Nafsu Dan Dadah Membawa ParahPerspektif 

Nafsu Dan Dadah Membawa Parah

Nafsu Dan Dadah Membawa Parah – Isu dadah ini bukanlah satu cerita yang baru. Asalnya dadah dicipta untuk kebaikan perubatan namun tanpa kelulusan badan bertauliah dan pihak berkuasa, ia menjadi satu kesalahan yang berat. Penyalahgunaan dadah bukan setakat kepada penggunaannya, tetapi kepada pembuat dan juga kepada pengedar serta penjual. Telah banyak penerangan yang menceritakan tentang keburukan dan implikasinya kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.
Kisah benar dari pengalaman sahabat yang telah lama berkecimpung dalam bidang koreksional cukup
meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku. Lantas terpanggil untuk berkongsi tentangnya agar menjadi peringatan dan iktibar kita bersama. Berpesan-pesanlah kepada mereka yang kita sayangi agar menjadi peringatan untuk kebaikan.

Impian, Kejayaan Dan Nafsu.

Nafsu dan Dadah... Memang membawa parah.
Sekadar Hiasan – sumber Google
Kisah seorang pemuda bernama “X”
(bukan nama sebenar) adalah seorang graduan ijazah jurusan perniagaan lepasan universiti
tempatan yang bercita-cita tinggi. Berasal dari keluarga yang baik dan penuh
dengan nilai-nilai kekeluargaan. Hasil usaha gigih melalui perancangan kertas
kerja strategik, doa dan sokongan keluarga, beliau telah mendapat pinjaman
pembiayaan graduan untuk memulakan perniagaan “cyber café” di ibu kota.
Perniagaan beliau amat menguntungkan…
Setelah maju dan merasa kemewahan dalam tempoh beberapa tahun, corak hidupnya mula berubah. Setelah selesai berniaga, pusat hiburan KTV menjadi tempat persinggahannya hampir setiap malam… berhibur setelah kepenatan bekerja. Beliau menjadi rebutan ramai gadis-gadis yang bekerja sebagai pelayan “GRO” disebabkan usia yang muda sebagai usahawan berjaya. Bukan kesemua “GRO” itu tidak baik, ada yang berhati mulia dan tersepit oleh keadaan.. wallahualam.. Tentang “GRO” akan aku kupas di entri-entri yang lain nanti.
Dijadikan kisah, tiba satu masa persaingan internet menjadi semakin hebat. Telah tiba pesaing membuka pusat internet dengan prasarana yang lebih “up to date” . Bukan satu malah dua pusat yang berlainan menjadi pesaing kepada perniagaan “X”. Dengan pendapatan yang mula berkurangan serta kos yang perlu usahakan untuk lebih bersaing… perniagaannya mula terjejas. Beliau perlu mencari alternatif untuk menyelamatkan perniagaannya.

Pendapatan Lumayan Hasil Pengedaran Dadah

Suatu hari, beliau diperkenalkan oleh salah seorang kekasih “GRO”nya dengan seorang yang dipercayai dapat membuka peluang menambah pendapatan untuk menyelamatkan perniagaannya. Setelah berbincang dan tanpa berfikir panjang, “X” bersetuju untuk menjadi perantara (transporter) barang terlarang dari satu tempat ke tempat yang lain merentasi daerah dan negeri, dengan kadar upah tunai yang lumayan antara RM 10,000.00 hingga RM 30,000.00 untuk satu urusan mudah. Perantara tidak mengenali antara satu sama lain, cuma berpandukan arahan yang telah diatur dengan pertukaran tunai setelah selesai penghantaran.

Dadah… Cegah Sebelum Parah

Nafsu dan Dadah... Memang membawa parah
Ganja Mampat – ihsan AADK
Setelah beberapa kali “X”
melakukan urusan itu, ditakdirkan pada
satu hari beliau telah terperangkap didalam satu sekatan jalan. Walaupun
berkereta berjenama dan tiada disangka melakukan pekerjaan itu, kegiatannya
telah pun lama menjadi perhatian siasatan pihak berkuasa. Sewaktu ditahan,
beliau didapati membawa 32kg dadah (jenis ganja) dan 24kg Methamphetamine (syabu).
Beliau disabitkan dibawah akta 39B AktaDadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati
(mandatori).
Nafsu dan Dadah... memang membawa parah
Methamphetamine (Syabu / Ice) – Ihsan AADK
Kesalahan sebagai pengedar dadah
amatlah berat. Tiada jaminan mahkamah dan sekiranya rayuannya diterima mahkamah
rayuan, kadar minima adalah antara 20 tahun atau pun sepanjang hayat. Sekiranya
gagal, bergantung kepada pengampunan sultan yang akan dinilai setiap 4 tahun
sebelum hukuman gantung ditetapkan pada satu masa yang tertentu… namun
mendapat pengampunan bukanlah sesuatu yang mudah…
Akibat nafsu, duit dan dadah.. penjaralah menjadi dunia kehidupannya untuk tempoh waktu tahun-tahun yang panjang. Hanya ungkapan “aku desprete bro, my business was in trouble…”, menguburkan segala kejayaan manis, kasih pengorbanan ibu, bapa dan keluarga serta nikmat kebebasan kehidupan sebagai sejarah kekesalan tangisan hati yang hanya Allah jua yang tahu.. nauzubillah…
Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat kita semua. Oleh itu bersyukurlah diatas nikmat kesenangan, kekeluargaan dan segala yang baik yang Allah telah kurniakan, walaupun tidak sehebat sesetengah yang lain.

