Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
Manusia diciptakan Allah swt cukup sempurna, bahkan
diangkat semulianya apabila dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini…
Gambar hiasan – Ihsan : google
Logiknya aku berpendapat antara manusia dan malaikat,
siapakah yang lebih mulia? Sudah tentu apabila dibuat perbandingan dari sudut
ketaatan, pastilah malaikat jawapannya. Malaikat adalah makhluk Allah swt yang
tidak pernah sesekali menyanggah perintah Allah swt. Namun Allah swt masih
memilih manusia untuk mentadbir dunia ini, seterusnya membuktikan bahawa
kejadian manusia itu tetap mulia di sisi Allah swt.
Tetapi bagaimana pula manusia itu harus memuliakan
dirinya di sisi Allah swt. Pastinya melalui anugerah akal dan fikiran yang
tidak terdapat pada setiap makhluk ciptaan Allah swt kecuali manusia. Sekali
lagi, manusia mendapat pilihan Allah swt untuk dimuliakan dengan anugerah akal
dan fikiran kepadanya. Hanya iman dan takwa yang membezakan antara satu manusia
dengan manusia yang lain.  
Malangnya, kebanyakan kita manusia, alpa dengan
setiap kemuliaan yang dianugerahkan. Ada diantaranya lupa bahawa kita adalah
hamba Allah swt. Kita lupa untuk menyedari anugerah akal dan fikiran untuk
menentukan buruk dan baik, bukan sahaja dari sudut ibadah malah dari pelbagai
aspek kehidupan sosial, akhlak dan moral. Kita lupa bahawa diri kita telah
diangkat sebagai makhluk yang cukup mulia, namun kita runtuhkan kembali
kemuliaan itu dengan kemungkaran dan kealpaan dari melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab kepada Allah
swt.   
Bukanlah tujuan aku untuk memprovokasi mana-mana
pihak, apatah lagi mempersoal mana-mana ideologi. Sekadar meluahkan pandangan
secara rasional sebagai peringatan buat diri dan renungan kita bersama. Janganlah
kita sia-siakan kemuliaan yang Allah swt anugerahkan ke jalan yang menjijikkan. Hargailah
ianya dengan akal dan fikiran berteraskan iman dan takwa.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang
yang beroleh keampunan, keredhaan serta kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.

Salam Hormat, Salam Berkat.


40 Thoughts to “Mulianya Kejadian Manusia”

  1. AvatarAniq Bukhary

    manusia adalah sebaik-baik ciptaan.. kita sendiri yg membuatkan diri kita dalam kehinaan. 🙁

  2. AvatarNurul Hidayah

    Salam Jumaat Khir… Bila manusia hidup berlandaskan nafsu, perbuatan yang menjijikkan menjadi perkara biasa, perkara biasa bertukar menjadi habit. Akal fikiran yang membezakan antara manusia dan biatang tidak lagi dihiraukan.

  3. Avatarain diyana

    i see human.. but no humanity… sedih

  4. AvatarMyCherita

    lemah didikan agama…manusia terkinja-kinja, syaitan riang sorak menari.. salam jumat tuan khir..

    1. AvatarMyCherita

      **typo: Jumaat.. Hihi..cepat bebenor nak tekan enter nye..

  5. AvatarNaniey Jemiey

    sedihnya tengok anak2 remaja sekarang nie…

  6. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    salam jumaat khir.. bersyukur kerana Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian serta dengan anugerah pancaindera yang cukup sempurna.. namun malangnya apabila manusia telah menyalahgunakan pancaindera itu dengan melakukan kemungkaran dan maksiat.. masih belum terlewat untuk kita bermuhasabah diri, selagi nafas belum terhenti rebutlah peluang untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.. insya-Allah.. h12,h12,education uk..

  7. AvatarRDZ Z

    Bersyukur kita dilahir dan dibesarkan dalam kehidupan yang baik walau tak sempurna. Semoga terus mampu untuk memegang amanah Allah..Salam Jumaat Khir…

  8. AvatarRDZ Z

    British Council & Bucksend for you!!!

  9. Manusia semakin alpa..tergoda dgn duniawi sampai lupa kpd Pencipta..sedih bila tgk adik2 zaman sekarang sgn mcm2 gejala.. 🙁 🙁 salam jumaat khir….

  10. Salam Jumaat Khir…ini lah namanya dugaan hidup…melentur buluh biar dari rebungnya, itu pepatah org2 tua…jadi dimana silapnya bila pekara sebegini makin hebat berlaku sekarang ini…

  11. indahnya ciptaan Allah S.W.T..tapi sesetengah manusia tdk mensyukuri nikmat yg dikurniakan…menabung cne laneige & visa

  12. Jangan biarkan diri kita terjerumus ke dalam lembah kehinaan…

  13. manusia adalah makhluk y lemah..apabila berbuat salah, minta ampun, in sha Allah diampunkan..
    gambar bayi yang dibuang tu…sentap sangat!

