MUSBASS Vintage Guitars & Bass Showroom – Gitar dan bass… instrumen muzik yang senantiasa menarik perhatian ramai. Sekiranya anda peminat muzik yang menjadikan gitar sebagai instrumen pilihan, pastinya akan menjiwai setiap bunyi petikan malah jeritan pesona yang ada pada gitar…

Kesempatan dihujung minggu, saya berpeluang meluangkan masa di MUSBASS Vintage Guitars & Bass Showroom bersama pemiliknya, seorang pengumpul gitar dan bass ‘vintage’, ‘klasik’ dan ‘rare’ bertempat di SU Mall, Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor.

MUSBASS Vintage Guitar & Bass Showroom

Mus atau lebih dikenali dengan panggilan MUSBASS adalah sahabat sekolah saya. Beliau memang dikenali sejak dialam persekolahan sebagai ‘guitarist’ dan ‘bassist’, juga antara “kaki jamming” terawal dikalangan rakan seangkatan. Berdasarkan pengalaman yang menjangkau lebih 20 tahun, minat beliau terhadap gitar dan bass dapat menghasilkan pendapatan sampingan yang baik walaupun masih bekerja sepenuh masa.
 
MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.
 
MUSBASS bukan sekadar menjual gitar dan bass seperti di kebanyakkan kedai-kedai muzik. Niche lebih tertumpu kepada ‘vintage’ iaitu jenis-jenis gitar dan bass terpakai yang mempunyai nilai “rare and collectable value” dipasaran tempatan dan antarabagsa.
 
Segala gitar dan bass yang ada bukan sahaja diperolehi dari Malaysia, malah dari negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Jenama yang diperniagakan adalah dipercayai kualiti dan prestasi seperti Gibson, Fender, Yamaha dan pelbagai lagi. Malah sesetengahnya pernah dimiliki oleh artis-artis terkenal.
 
Musbass Guitar Saujana Utama, Sungai Buloh,
Musbass Vintage Guitar Showroom, Saujana Utama Sungai Buloh,
 
 
 

Minat Sebagai Sumber Inspirasi

Inspirasi dari minat yang mendalam, MUSBASS memulakan perniagaan gitar dan bass vintage secara online pada tahun 2006 dan terlibat dalam perniagaan di e-bay yang memperdagangkan gitar, bass dan segala peralatan vintage di pasaran antarabangsa. Kini beliau menjadikan showroom ini sebagai tapak urusan dan pertemuan pembeli yang terdiri daripada ‘vintage collectors’.

 
Harga bergantung kepada jenama dan tahun dibuat, geran atau ‘warranty’ pengilang serta tempat asal ianya diperolehi, termasuk instrument ‘original’ yang terkandung dalam setiap gitar dan bass tersebut. Selain itu, pemilik asal gitar dan bass juga mempengaruhi harga yang ditawarkan.

 

Instrumen yang boleh diperolehi diperbuat sekitar tahun 60an, 70an, 80an, dan 90an serta masih dalam keadaan terjaga sepenuhnya. Secara purata harga adalah sekitar ribu, belas ribu dan menjejak puluhan ribu ringgit sesuai dengan nilai semasa pasaran sesuatu instrumen tersebut.

 
MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.

Gibson : Les Paul Custom Light Beauty (3 pick up) – 1973 (Black Beauty)
Antara gitar kesukaan Joe Wings…
 
Justeru, kepada ‘serious collectors’ gitar dan bass yang bertaraf ‘vintage, rare & collectable’, saya cadangkan agar menghubungi MUSBASS untuk temujanji.

 

Selagi anda tidak berjumpa dan meninjau sendiri stok ‘rare’ yang ada, sememangnya masih kurang lengkap koleksi anda. Ini kerana beliau sendiri merupakan ‘collector’ berpengalaman yang hanya mendapatkan instrument ‘vintage’ terbaik… sememangnya ‘rare’ kat Malaysia ni!

 

Hubungi terus MUSBASS untuk temujanji :

 
MUSBASS – 018 363 3162
VINTAGE GUITAR & BASS SHOWROOM
SU MALL, SAUJANA UTAMA,
SUNGAI BULOH, SELANGOR.
 
MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.
Bersama bro MUSBASS dan instrumen-instrumen ‘vintage’ terbaik.
 
Apa lagi… dapatkan koleksi gitar dan bass ‘vintage’ dan ‘rare’ dari bro MUSBASS.

 

‘Highly recommended!’

 
 
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

86 Comments

  1. saya paling suka bass dari kumpulan muse oleh Christopher…Wow…dan sejak lebih 10 tahun saya masih tidak jemu dengar lagu yang sama…

    1. Mmg layan tu.. best.. tak pernaj jemu juga mendengarnya Zila.. 🙂

  2. Kalau ditumpukan pada minat tu bersungguh-sungguh, memang mendatangkan hasilnya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Baca story macam ni yang kuatkan azam untuk asah bakat dan bawa hobi sendiri pergi lebih jauh.

    1. Betul tu bro.. boleh memotivasikan diri juga atas minat & bakat yg ada. Mmg boleh pergi jauh.. 🙂

  3. Sumber info terkini bola sepak Malaysia http://cantikpermainan.blogspot.com

  4. wow!!! vintage collection tu…geram aje tengok
    thanks for sharing…=)

    1. Mmg geram.. klu dah test ride jadi lagi geram.. teringat2..
      your welcome Izan.. 🙂

  5. Huwaaa :O
    Piwittt cik khir main gitar jugak eh!?!?!!?? Walaweh cayalah hihihi.
    Memang smart ah hahaha.
    Musbass? iihihi comel lah nama tu. baru qila tahu apa maksud dia heheheehehe.

    Vintage? Sangat cantik. Mmg uish. Hehe. Qila takreti TT_TT
    Adik lelaki je reti main hikhik

    1. Hehee.. mcm cantik, mcm comel je eh Mussbass tu.. 😀 😀
      Satu minat yg sgt baik ni Qila.. boleh introduce kat adik nanti.. thanks Qila.. 🙂 🙂

  6. tak tau petik gitar…..grenngggg grengggg pkai mulut je tau…hehehe

    1. Hehee.. asalkan tune tak lari boleh je Wan.. 😀 😀

  7. tak reti main gitar… orang lain main, kita tukang nyanyi jer walaupun suara sumbang… ekekeke……

    1. Sumbang tu satu seni juga.. ye ke sumbang hehee..
      Boleh join geng jamming ni.. 😀 😀

  8. JDT bertumbuk lagi BACA SELANJUTNYA >> http://cantikpermainan.blogspot.com/

  9. Geram saya tengok.. Syabas satu hobi yg menarik..

    1. Mmg geram tengok gitar2 vintage ni.. ada jiwa tersendiri.. T kasih sahabat.. 🙂

  10. wah bro khir..ni seniman jugalah..bgus.. 🙂
    suka dgr muxzik..main x reti..
    good entry bro khir
    klikx3

    1. Seniman dlm hati je bro Sobri hehee.. Thanks.. 🙂

  11. thanks for sharing…nak bagitau adikla…mesti seronok dia…sebab dia pemain gitar…^_^

    1. Mmg seronok.. beritaulah, mana tahu ada yg berkenan.. your welcome mama amir.. 🙂

  12. bestnye, kenit nak petik tak reti apatah lagi nak handle gitar tu hehe.

