Usaha mengumpul pelbagai bahan yang mempunyai nilai-nilai warisan sejarah bukanlah satu kerja yang mudah. Ia hanya mampu dilakukan sekiranya seseorang itu benar-benar mempunyai minat dan tekad semangat pengorbanan yang tinggi untuk merealisasikannya. Begitulah aspirasi Abdullah Ahmad yang mesra dengan panggilan Pak Dollah, telah berkorban masa dan wang menjadikan beliau individu perseorangan yang berjaya mewujudkan Muzium Bugis pertama di Malaysia.
![]() |
Muzium Bugis |
Muzium Bugis Pertama Di Malaysia
Baru-baru ini saya dan keluarga telah berkunjung ke Muzium Bugis yang terletak di Taman Awam Sungai Rambah, Pontian, Johor. Merupakan lawatan kali pertama kami sejak ia berpindah ke lokasi baru dan beroperasi di sini. Ia juga adalah sebahagian usaha sambilan yang saya lakukan dalam mengenali dan menjejaki susurgalur keturunan sendiri dari cabang keluarga Haji Jamak Majok @ Daeng Pabitah yang berketurunan Bugis.
Muzium Bugis ini telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Pak Dollah atas minat yang mendalam serta hasrat mahukan generasi akan datang mengetahui sejarah asal usul serta menghargai adat resam warisan bangsa Bugis masa lampau. Di sini terhimpun lebih 2000 artifak termasuk koleksi senjata, pakaian, barangan tembaga, duit lama, alat kegunaan dan perhiasan serta gambar-gambar lama yang menyimpan pelbagai kisah bersejarah.
![]() |
Pak Dollah, Pemilik Muzium Bugis yang mesra dan sentiasa peramah |
Selain itu, Muzium Bugis ini juga turut menyimpan pelbagai artifak dan koleksi bersejarah berkaitan negeri Johor yang mempunyai kaitan rapat dengan keturunan Bugis bermula sejak campur tangan Daeng Perani dalam pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Johor ke-12 sehingga pemerintahan Temenggung Ibrahim yang membawa kepada era Kesultanan Johor dalam sejarah Johor moden.
![]() |
Demo parang berdiri yang ditunjukkan Pak Dollah kepada kami |
![]() |
Ibu bersama cucu-cucu di pelamin warisan Bugis |
![]() |
Antara artikel tentang legasi masyarakat Bugis |
![]() |
Potret Raja Haji Upu Daeng Celak, pahlawan teragung Nusantara |
![]() |
Potret tokoh-tokoh pemimpin masa lalu berketurunan Bugis |
![]() |
Antara ruang bahagian di Muzium Bugis |
Artifak Dan Koleksi Sejarah Masyarakat Bugis
Antara artifak dan koleksi istimewa Muzium Bugis termasuk pelbagai keris dan senjata warisan yang digunakan antara sekitar tahun 1617 hingga 1836. Ia dikatakan pernah digunakan sebagai senjata pahlawan Bugis menentang penjajah terutama melalui jalan laut dan juga di darat. Antara jenis-jenis keris tersebut adalah keris langsuyar, lipa madur, berkelok terbang sari, apit liang dan semar misam.
![]() |
Sebahagian senjata lama yang dipamerkan |
Peralatan rumahtangga seperti periuk belanga, tembikar, peralatan bilik tidur dan perabot, alat pengisar tepung, beras dan jagung turut dipamerkan. Peralatan perhiasan perkahwinan Bugis masa dahulu seperti pahar, dulang tembaga dan pakaian tenunan benang nanas juga menjadi koleksi penting yang tersimpan di sini.
Ia juga turut mempamerkan Al-Quran tulisan tangan termasuk matawang serta pelbagai koleksi yang diperolehi sama ada melalui sumbangan individu dan yang dibeli sendiri dari pihak-pihak tertentu. Kebanyakkan barangan yang mempunyai nilai sejarah ini diperolehi dari sekitar Malaysia, kepulauan Riau Indonesia, Thailand, Brunei, India dan China.
