apatah lagi kalau dibuat pekara yang baik. Moga dipermudah urusan

  14. niat yang baik akan pantulkan aura yang baik dan tingkah laku juga akan jadi baik insyaAllah 😀

  15. dah lama tak dengar nama Abraham Maslow tu…hehe
    betullah kan encik khir, niat elok dipermudahkan urusan
    kalau sebaliknya, jadi sebaliknyalah ye dak?

  16. AvatarNorhasniza Khalid

    niat yang baik, pasti akan dapat manaffatnya.. tak gitu en khir, selamat pagi sabtu.. selamat berhujung minggu…

  17. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    setiap perlakuan kita bermula dari niat.. menabung 3kali adverlet, colgate, inti, london.. selamat berhujung minggu.. 😀

  18. betul…. hierarchy maslow tu teringat time dne belajar dulu, ad ajuga bab2 tu^^ btw, salam sabtu ^^

  19. InsyaAllah, niat dan nawaitu harus seiring dengan tawakal…

    #doauntukmh370 🙁

  20. Niat kita semata-mata beribadah kepadaNYA.

  21. Apa yang penting,kena jaga niat dalam melakukan segala benda.takut terpesong,lain pulak yang dapat..
    ape pun thanks sharing khir..

  22. sebelum melakukan sesuatu betulkan niat terlebih dahulu..setiap perkara yg dilakukan dgn niat kerana Allah mesti akan dpt ganjaran kan..betapa Allah itu Maha Pemurah.. 🙂

    isi tabung kt sini juga…

  23. AvatarNurul Hidayah

    Betapa pentingnya niat itu.. Baru berniat je pin dh dot anugerah pahala.. Subhanallah

  24. perkongsian yg baik.. dalam islam, nabi pesan, "setiap amalan dengan niat, dan dia dapat apa yg dia niatkan". hadis yg agak panjang berkenaan hijrah nabi dari mekah ke madinah, bila mana sahabat nabi beritahu yg ada dalam kalangan mereka yg berhijrah (niat) bukan kerana islam tapi kerana dah berjanji nk menikah dengan seorang perempuan madinah.. maka baginya tiada pahala berhijrah..

  25. AvatarAffy Afiqah

    tapi kalau kita niat untuk buat kebaikan, automatically dapat pahala hanya kerana berniat baik…mudah kan khir kalau nak buat pahala…

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.