INTI Back To College, INTI Subang, Khir Khalid,Pendidikan Perspektif 

Motivasi Pendidik Mendepani Cabaran Era Globalisasi

Motivasi Pendidik Mendepani Cabaran Pendidikan Era Globalisasi – Antara amanah pembangunan insan 2019 bukan sahaja tertumpu kepada elemen motivasi pelajar, tetapi merangkumi sebahagian kepentingan warga pendidik. Merupakan cabaran baru dalam pemerkasaan modul dan pengisian terkait kerjaya, mendepani cabaran pendidikan era globalisasi kini.

Atas aspirasi tersebut, saya terpanggil berkongsi pandangan kepada perspektif pembaca tentang salah satu motif pembangunan modul motivasi pendidikan bertajuk “Education for Educators”. Pasti juga, ramai diantara warga pendidik yang sudah sedia maklum tentang perlaksanaan yang menjadi antara elemen pembangunan insan dalam pemerkasaan pendidikan negara ini.

GE Leaders of Tomorrow
Baca: Program Kepimpinan Pelajar General Electric

Motivasi Pendidik Mendepani Cabaran Pendidikan Era Globalisasi

Bagi yang mengikuti blog ini pasti membaca jurnal penglibatan saya dalam pelbagai amanah pembangunan insan sama ada akademik, sosio-remaja dan koreksional. Setiap satu segmen membawa motif suntikan berbeza, namun kesaksamaan intervensi tetap releven ke arah pemutihan, pemulihan dan pemerkasaan modal insan.

Saya bukan pendukung utama (main anchor) dalam pembangunan modul motivasi dan pemerkasaan modal insan ini, tetapi antara entiti penyumbang yang terlibat dalam segmen akademik kepada beberapa institusi sejak 5 tahun lalu, segmen sosio-remaja dan koreksional beberapa tahun sebelum itu dalam lanskap pembangunan insan di Malaysia.

Pengalaman memulakan inisiatif keusahawanan sosial sebagai perunding intervensi dalam pemerkasaan modul pembangunan insan juga pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan pihak selayaknya, rakan industri, malah sokongan daripada warga pendidik itu sendiri.

FedEx Junior Achievement
Baca: Cabaran FedEx Junior Achievement 2018

Motif ‘Education for Educators’ ini secara tidak langsung mengingatkan saya tentang satu realiti yang dihadapi seorang pensyarah institusi pengajian swasta (IPTS) lebih 20 tahun dahulu.

Satu kebiasaan bagi kebanyakan IPTS mempunyai pelbagai latar belakang pelajar. Ada ‘freshie’, juga usahawan, profesional atau pekerja yang dibiaya sektor korporat dan swasta melanjutkan pelajaran atas pelbagai tujuan. Isu senioriti tidak timbul kerana faham menghormati erti profesionalisme.

Pernah berlaku pertikaian antara pensyarah dengan pelajar tentang format pembelajaran. Seorang pelajar secara baik menegur pensyarah perakaunan, memberitahu ada sebahagian format yang diajar sudah tidak diimplementasikan dalam realiti industri. Beberapa kali sesi pembelajaran terganggu dengan penjelasan yang saya pun tidak faham kerana saya antara pelajar freshie ketika itu.

Akhirnya, pensyarah akui ada bahagian format perakaunan ketika itu ketinggalan berbanding yang digunapakai industri. Bagaimana pelajar itu tahu?… dia menjawab, akauntan bapanya yang membantu dia belajar akaun, malah syarikat perakaunan tersebut juga bukan calang-calang firma di Malaysia.

Ulasan pensyarah, “Kita ikut sahaja format. Siapa kita sampai nak ubah sistem pendidikan. Kita ikut, yang penting faham dan lulus. Isu berkaitan industri kira lain, pendedahan baru bila menceburi kerjaya dan industri nanti”.

Motivasi Pendidik Mendepani Cabaran Pendidikan
Baca: SocioEDU Intervensi Pembangunan Insan

Motivasi Pendidikan Dan Intervensi Industri

Itu cabaran ‘educator’ terawal saya pernah lihat. Bagi sesetengah pelajar, mereka sudah ada asas praktikal dari pendedahan keluarga atau sedang terlibat bekerja sambil belajar. Mereka bukan belajar untuk sekadar ingat teori dan lulus, tetapi pengukuhan bagi menjawat amanah yang bakal digalas dengan ilmu yang dituntut itu.

Sememangnya jika pensyarah atau pendidik tidak bersedia atas sebarang kemungkinan, mereka boleh jadi umpama ‘punching bag’, diaju dengan pelbagai fakta yang gagal dihuraikan. Menjadi sebab kenapa ada diantara pendidik menjadi bosan, hilang motivasi dan bertukar haluan kerjaya.

Justeru, saya menyambut baik motif “Education for Educators” atau erti lain, modul sokongan motivasi pendidik dalam aspirasi memperkasa modal insan. Secara tidak langsung, ia juga mampu memperkasa pelajar agar lebih bersedia mendepani tuntutan pasaran kerjaya era globalisasi kini.

Dunia berubah, penglibatan kerjasama erat industri dan institusi pendidikan amat penting. Pelbagai lagi pengisian terkait akan saya kongsikan dari masa ke semasa, in shaa Allah.

Baca lagi artikel membina;

Motivasi Guru: Makbulnya Doa Seorang Pendidik

Related posts

17 Thoughts to “Motivasi Pendidik Mendepani Cabaran Era Globalisasi”

  1. Avataretuza

    Asalam..
    memang mencabar mendidik anak bangsa. Bukan senang nak celikkan orang kena sabar dan tabah

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Setuju… sebagai pendidik, cikgu Etuza juga sudah pasti bnyk pengalaman yang dilalui dan tabah. Jadi guru pun bukan sekadar mengajar tp cabaran mendidik tu yg lebih besar tanggungjawabnya kan cikgu.

  2. AvatarPerdu Cinta

    Sahabat-sahabat PC yang menjadi guru pun sebenar berasa gusar.Baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah waima sedari tadika lagi pun anak murid atau pelajar sekarang ada ketika menjadi guru kepada gurunya.Kalau dulu..guru perlu lebih selangkah ke hadapan..tapi sekarang guru..lebih-lebih ibu bapa..mesti 100 langkah mendahului ke hadapan untuk berhadapan dengan anak-anak di rumah atau anak murid di sekolah.Apatah lagi diperingkat yang lebih tinggi seperti di IPTA atau IPTS.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu PC.. apatah lagi ditambah pula dgn pelbagai cabaran dari ibu bapa seperti saman guru atas kesalahan anak dan lain2. Sebahagian kecil mungkin ada khilaf tapi mmg diakui ada pelajar sekarang yg lebih bersikap terbuka dan tanya pelbagai persoalan atas sifat ingin tahu dan belagar. Ia baguslah, tapi ada juga yg besar kepala sebab kat rumah pijak semut pun tak mati, wallahualam.

      Cabaran mendidik masa kini mmg bertambah, moga semua warga pendidik tetap termotivasi dalam menggalas amanah mendidik.. aamiin. Terima kasih PC atas perkongsian bermanfaat ini.

  3. Baca bab perakaunan tu memang betul tuan. Setiap tahun ada saja format yg berubah ikut keadaan semasa. Kadang para pendidik atau silibus yg diajar out of date.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      A ah.. Ana pun ada kelayakan dan pengalaman dlm perakaunan pasti melihat beberapa perubahan mengikut arus industri ni. Klu masih freshie belajar mungkin tak faham dan sedar, klu dah pernah berkerja lain pendedahan dan kefahaman yg ada.. jadi cabaran klu yg mendidik tak bersedia kan.

  4. Semoga para pendidik kuat semangat dan dipermudahkan urusan untuk mendidik. Silibus kena up to date. Maklumlah pelajar sekarang pun makin panjang akal

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu.. tambahan sekarang makin bnyk pendedahan informasi berbanding sebelumnya. Pendidik usah dibebani dgn hal2 yg tak tentu sbb perlu lebih fokus terutama persediaan dlm mendidik. Moga inisiatif ini juga dpt memberi nilai tambah bermanfaat utk warga pendidik, in shaa Allah.

  5. AvatarFidah Shah

    Cabaran sebagai pendidik..atau apa juga bidang yg diceburi. Harus sentiasa bersedia dengan arus perubahan untuk kekal relevant.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Setuju tu sbb gaya hidup sekarang pun berbeza dan bergerak pantas. Dunia digital sentiasa berkembang dan tuntutan industri patut sentiasa terkait dgn pendidikan agar tidak jauh ketinggalan.

  6. Bukan mudah nak jadi pendidik di zaman sekarang. kena up to date, kena khatam perangai pelajar zaman kini..fuh berat tanggungjawab tuh

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Mmg mencabar Diah sbb klu nak mengajar tu mungkin tak susah, tapi nak mendidik tu mmg berat tanggungjawab sebenarnya apatah lagi era serba terbuka mcm sekarang ni.

  7. bc entry ni sedikit sebnyk sy faham kenapa allah x perkenankan doa sy utk jd seorg guru 😉

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Setiap kita pasti ada jalan terbaik yg dah ditentukan.. klu tak, mesti saya dah pangil Anies, cikgu Anies hehe 🙂

  8. Moga2 pelajar2 dididik cemerlang guru2 yg bertanggungjawab n menjadikan pendidik sebagai idola ikutan mereka

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu kak.. kepimpinan melalui tauladan. Warga pendidik berkepimpinan, pelajar2 respek dan jadikan contoh ikutan.

  9. Avatarmus

    semoga pendidik terus kuat dan sabar dalam mendidik generasi skrg

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.