    1. Hehee.. slow2 boleh belajar.. ada masa lagi kenit.. 😀 😀

  13. Nurul membesar dengan irama gitar kt kg.. budak2 kat kg tu, seolah2 macam lahir dgn kepandaian bergitar..

    1. Bakat semulajadi tu.. klu diasah buleh pergi lagi jauh.. mmg best.. sekali dah kenal, mmg susah nak tinggalkan.. 🙂

  14. Wah…banyak tu koleksi vintage.

    1. Mmg banyak kan Fiza.. bnyk lagi yg tersimpan tu. Tak larat nak display semua utk gmbar.. 🙂

  15. Ex schoolmate sy juga…hehe 🙂

    1. Haa betul2.. Tak percaya apa yg saya tulis boleh tanya Fidah Shah.. 🙂 🙂

  16. Perghh.. ada gaya la bro..! 😀

    1. Hehee.. penat juga nak dptkan gaya, mutu keunggulan tu Idah huhu.. 😀 😀

  17. Love the way people play the guitars. Pernah belajar tapi half way..lembab..he..he

    1. Kena syncronize hati & jemari Raudzah.. fuhh feel sungguh.. 🙂 🙂

  18. Sama seperti abang lya pun minat dengan gitar macam nie dapat dijadikan pendapatan sampingan

    1. Bolehlah introduce kat dia Lya.. mana tau boleh berurusan atas minat yg sama.. 🙂

  19. abg ipar yumida ada band sendiri. pernah promosikan lagu kat stesen radio. dia sorg je reti petik gitar. org lain semua tangan bangku gitar. eh betul ke, klo kaki bangku x reti main bola. tangan bangku x reti main gitar. hihi..memandai je

    1. Tangan bangku tak reti main badminton je.. main gitar masih boleh sbb tak de lagi istilah jari bangku hehee.. Klu abg ipar Yumida interested koleksi vintage, bolehla cari bro Musbass tu.. 🙂

  20. saya tak tahu sangat pasal alat-alat muzik nih…

    1. Bolehlah tau sikit2 dari info ni Mar.. 🙂

  21. dulu masa zman sekolah minat nk blaja pasal alat muzik tp selalu kena marah ngan ustazah sbb niesa sorg je student muslim ambik music class..huhu..teringin nk blaja main alat2 tu semua..

    1. Hehee.. mmg mcm tu lah kan.. skrng ada masa free bolehlah belajar Niesa.. 🙂

  22. kedai ini boleh rekemen kat kawan2 aku yang kaki guitar nie…dulu pernah gak belajar main guitar tapi lepas beberapa kali try kena terima hakikat yang bakat tu memang xde..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Boleh je Strider.. mana tau ada member2 yg berminat nak buat koleksi vintage yg rare…
      Hehee.. bukan tak de bakat Strider… bakat lmbat sampai.. lambat panas.. 😀 😀

  23. zumal teringin nak belajar main gitar… hehe 🙂

    1. Boleh je Zumal.. buat mengisi masa lapang.. syok.. 😀

  24. Huyoooooo….. ada bakat laa bro khir ni…..aku pon mmg dr sekolah main gitar… zaman sekolah dulu every week singgah kat Black Widow Studio jamming ngan kawan2 tp biler semua dah kawen terus susah nak lepak2 jamming sama2… aku mmg minat main gitar… maklum ler ala-ala berdarah seni…ekekekekekekekeke… ROCK Oooooooo……… 😀

    1. Wahh cayalah bro Sham.. padanlah kita ni ada chemistry eh.. layan tu. Mmg skrng klu nak jamming susah sikit nak adjust masa.. zaman muda2 dulu mmg best, nasib je kita tak berjumpa waktu tu.. klu tak mmg lagi rock oooo.. yeah.. m/.. 😀 😀

    2. ekekekeke… tu laa..skrg ni kalau nak kumpul balik kawan2 nak jamming mmg susah… 2 biji gitar kat rumah ni pon dah berabuk dah…. tu la pasal… jiwa seni kita ni sama sebenarnya bro khir…patut ler ada kimia…ekekekeke.. 😀

    3. Gitar 2 biji tu klu simpan lama sikit boleh jadi gitar vintage tu bro Sham.. 🙂 🙂

  25. Hanya mereka yang meminati pasti tau akan betapa bernilainya harga sesebuah gitar lama ini… Ianya lebih bernilai dan istimewa walaupun dibandingkan dengan gitar terkini yang canggih dan berteknologi tinggi.

    1. Mmg betul sgt tu BM.. melihat & merasa gitar2 lama ni pun mmg lain jiwanya. Lebih2 lagi klu gitar tu pernah dimiliki oleh seseorang yg diminati.. fuhh.. feeling.. 🙂

  26. Wah… Bgus bg sesiapa yg minat muzik…

    1. Mmg betul tu pn Maria.. sgt baik terutama utk kaki pengumpul yg meminati gitar & bass vintage.. 🙂

  27. abe kie main gitar pakai hentam je…janji muzik yg kuar tu sedap didengar di telinga..

