Nasi Lemak Pandan Mieeza Blogger Kamil SallehEkspresi 

Nasi Lemak Pandan Mieeza Blogger Kamil Salleh

Bagi kebanyakkan rakan blogger pasti mengenali penulis blog Sensasi2020.com, blogger Kamil Salleh. Beliau sekarang sedang mengusahakan gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza bertempat di hadapan Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Justeru, pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berpeluang berkunjung ke gerai beliau dan tapau nasi lemak pandan yang sedap untuk makan malam.
Kamil Salleh, Nasi Lemak Pandan Mieeza,

Salleh Kamil Blogger Sensasi 2020

Bro Kamil Salleh merupakan antara blogger terawal saya kenali dalam dunia berblogging ini. Mengenali beliau melalui blogwalking dan menjadi rakan maya di media sosial terlebih dahulu sebelum pertama kali bersua muka dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network di Saloma Bistro, Jalan Ampang.
Seterusnya bertemu lagi Β dibeberapa acara berblogging dan menjadi sahabat blogger mesra bersama-sama. Setelah mengetahui yang beliau telah mengusahakan gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ini dan kebetulan pada hari tersebut saya berada di kawasan berdekatan memenuhi undangan rumah terbuka Aidilfitri… maka, haruslah singgah.
Nasi Lemak Pandan Mieeza,

Nasi Lemak Pandan Mieeza Pandan Indah

Sejujurnya, Nasi Lemak Pandan Mieeza memang sedap. Nasi lemak berwarna hijau… saya sangat suka sambal udang dan kerang bro Kamil Salleh. Beli beberapa bungkus nasi dengan lauk dibungkus asing, rasa tak cukup bila makan dan patut beli banyak lagi… memang sedap.
Buat rakan bloggers dan pembaca, singgahlah kalau berada di sekitar Pandan Indah. Lokasi di seberang jalan berhadapan pintu masuk Mid Point Shopping Complex. Perniagaan bermula jam 7 petang hingga 12 malam. Pastikan tapau nasi lemak banyak-banyak tau.
Nasi Lemak Pandan Mieeza,
Maaf gambar kurang terang sebab waktu ni dah sekitar 7 petang. Semoga bro Kamil Salleh sekeluarga terus sukses mengusahakan Nasi Lemak Pandan Mieeza dibawah nama Mieeza Creative Catering ini… all the best bro! πŸ™‚

Related posts

32 Thoughts to “Nasi Lemak Pandan Mieeza Blogger Kamil Salleh”

  1. Sangat beruntung Tuan Kamil dapat berniaga sebegitu..saya juga kenal secara maya Tuan kamil sejak tahun 2012 lagi dan dia merupakan blogger otai yang hebat saya kenali..

    Sebagai rakan pengasas BBN saya tentu berbangga dan berdoa agar Tuan Kamil dan Tuan Khir terus sukses dalam kehidupan dunia dan akhirat..

    p/s Tuan Khir lebih tinggi dari Tuan Kamil ke?

    1. Terima kasih Khir Khalid dan Mr hanafi yang sentiasa memberi sokongan dan galakan serta sering berdoa untuk kejayaan saya.

      jangan puji melangit, nanti jatuh tersungkur.

      Alhamandulillah…. semakin ramai pelanggan sekarang ni.

      Saya doakan anda berdua pun dapat membuka bisnes sendiri juga.

    2. Terima kasih Khir Khalid dan Mr hanafi yang sentiasa memberi sokongan dan galakan serta sering berdoa untuk kejayaan saya.

      jangan puji melangit, nanti jatuh tersungkur.

      Alhamandulillah…. semakin ramai pelanggan sekarang ni.

      Saya doakan anda berdua pun dapat membuka bisnes sendiri juga.

    3. Bukan saja nak puji tapi mmg sedap… benda yg baik kena kabo kat kengkawan lain… πŸ™‚

      In shaa Allah, semoga Allah permudahkan jalan kejayaan buat kita semua… aamiin.

