MyHarapan Perkasa Keusahawanan Sosial MalaysiaPerspektif 

myHarapan Perkasa Keusahawanan Sosial Malaysia

myHarapan – satu nama yang tidak asing lagi dikalangan usahawanan sosial di Malaysia. Ditubuhkan pada Ogos 2010, ia merupakan ‘youth trust foundation’ yang menjadi pemangkin dalam menyokong pelbagai projek dan inisiatif keusahawanan sosial.

Saya berpeluang mendengar aspirasi yang dikongsikan oleh Nurfarini Daing, Ketua Pegawai Eksekutif, myHarapan dalam majlis Superheroes For Social Business di Sunway University. Ia secara tidak langsung memberi input terbaik dalam perkembangan keusahawanan sosial di Malaysia.

MyHarapan Perkasa Keusahawanan Sosial Malaysia

MyHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial

Sejak mula mendekati keusahawanan sosial sebagai sebahagian penglibatan kerjaya pada 2011, pelbagai cabaran dan pengajaran yang boleh diambil iktibar. Antara faktor pencetus adalah daripada pahit manis kerjaya dan kehidupan yang pernah ditempuhi.

Alhamdulillah, kemelut yang dilalui berjaya ditempuh dengan usaha serta bantuan yang prihatin dengan izinNya. Sehinggalah terlibat dalam pemasaran digital, saya percaya dengan memperkasa insan atas niat dan landasan yang betul menjadi pemangkin untuk kita lebih berjaya.

Justeru, melalui kepercayaan pelbagai pihak dan sokongan rakan industri telah membuka ruang bagi saya terlibat memperkasa inisiatif keusahawanan sosial dalam segmen modal insan institusi.

Ia juga satu penghargaan diundang ke majlis Superheroes For Social Business ini.

myHarapan, Sunway,

Saya mula mengetahui MyHarapan daripada seorang rakan motivator sosial pada tahun 2013. Ketika itu, saya terlibat dalam pemerkasaan sosial dan koreksional, serta terlibat menyokong program pemerkasaan remaja ‘underground’ di Kuala Lumpur.

Ia menjadi platform dalam memperkenalkan konsep keusahawanan sosial kepada remaja underground sebagai solusi membentras gejala sosial. Ia satu inisiatif unik berdasarkan ‘buying their interest’ yang mendapat perhatian remaja yang terlibat.

Info tersebut boleh baca di sini: KL Edge Day 2013.

MyHarapan Perkasa Keusahawanan Sosial Malaysia

Platform Keusahawanan Sosial Malaysia

MyHarapan telah melahirkan lebih 6000 bakat dalam memperkasa keusahawanan sosial di Malaysia. Ia turut menyuntik inspirasi diri untuk terus terlibat menyokong inisiatif atas landasan maksud sebenar.

Kini ramai sudah mula memahami maksud keusahawanan sosial serta bezanya dengan CSR dan aktivisme. Malah golongan yang menyalahguna maksud ‘social business’ untuk kepentingan peribadi atau tujuan-tujuan lain juga semakin berkurangan.

Keusahawanan sosial yang juga dikenali sebagai social business atau social enterprise sudah mula mempengaruhi kebolehupayaan bisnes konvensional kini dan akan datang.

Baca lagi: 10 Tokoh Usahawan Sosial Dunia Patut Kita Kenali

Related posts

12 Thoughts to “myHarapan Perkasa Keusahawanan Sosial Malaysia”

  1. Menarik… semoga usaha abg khir semakin berjaya dan maju.

    1. Alhamdulillah, terima kasih Leya. Mudah2an kita semua terus maju dan berjaya.. aamiin.

  2. Secara tidak langsung…myHarapan menjadi wadah atau perantara untuk membantu banyak pihak..alhamdulillah.

    1. Betul tu PC.. bnyk sudah dibantu malah secara tak langsung menyuntik inspirasi kpd ramai utk memperkasa keusahawanan sosial di Malaysia, in shaa Allah.

    1. Alhamdulillah, terima kasih cikgu Etuza

  3. bagusnya keep it up!

  4. Sesuatu yang sangat hebat

    1. Moga memberi inspirasi kpd ramai termasuk diri ini.

  5. ramai jg tu smpi 6k org… hrp ia bertambah pd ms akan dtg

    1. Betul tu Anies.. sesuatu yg harus dimanfaatkan dan semoga terus berkembang, in shaa Allah.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.