![]() |
Al-Quran tulisan tangan dengan kulit kambing |
![]() |
Matawang kertas dari pelbagai revolusi zaman |
![]() |
Duit syiling pelbagai era dan ketamadunan |
![]() |
Pelbagai peralatan kegunaan masyarakat Bugis satu waktu dahulu |
![]() |
Barangan teknologi era perang juga turut dipamerkan termasuk basikal ini |
![]() |
Pelbagai koleksi tembikar dan peralatan dipamerkan |
Muzium Bugis Khazanah Sejarah Johor Dan Malaysia
Pak Dollah meminati bahan sejarah sejak di zaman sekolah dan bermula secara aktif pada 1982 mewujudkan muzium mini yang diberi nama Warisan Bugis. Bermulakan modal RM17,000, sehingga hari ini telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk mendapatkan pelbagai artifak dan koleksi bahan-bahan bersejarah.
Pada 26 Julai 1994, usaha Pak Dollah mendapat sokongan sepenuhnya dari Kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan diiktiraf sebagai Muzium Bugis pertama di Malaysia. Kini segala artifak dan koleksi beliau dijaga sebaiknya dan dipamerkan untuk rujukan pengunjung dalam suasana muzium yang bersih, selamat dan selesa.
![]() |
Gambar kenangan bersama Pak Dollah… insan yang berjiwa besar |
Pak Dollah dari Kampung Teluk Kerang, Pontian ini juga adalah saudara sekitar Kampung Rambah tempat asal arwah bapa, datuk dan nenek moyang saya dilahirkan. Saya terinspirasi dan turut berbangga atas fokus usaha beliau serta terpanggil untuk berkongsi informasi Muzium Bugis buat pengetahuan semua pembaca blog ini.
Lokasi laman ilmu yang bagus sama ada untuk dikunjungi atas tujuan penyelidikan pembelajaran mahupun santai-santai sekeluarga menghargai warisan sejarah negara.
Muzium Bugis
Taman Awam Sungai Rambah
Jalan Pontian – Kukup
82000 Pontian
Dibuka setiap hari pada pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang;
termasuh hari cuti umum.
Bayaran masuk adalah percuma.
hanya sumbangan ikhlas anda untuk tabung yang disediakan.
Info lanjut di fb

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
wah..boleh lawat ni
wahhhh…terngangan tgk ! dah la muzium berusia seumur saya. barangan paling rare ialah al-quran tu.
Alhamdulillah..tidak ramai yang betul-betul bersungguh menghargai sejarah zaman ini…kerana ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi..syabas kepada Pak Dollah..
Seronok pergi muzium macam ni. Boleh tengok banyak benda yang tak pernah tengok. Sejarah dulu dulu pun dapat tahu jugak 🙂
bagus ni… mudah-mudahan generasi berketurunan bugis akan dpt mengenali dan seterusnya menghargai warisan nenek moyang mereka
menarik betul matawang tu…seronok kalau pi muzium ni bleh tau sejarah2 dulu2..
Menarik muzium2 macam nie…teringat masa sy pergi muzium batak di indonesia…saya suka pergi muzium2 yg fokus kearaah satu2 kaum/bangsa sebab its feel like a journey..lagi best kalau coordinator yg dpt story kisah yg dipamerkan dlm muzium…
Regards,
-Strider-
Menarik.. saya juga suka ke tempat yang ada tinggalan2 sejarah.. 🙂
selalu gi pontian tapi tak pernah singgah tempat ni…
WAH MENARIK SEKALI MUZIUM YG MENGUMPUL TINGGALAN SEJARAH BUGIS NI..MMG RALIT KALAU NK MENELITI ARTIFAK SATU PERSATU.
Tuan KK juga orang bugis ke..mereka mempunyai sejarah yang hebat untuk dikenang oleh generasi cucu cicit
nak pergi lah
bdus btul usaha beliau dan bro khir..
warisan sejarah elok la disimpan dan di pertontonkan dari generasi ke generasi..
Assalamualaikum Khir…baru tau ada muzium bugis…noe suka juga melawat muzium2 ni… tambah plak…keturunan bugis kan… :)…thanks for the info khir..
okay salut dengan usaha Pak Dollah!
Satu usaha yang patut dibanggakan..
Bolehlah bawak anak2 gi melawat masa balik kampung nanti…
Seronok banget lah, pengen juga lah ke sana 😀