    4. Hehee… rasa mcm besar tinggi pulak dlm gambar tu kan HB, padahal biasa je, taklah tinggi sgt pun… πŸ˜€ πŸ˜€

    5. berdasarkan gambar memang tinggi dan besar..tuan Kamil pun besar juga orangnya..yang pasti besar semangat juangnya tu.

  2. nasi lemak berwarna hijau? rare tu! semoga bisnes abg kamil sukses dan dikenali ramai πŸ™‚

    1. Aamiin.. A ah, Anim.. nasi warna hijau yg rare. Bolehlah singgah rasa dgn sambal kerang sekali… mmg sedap… πŸ™‚

  3. Nanti ada masa ke sana boleh lah singgah beli πŸ™‚

    1. Pergila.. seronok beli dgn kengkawan blogger… lagipun, mmg sedap.. πŸ™‚

    2. Jom Inani Hazwani,mari singgah katgerai saya tu.

  4. NASI LEMAKPANDAN YG SEDAP NAMPAKNYA NI…ADA KESEMPATAN NK SINGGAH SINI…

    1. Mmg kena singgah klu kat area Pandan Indah tu kak PI… mmg betul sedap.. πŸ™‚

    2. Saya sedia menanti kehadiran Paridah.

  5. Peka btul tuan khir ni..huhu

    Saya bru mengenali tuan kamil ni..smoga beliau stiasa sukses..

    1. Aamiin… Suka bila kengkawan blogger bisnes ni… best.. apatah lagi sedap rasanya.. Jie pun kalau dekat saya nak sgt singgah tu..:)

    2. Jie… Jgn lupa bila dtg KL, singgah kat gerai nasi lemak pandan Mieeza tau..,

  6. Terima kasih sahabat karib saya dan blogger hebat Khir Khalid di atas kesudian beliau menulis artikel berkaitan nasi lemak pandan Mieeza saya.

    Moga Allah Taala membalasnya.

    1. Nasi lemak bro mmg sedap. Ingat balik time mula2 jumpa dulu hahaa… apa pun, mmg seronok menulis sharing2 kat kengkawan semua… bukan nasi je sedap, sambal bro tu pun power!! πŸ™‚ πŸ™‚

    2. Alhamdulillah….sudah semakin ramai customer, bolehlah menampung rezeki buat kami sekeluarga.

  7. wah….semoga terus berjaya dalam dunia perniagaan.

  8. Dekat sangat dengan umah mak nie..nanti nak singgah la πŸ˜‰

  9. Mana-mana blogger tu boleh perkenalkan diri ketika membeli nasi lemak.

    Bolehlah review tentang Nasi Lemak Pandan Mieeza.

  10. insyaallah kalau singgah area pandan indah boleh cuba nanti…baca review bro KK pun dah rasa sedap sangat

  11. Pernah terbaca..gerai bro Kamil rupanya.
    Masa baru2 kawin dulu memang duduk kat Pandan Indah..boleh lah singgah nanti sambil memgimbau kenangan dulu2

  12. Memang sedap sangat

    1. Bolehlah korang dtg lagi jika terluang.

  13. nanti ada kelapanagan nak pergi..dah dekat dah

  14. Bunda pernah makan sekali nasi lemak pandan ni, tapi bukan yang kat sini lah… nama pun nasi lemak pandan, warnanyer dah tentu hijau dan sedap aroma pandannya..

  15. boleh sggh ni nnt πŸ˜‰ coz hari2 lalu kt pandan indah

  16. Kalau balik ke ampang nanti boleh la singgah di pandan tu..InsyaAllah

  17. Saya mengenali tuan Kamil di alam maya je. Belum pernah bersua muka.

    Nampak dah makin ramai rakan blogger yang berkunjung ke gerainye. πŸ™‚

Leave a Comment

CommentLuv badge