    1. Oklah tu Abe Kie.. at least masih sedap didengar. Jngn hentam, bunyi pun jadi sakit telinga je hehee.. 😀

  28. mmg ramai org suka dgn gitar, bunyi jer dah best.

    1. Gitar mmg best.. menyentuh jiwa.. 🙂

  29. perghhh tergugat rasanya… terbaik… kalau dapt nie memang best

    1. Fuhh.. mmg best Acik.. feel betul.. 🙂 🙂

  30. bila tengok gitar memang teringat masa syudy dulu memang takkan lepas dengan gitar ni …hihi…sekarang tak lagi al maklum dah gelar isteri kenalah tumpu hal2 rumahtangga sepenuhnya..:)

    1. Wahh.. hebat tu.. bestnya.. biasalah, bila dah berumahtangga ni corak kehidupan pun berubah, tanggungjawab dah bertambah… apa pun, waktu dulu boleh menjadi kenangan manis yg sentiasa membuatkan kita semua tersenyum.. nostalgia tu Syuhada.. 🙂 🙂

  31. suami saya pun suka main gitar ni
    saya aje pelik menengoknyer…hehe

    1. Awat pelik hehee.. bolehlah introduce kat suami klu2 berminat nak buat koleksi.. 🙂

    1. Walaikummussalam.. t kasih sahabat.. salam ceria selalu.. 🙂

  32. Suka lelaki yg pandai petik gitar..hehe..

    1. Wahh.. saya terbalik pulak.. best tengok retis wanita yg nyanyi dgn main gitar.. lagi feel.. natural.. 😀

  33. Hehee.. mmg geram.. teringat2 bila dah test ride.. mmg geram Ain.. 🙂

  34. Assalammualaikum…khir,

    wahh.. mahal nyer gitar … ada sampai RM puluhan ribu gak..pehh berpeluh mselim3..tak mampu nak beli.

    mselim3

    1. Waalaikummussalam… mmg mahal.. tp tak mahal klu diikutkan dgn nilai sebenar lelongan vintage yg dah establish. Mmg tinggi sentimen & nilainya.. 🙂

  35. waaa… banyaknya gitar, alamak mama tak tahu main le..

    1. Hehee.. boleh belajar lagi bila time free.. 😀 😀

  36. hobi jadi income , hebat dia . alhamdulullah dpt gak colgate n digi wpun loading lambat … heee

    1. Mmg hebat.. hobi yg menarik & bermanfaat.. t kasih Vee.. 🙂

    1. Salam blogging.. klu nak cari gitar vintage, ingat MUSBASS.. 🙂

  37. kalau tengok dari gambar memang ada gaya!

    1. Gaya, mutu, keunggulan hehee.. 🙂

  38. wahhh bes nya…mesti mahal tu…
    besday anak pompuan bulan 5 ni…hadiah yg dia nak…gitar..hehehe..
    noe suka dengar mainan gitar instrumental…terutama yg jenis muzik latin..spanish..

    1. Wahh best tu.. latin pun antara yg susah juga nk main tp mmg meriah.. 😀

  39. Tuan Khir memang boleh bermain gitar ya?

    1. Bolehlah sikit2 cikgu Helmi.. dulu waktu remaja saya mmg aktif.. pernah join band indie & alternatif sebagai rhythm guitarist juga. Tp disebabkan dpt tawaran utk melanjutkan pelajaran, obsesi tu terpaksa di korbankan… tp ttp meminati gitar sehingga kini.. 😀

  40. gitar. alat muzik yg teringin saya nk try belajar, tapi bila belajar 1-2 chord, sakit jari, terus malas.. heheh
    menabung sini.. 🙂

    1. Mula2 je sakit sikit Pha Is… bila dah lama2, kulit jari pon jadi keras.. ok dah tu.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.