Muzium Illusi Kuala LumpurGaya Hidup 

Ilusi Optik Museum Of Illusions Pertama Asia

Ilusi Optik Museum Of Illusions Pertama Asia | Pasti ramai dikalangan kita sukakan perkara-perkara unik dan pelik. Saya pun salah seorang daripadanya, teruja bila berpeluang berkunjung sempena majlis pembukaan Museum of Illusions Kuala Lumpur pada pagi Selasa, 26 Jun 2018.
Mempamerkan pelbagai koleksi seni visual ilusi optik yang membuka minda. Satu pengalaman menarik bersama rakan-rakan blogger yang hadir kerana ia merupakan muzium ilusi optik pertama di Asia yang sama terdapat di Eropah dan Timur Tengah. Ia juga bakal dibuka di kota-kota besar sepert New York, Berlin dan Toronto tidak lama lagi.
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Kredit foto: www.sallysamsaiman.com … thanks Sally!

Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Ok… sebelum tu rasanya tak perlu saya terangkan apa itu ilusi optik kan? Lihat sahaja gambar di atas bagaimana saya mampu membesar seperti giant berbanding rakan di sebelah haha.

Itulah antara salah satu teknik penghasilan visual ilusi optik di Museum of Illusions Kuala Lumpur ini. Terdapat pelbagai lagi ruang pameran visual interaktif yang membuka minda pengetahuan tentang dunia ilusi optik untuk kita terokai sebagai input kreatif yang menginspirasikan.
Lebih istimewa, ia bukan sekadar muzium pameran yang biasa, tetapi dilengkapi dengan ruang karakter interaktif yang menyeronokkan disamping bergambar ‘enjoying the scenes’.
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,

Lebih 70 Exhibit Ilusi Optik Di Museum Of Illusions

Museum Of Illusions telah menjadi tarikan ramai sejak pembukaan asalnya di Zagreb, Crotia pada tahun 2015. Terdapat 7 lagi muzium seumpamanya yang bakal dibuka di seluruh dunia sebelum penghujung 2018. Kuala Lumpur terpilih sebagai lokasi pertama Asia atas tarikan dan keunikannya yang tersendiri di Rantau Asia.
Ada lebih 70 exhibit dipamerkan di Museum of Illusions Kuala Lumpur ini. Selain exhibit Optical Illusion yang dipaparkan untuk info pengetahuan dan pemahaman pengunjung, turut disediakan ruang aktiviti bergambar, antaranya seperti Ames Room untuk ilusi optik ‘giant dan dwarf’ seperti gambar atas tadi.
Oleh itu, jangan biarkan minda anda terpedaya dengan ilusi optik huhu.
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Terdapat pelbagai lagi ruang ilusi optik menarik seperti Rotated Room, Head on the Platter, The Chair Illusion dan pengalaman mencabar merentas The Vortex Tunnel.
Secara keseluruhan, Museum of Illusions ini memberi input terbaik dalam menyatakan betapa mudah minda manusia ini boleh tertipu, atau dalam erti kata lain, ‘terpedaya’. Ia menjelaskan secara saintifik antara persepsi minda dan realiti melalui teknik ilusi optik yang ada diantaranya sukar untuk kita fahami mengapa.
Muzium seluas 2 tingkat ini memang lokasi yang patut dikunjungi bagi peminat seni visual, juga sebagai lapangan santai ilmu yang menceriakan bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain pameran dan ruangan visual optik, ia turut menyediakan pelbagai cenderahati yang kreatif dan unik untuk dibawa pulang.
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,

Museum of Illusions, Tingkat 1 & 2, Ansa Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Museum of Illusion Kuala Lumpur dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11 malam. Harga tiket adalah RM 35 untuk orang dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. Rate istimewa juga disediakan untuk kunjungan sekeluarga, secara berkumpulan atau lawatan sambil belajar untuk perlaksanaan sekolah.
Museum of Illusions
1st & 2nd Floor, Ansa Hotel,
101 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Info lanjut Museum of Illusions di www.museumofillusions.my atau hubungi 03-21102654.

Museum of Illusions Kuala Lumpur, Ansa Hotel Bukit Bintang,

Giveaway 10 tiket percuma ke Museum Of Illusions Kuala Lumpur!

Guys!!.. bagi berkongsi kemeriahan sempena pembukaan Museum Of Illusions ini, saya ada 10 tiket untuk diberikan percuma bernilai RM35 setiap satu. Jika berminat, caranya mudah sahaja.

Like Fb page dan follow Instagram di bawah dan info saya di ruang komen blog ini atau mana-mana posting saya di media sosial berkaitan Museum Of Illusions Kuala Lumpur. Anda akan saya hubungi nanti;

FB: Museum Of Illusions Kuala Lumpur
IG: moi_kualalumpur

Selain tu, sudi-sudilah share artikel ini sekali 🙂

Related posts

21 Thoughts to “Ilusi Optik Museum Of Illusions Pertama Asia”

    1. A ah menarik.. mmg seronok klu berkunjung dgn anak2 sekeluarga kt sini 🙂

  1. Baru tau tentang museum of illusions ni. Boleh plan ke sini nanti.

    1. bolehlah singgah klu jenjalan kat BB nnti 😀

  2. Wow…best ni. Bole buat pose macam2…

    1. A ah menarik.. ok la sbb tak jauh, kat BB je ni 😀

  3. Musium menarik untuk dikunjungi bersama keluarga

    1. Betul kak PI.. mmg menarik terutama utk pengetahuan anak2 🙂

  4. Wahhh menarik jugak muzium ni, boleh lah pergi nanti.

    1. Mmg menarik.. pergilh nanti Nani.. seronok

  5. Next destination weekend nnti. Kena kumpul duit dulu sebb bayran agak mahal utk student. Jom visit https://www.ketamkecil.com/9-masalah-kesihatan-akibat-rokok-kepada-orang-yang-tak-merokok/

    1. Klu ke BB mmg patut singgah sekali ke sini.. menarik

    1. Mmg menarik.. santai2 smbil belajar ttg perkara2 berkaitan ilusi.. seronok juga

  6. alaa sy x de fb… sy tapi teringin nak pergi!!! plzzzz

    1. Hahaa.. tunggulah, suprise penghargaan dari saya hehe

  7. macam silap mata dah muzium ni..

  8. Teringin nak pergi sana…

  9. ada kelapangan waktu dan ringgit ..

    saya juga teringin untuk menjejak kaki ke tempat tersebut

  10. wahhhhhhhhhhhhhh nak kena pergi nih

  11. ada lagi x tiket tu.. hehehe

Leave a Comment

CommentLuv badge