Related posts

52 Thoughts to “Nafsu Dan Dadah Membawa Parah”

  1. Avatar~Kak Nah Backyard (^_^)~

    Nauzubillah..moga menjadi iktibar dan peringatan buat semua … perkongsian yang amat baik.thanks khir =)

    1. In shaa Allah.. semoga menjadi peringatan & iktibar bersama.. t kasih kak Nah.

  2. AvatarHuny eda

    pengalaman yg baik utk di jadikan pengajaran buat semua..jgn ikutkan nafsu dan kemahuan ja..fkir dlu sebelum buat sesuatu..d sbbkn nafsu+duit masa depan hancur sekelip mata..memang mmbawa parah..semoga d jauhkan dengan benda2 mcm niy..

    1. Mmg betul tu.. semoga kita semua terhindar dari membuat sebarang keputusan spt itu.. nauzubillah..

  3. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada kita semua.. keseronokan hanya sementara.. penjara atau tali gantung menanti di akhirnya..

    1. Mmg betul tu Aiza.. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya..

  4. AvatarBM

    Menyesal kemudian tiada gunanya tapi…Allah itu Maha Penyayang, pintu taubat masih terbuka.
    Berfikir dahulu sebelum bertindak…dunia bukan segala-galanya. Semoga kisah ini dapat dilihat secara positif agar menjadi peringatan dan pengajaran.

    1. Betul tu BM, mungkin dah begutu suratannya utk mensuci segala dosa utk akhirat yg lebih baik, in shaa Allah.. wallahualam.. Mudah2an menjadi peringatan & pengajaran buat kita semua.. t kasih.

  5. Dadah perosak tamadun bangsa….

    1. Mmg meruntuh tamadun & bangsa…

  6. AvatarAnonymous

    hmm..sedih juga kisahnyer..namun sepatutnya menjadi iktibar pada kita semua agar tidak bertuan kan duit semata2..

    1. Mmg sedih.. kesian.. tetapi itulah.. nasi sudah menjadi bubur…

  7. semoga kita semua dijauhkan daripada menjadi seperti ini..amiinn..

  8. nauzubillah 🙁 memberi pengajaran yang bermakna , thanks bro khir..nikmat dunia hanyalah semntara carilah yang halal

    1. Betul tu Acik.. semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan dan panduan Allah swt.. aamiin..

  9. Cerita yg en khir cerita ni kebykkannya mmg terjdi dpn mata sya sndri..mmg penangan dadah ni teruk..dr kaya boleh trus jd miskin..pasal isu gro bukan semuanya jahat en khir kan..sya tnggu en khir kupaskan isu gro nnti..

    1. Mmg betul tu yana.. mmg gro tu x semuanya jahat.. ada yg sedih kisahnya.. in shaa Allah, nnti sy akan kupaskan.. t kasih 🙂

  10. jika mengikut nafsu begitu lah jadinya… setiap perkara yang kita nak lakukan mesti fikir baik buruknya dahulu.. pengajaran untuk kita semua

    1. Mudah2an menjadi satu peringatan buat kita semua, in shaa Allah.. t kasih

  11. Avatarblogger lelaki

    dadah dah jadi barah dan semakin parah anak muda ramai sudah terjebak

    1. Mmg betul tu BL.. kdgkala terjebaknya bukan menggunakannya, tetapi menjual & mengedar kerana pulangan yg lumayan.. mmg merosakkan kehidupan terutama msykt muda kita dlm mengejar fesyen & gadjet2 kemewahan.. t kasih .

  12. Avatarkacang buncis

    salam……harta dunia tidak boleh menjadi bekal di sana….moga beliau menginsafi kesalahannya…amin

    1. Waalaikummussalam Sue.. in shaa Allah.. mudah2an menjadi peluang yg baik utk memudahkannya jalan ke syurga.. aamiin.

  13. bila baca cerita ni…tringat pula pd rakan sekelas masa belajar di kolej dulu…pun masalah yg sama…tp dia bkn dikalangan org biasa2 tp ank orang berada…puas dinasihat tp kata nya selagi dia x kena tangkap & dipenjarakan buat apa nak menyesal…sayang orang nye segak & tampan tapi hidup terlalu mgikut nafsu…sekarang wallahualam x tau mne dia…tputus hubungan masa kami nak melangkah ke tahun ke-2 belajar dikolej…tak ada sapa tau apa yg terjadi pd dia masa itu…semoga cerita seperti ini mjadi ikhtibar pd kita semua & juga pada anak2 muda khususnya…

    1. Mmg sayang mcm tu.. & mmg kebanyakan yg terlibat dari kalangan keluarga yg berada. Tak pasti apakan punca utamanya jadi sebegitu, barangkali disebabkan unsur asas didikan kekeluargaan & pengaruh lain jugalah.. wallahualam. Mudah2an Allah membuka hati rakan Izan itu utk sedar.. aamiin. Semoga menjadi peringatan buat kita semua.. t kasih

  14. sebab itu kita kena cuba untuk mengelak kepada kebergantungan dengan cara hidup mewah..ia selalu membawa kita untuk melakukan keputusan yang kurang bijak..true story yang menarik nie bro..semoga menjadi pengajaran untuk kita semua..

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg betul tu.. cita2 tinggi x salah, tp biarlah berserdahana dlm segala urusan.. mmg itu yg lebih baik. T kasih..

  15. perkongsian yg bagus.. dlm keluarga sendiri ada juga terjebak dgn dadah

    1. Mmg perkara ni susah nk dielakkan klu x betul2 kan.. hanya kpd Allah jua lah kita memohon agar sentiasa dipimpin atas jalan yg betul.. aamiin..

  16. Susahnya bila menjadi hamba nafsu 🙁

    1. Mmg betul.. semoga kita & generasi kita semua ttp dilindungi Allah dari perkara2 yg x baik.. aamiin..

  17. Avatarmak ieteng

    menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian 'tak pek den nak tolong'………

    1. Nasi dah menjadi bubur.. wallahualam.. 🙂

  18. Kesian dan sadis jugak kisah ini

    1. Mmg kesian.. tambahan mengenangkan ibu bapanya yg turut menerima kesan.. kesian..

  19. Avatarmemmetlenggeng

    Khir, sekali orang menagih dadah yang berat macam ganja dan heroin, memang susah sangat nak berpatah. Saya dah berjumpa dengan ramai penagih. Gejala ni memang melemahkan orang melayu. Start tahun 80an, ramai sangat anak melayu terlibat dengan ketagihan dadah. Kakak sulung saya meninggal masa suaminya kena tahan dalam penjara akibat dadah. Jadikanlah ini sebagai pengalaman dan pengajaran. Bila keluar pun dia masih menagih lagi. Anak-anak lepas tu tak terbela dengan baik. Dadah memang betul-betul merosakkan institusi kekeluargaan. Marilah kita sama-sama menentang penyalahgunaan dadah ni.

    1. Mmg betul tu.. sama2lah kita ambil peringatan & berusaha dgn doa agar kita & keluarga kita semua dijauhi dgn pengaruh dadah & lain2 yg buruk.. aamiin..

  20. bila hati 'buta' dengan wang ringgit dan membiarkan nafsu mengawal akal…..

    1. Nauzubillah.. semoga menjadi peringatan buat kita semua.. aamiin..

  21. akta dadah berbahaya, budak farmasi kena belajar, sbb nnti kami nk handle dadah jugak.. cuma nnti kami ada lesen.. ehehe

    1. Mmg betul tu.. tiada salah dgn dadah klu mengikut lunas2 yg betul.. penyalahgunaannya dlm bentuk mengguna, mengedar & membuat tanpa kebenaran tu yg jadi masalah yg sgt berat.. Semoga Pha Is terus berjaya.. aamiin.. 🙂

    2. thanks atas doa tersebut.. smoga saudara khir khalid turut sama berjaya tak kira dalam apa bidang sekalipun yg diceburi.. ameen..

    3. Aamiin.. bersama kita beroleh kejayaan di dunia & akhirat, in shaa Allah.. aamiin..

  22. kadang-kadang kita kena beringat tentang mati..
    apabila hidup di dunia nie terlalu senang….
    dan dadah sememangnya membawa maut…
    sekali terjebak susah nak patah balik,
    kecuali kekuatan iman….
    jauhi dadah musuh negara…
    terima kasih di atas peringatan ini

    1. Semoga bersama kita semua menjadikannya sbg peringatan & iktibar.. semoga dijauhi.. aamiin.. T kasih kembali.

  23. Moga Allah tetapkan hati dan iman kita dari terjurumus dengan dadah dan segala yang merbahaya.. aminn

    1. Semoga dijauhkan.. Aamiin2..

  24. AvatarNoe

    menjadi iktibar kepada kita semua….bersyukur lah kepada NYA dengan segala kemewahan dan rezeki yang diberi….

    1. Mmg betul tu Noe.. sentiasalah bersyukur kerana setiap ujian yg sikit atau banyak itu juga adalah ujian buat kita semua sebagai hamba NYA.. subhanallah..

  25. AvatarAyu Zan

    Nauzubillah.. moga jauh dari kita..

    1. Semoga dijauhkan.. aamiin..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.