  14. Salam Jumaat…Mudah-mudahan Allah menerima taubat kita
    insyaallah..

  15. Avatarikhwan yusuff

    betul tu En.Khir……"Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian"…Manusia itu dicipta dalam keadaan fitrah.Yakni semuanya Islam mengakui Allah adalah tuhan yang satu yang patut disembah…..Itulah satu perjanjian yang terpatri antara kita dgn Allah untuk menjadi khalifah dalam mentadbir dunia…salam jumaat En.Khir…Satu perkongsian yang baik..:D

  16. bila duniawi jadikan impian, maka akan ramailah yang terjerumus dengan maksiat jika mereka tidak diberi didikan agama dengan cukup..sejak dari kecil lagi kita sering diajar untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia ini tanpa ada kesedaran untuk mengejar akhirat..

    Regards,
    -Strider

  17. AvatarYumida Huda

    sedih tgk bayi tu diperlakukan mcm tu. moga sama2 kita bermuhasabah diri. bersyukur akan kurniaan Allah. menginsafi perkara yg terjd di sekeliling kita.

  18. AvatarCheq Eem

    manusia adalah sebaik-baik cipta Nya, tapi syaitan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia…. salam jumaat khir… 🙂

  19. ALLAH, runtun hati dok tengok gambar baby tu
    saya setuju dengan pendapat saudara khir
    tapi itulah manusia yang mudah alpa dengan tujuan berada
    di atas muka bumi ni

    tapi kita pun jangan menghukum
    ALLAH lebih MAHA MENGETAHUI

  20. AvatarMardiah Diana

    Assalamualaikum Khir…sesungguh manusia itu ciptaan Allah yang sungguh mulia..sebaik-baik manusia adalah yang memiliki akal dan fikiran…tau membezakan yang mana baik yang mana buruk…

  21. AvatarVee Sandi

    sebab itu jangan mudah terpedaya dengan bisikan syaitan kerana kita adalah sebaik – baik kejadian malah diberi akal fikiran yang membolehkan kita membezakan antara betul dan salah . jenguk IKEA di sini .

  22. "Astaghfirullah al Azeem al-ladhi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum wa atubu ilaih" Selalulah kita memohon keampunan, kerana kita ini insan yg lemah..selalu terlalai dan terlupa.

  23. Kita haruslah memualaikan anugerah Allah SWT itu. Jika tidak samalah kita dengan makhluk yang lain.

  24. ilmu agama itu teras kehidupan… jangan salahkan orang lain jika keburukan.. lihat diri kita.. manusia sebaik-baik penciptaan.. jangna buatkan diri kita lebih hina dari makluk yang lain

  25. pkongsian yg sungguh mnarik.. byak pngajaran…
    salam jumaat bro khir 😛

  26. betul tu khir.. setuju sangat.. kena usaha lebih lagi untuk improve menjadi yg lebih baik.

  27. betul tu… setuju dengan perkongsian ni… *sedihnya tgk gambar baby tu…. 🙁 *

  28. allah menjadikan manusia sebaik2 ciptaan. tapi sayang, bila tdak dididik dgn agama yg smpurna maka hidup blandaskn nafsu. nauzubillah

  29. Avatarjamian sarif

    sentiasa berdoa mohon dijauhkan kejadian2 yang sebegini dari nerlaku lg dikalangan umat islam.

  30. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
    (At-Tiin 95:4)

  31. AvatarAnonymous

    manusialah sebaik ciptaan,tapi manusia itu sendiri memusnahkan keindahan yang patut di jaga.jika bertuhan dan bertuankan nafsu,inilah padahnya 🙁 amat di kesali.

  32. Manusia,makhluk.berakal tetapi ramai yg sia-siakan akal kurniaan Allah..

  33. ya. panduan Allahlah juga yang terbaik. umpama jika kereta yang bermasalah, kita cari pembuatnya atau mekanik yg mahir ttgnya… jika umat yang rosak, kita carilah panduan memperbaikinya dari Pencipta kita pula. Wallahua’lam…

  34. Avataracik idah

    Sedihh tengok gambar bb tue Khir… ;(
    Semuga kita semua menjadi hambaNya yang bersyukur…

  35. subhanallah.. entri yg sangat bagus encik khir.. gejala sosial skrg sgt2 membimbangkan.. semoga diri kita dan org2 yg berdekatan dgn kita sentiasa dilindung hendaknya..

  36. ramai manusia yg hidup berlandaskan nafsu…Islam hanya pada nama … sama-sama kita berdoa agar kita semua kembali kepadaNYA…mengikut apa yg disuruh dan meninggal apa yang dilarang…perkuatkan iman…

  37. manusia makin teruk zaman sekarang. tak tahu nak salahkan siapa sebenarnya. anak terbuang satu. ini yang duk buat plastic surgery bagai tu satu. tak bersykur langsung dengan apa yang ALLAH dah bagi. tapi sebab tak bersykur, yang jadi macam tu.

  38. AvatarIja Rased

    salam singgah..moga kita semua dalam golongan yang tidak mempersiakan nikmat allah swt

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.