“Man Help Man Helps Himself” adalah ungkapan yang secara halus menyerap masuk ke dalam jiwa ini. Ia juga merupakan salah satu sebab mengapa saya mengambil keputusan untuk terlibat secara serius sebagai perunding program motivasi sosio pendidikan dan pembangunan insan.
Tujuan awal menulis blog pula hanyalah sekadar mengasah minat menulis yang telah lama ditinggalkan sejak tamat pengajian. Minat terbit dari hobi membaca… saya jadikan laman blog sebagai platform berkongsi pandangan disamping memperluas jaringan kenalan dan kerjaya.
Namun, selain kesemua diatas, harapan saya agar apa yang diabadikan menjadi catatan motivasi dan inspirasi terutama kepada anak-anak serta pembaca seluruhnya. Mudah-mudahan ia juga dapat membantu memberatkan timbangan amal di akhirat kelak.. in shaa Allah.
Motivasi Sebagai Platform Kejayaan
Dalam kerjaya… permulaan saya tidak begitu seronok untuk diceritakan. Pekerjaan pertama setelah tamat pengajian tidak bertahan lama. Syarikat terpaksa ditutup kerana permasalahan dalaman serta kesan kegawatan ekonomi yang belum begitu pulih.
Saya terpaksa mempercepatkan rancangan kerjaya untuk menceburi bidang perniagaan 5 tahun lebih awal. Saya menceburi industri pembinaan bersama-sama 2 rakan. Namun setelah 3 tahun, syarikat kami menghadapi kegagalan yang teruk.
 |
Penganugerahan Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. |
Banyak permasalahan berlaku sehingga saya terpaksa memulakan kembali kerjaya sebagai perunding pengiklanan dari angka negatif. Bermula 2002, saya berniaga bersendirian dengan hutang-hutang bank dan nota janji pembekal yang bertimbun.
Bukan sekadar mainan angka, jumlah yang perlu diperjelaskan… banyak… tetapi saya tidak pernah lari dan isteri juga banyak berperanan membantu. Kami berusaha mencari jalan keluar melalui pelbagai inisiatif dan bergantung harap kepada Allah.
Berkat sokongan keluarga, saudara dan sahabat… tahun demi tahun, satu persatu permasalahan selesai. Diwaktu kesusahan saya mengenal kekurangan yang ada dan berusaha untuk memperbaiki semampunya. Kalau tidak kerana ihsan pertolongan yang Allah turunkan melalui insan-insan disekeliling, masakan saya berdaya menyelesaikan kekusutan itu satu persatu… Alhamdulillah
Program Motivasi Kesedaran Sosial
Bagi memastikan saya tetap bersemangat dan berjalan diatas jalan yang diredhai, saya mula mencari ruang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti motivasi. Ia bermula apabila saya diberi kepercayaan menguruskan pelbagai acara untuk badan-badan NGO.
Sehinggalah saya berpeluang terlibat sebagai motivator sosial dibawah sokongan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL, membantu menyuntik motivasi pembangunan insan yang diberi peluang kedua. Pengalaman tersebut juga menjadi antara faktor saya menulis blog secara serius, berkongsi pengalaman sebagai coretan motivasi dan peringatan kepada pembaca.
 |
Bersama Sham Kamikaze dalam kolaborasi motivasi sosial dan dakwah. |
Alhamdulillah… walaupun tidak sehebat Donald Trump mahu pun Syed Al Bukhary atau mana-mana usahawan atau pengkarya agung… saya bahagia. Saya dapat meluaskan kerjaya, bermasyarakat, bersama-sama keluarga dan juga membantu insan adalah anugerah yang amat disyukuri… Alhamdulillah.
Justeru, kepada agensi atau sektor berkaitan yang berhasrat berkolaborasi memperkasa program motivasi pembangunan modal insan dan keusahawanan sosial sama ada ke sekolah, institusi awam dan swasta serta lain-lainnya, boleh dapatkan info perhubungan di PROFIL atas blog ini.
 |
Gambar kenangan sempena Hari Jabatan Penjara Malaysia 2012
Saya, berdiri 3 dari kiri.. |
Motivasi sebagai platform kejayaan… ekspresi realiti kehidupan sebagai platform membantu untuk kejayaan. Semoga beroleh berkat diatas perkongsian yang baik… amin.
A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.
insha Allah . niat yg murni bersama tekad dan usaha serta berserah kepada Allah , pasti akan membawa kepada kejayaan … 2x lactacyd n libresse .
sy baru baca entry ni.pengalaman yang berharga.
Saya berminat untuk mendalami bidang motivasi ini,bagaimana saya bole menghubungi Tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih
Saya berminat untuk mendalami bidang motivasi ini,bagaimana saya bole menghubungi Tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih