Motivasi Keusahawanan

Artikel ini merupakan lembaran pertama saya berkongsi jurnal keusahawanan pada tahun 2015. Ia tercetus hasil cadangan beberapa pihak agar saya dapat berkongsi pengalaman pahit manis keusahawanan.

Maka, saya mengambil peluang memulakan perkongsian pada artikel ini yang sebelumnya pernah diketengahkan dalam pelbagai sesi perkongsian motivasi pembangunan modal insan anjuran pelbagai agensi kerajaan dan swasta, institusi dan latihan keusahawanan.

Setiap insan pasti ada pengalaman pahit manis kehidupan yang boleh dijadikan motivasi dan tauladan. Ia pasti menjadi landasan untuk lebih baik jika kita belajar daripada pengalaman tersebut. Mungkin dugaan saya tidak sebesar sesetengah yang lain, tapi inilah kisah saya yang dapat kongsikan.

Pengurusan aset korporat
Ada iras Will Smith tak?

Aspirasi Keusahawanan

Saya pernah merasai pahitnya kegagalan dalam kerjaya dan keusahawanan.

Keusahawanan dan pemasaran adalah bidang yang saya suka sejak di sekolah menengah. Pada masa itu, ada dikalangan rakan yang rajin cari duit lepas waktu sekolah dengan bekerja di stesyen minyak, car wash atau restoran. Pendedahan ‘streetwise’ pertama saya bermula bersama mereka mencari duit tambahan.

Dari situlah saya tertarik melihat mereka yang memiliki perniagaan, sehinggalah mengenali konsep ‘own retirement plan’ dan ‘money making asset’. Sejak itu, bekerja makan gaji kurang memotivasikan. Ibarat pepatah “why struggle climbing the corporate ladder while you can create one?… even small, it’s totally yours”

Akan tetapi, bekerja dalam sektor swasta adalah permulaan penting dalam membina persediaan. Saya bermula sebagai ‘Public Relation Officer’ kepada sebuah syarikat pemasaran dan seterusnya menyertai sebuah syarikat konglamerat pengurusan aset bermula sebagai ‘marketing executive’ sehingga menjawat jawatan terakhir sebagai ‘Head Of Marketing’. Ia merupakan antara pendedahan awal kerjaya yang mencorakkan nilai kerjaya dan keusahawanan sehingga ke hari ini.

Membina Aspirasi Keusahawanan

Saya bersyukur kerana memperolehi kepercayaan ramai daripada kenalan kerjaya dan rakan-rakan sepengajian dari kalangan keluarga yang lebih berkemampuan telah membantu memperkukuh komitmen kerjaya ketika itu.

Selama hampir 2 tahun berhempas pulas, saya berjaya menjana akaun pelaburan terkumpul bernilai RM2 juta. Semuanya dari usaha yang disokong oleh rakan dan kenalan niaga, juga para usahawan dan pelabur yang memberi kepercayaan penuh kepada saya.

Dari situ, saya belajari realiti pasaran, juga dagangan saham. Bersengkang mata bersama team pengurus dana dan pemasaran bagi memaksimakan peluang ketika teknologi A.I. atau digital masih lagi asing. Kami lebih selesa menggunakan penelitian melalui kaedah konvensional.

Hasilnya, kami berjaya menjana portfolio sehingga RM8 juta dalam pelbagai portfolo perniagaan, pelaburan dan usahasama permodalan merangkumi pembangunan Pusat Bowling Ampang Park, permodalan hartanah, stesen minyak dan penanaman semula serta usahasama konglamerat.

Pada usia 24 tahun, saya berjaya memperolehi pendapatan 5 angka sebulan. Ia menyemarakkan lagi hasrat untuk mengembangkan portfolio kerjaya dengan memulakan perniagaan sendiri bersama 2 rakan kongsi dalam bidang kontrak pembangunan. Kami berjaya meraih beberapa kontrak melalui kredibiliti yang ada.

Sayangnya, terdapat bibit pertelagahan diantara lembaga pengarah syarikat pelaburan kumpulan. Ia mencetuskan ketidaksepakatan pihak atasan sehingga menjadikan hubungan organisasi dingin dan berpuak-puak. Pengaruh campurtangan para politikus sehinggalah melibatkan perundangan juga telah memburukkan lagi krisis tersebut.

Ini bukan drama atau cerita layar perak. Ia benar-benar berlaku.

Krisis Pengurusan Dan Politik

Permasalahan dalaman syarikat induk menjadikan saya terpaksa mengubah 100% perancangan 5 tahun lebih awal dari jangkaan. Saya pula tidak mempunyai pelan sokongan dan terpaksa memilih untuk meletak jawatan bagi mengelakkan krisis yang lebih jauh diluar kemampuan diri.

Ia bukan keputusan yang mudah kerana ketika itu, saya sudah berkahwin dengan anak yang masih kecil. Syarikat sendiri yang telah beroperasi ketika itu juga mula terjejas disebabkan kepentingan beberapa individu yang terkait dengan permasalahan utama. Tambahan lagi, keadaan rakan kongsi yang ketika itu belum terdedah untuk memahami objektif sebenar kerjasama dan penubuhan menyusahkan lagi keadaan dengan emosi hubungan mereka berdua yang tidak akrab.

Situasi tersebut sememangnya membuatkan saya tertekan kerana bukan sahaja telah bermodal, tetapi tidak mampu dikukuhkan melalui kerjasama dengan kononnya ‘partner’. Nak bermodal pun susah tetapi boleh pula buat syarikat construction sendiri, nak tunjuk bagus tatkala sedang saya berhadapan krisis kerjaya terdahulu.. bukan manusia yang patut dijadikan kawan apatah lagi sahabat.

Namun, takdir memutuskan syarikat kumpulan tersebut akhirnya terpaksa disiasat disebabkan krisis pengurusan dan percaturan politik yang meninggalkan kesan besar. Saya turut hilang kepentingan pelaburan sehingga pelbagai aset terpaksa dileburkan demi kelansungan kerjaya dan kehidupan.

Lebih memburukkan, saya turut dipertanggungjawabkan menanggung liabiliti berjumlah RM260,000 sebagai penjamin korporat. Akhirnya saya terpaksa diistihar muflis.

Pemulihan Kerjaya

Secara purata, lebih 10 tahun saya perlu menyelesaikan satu persatu kekusutan dengan jalan sendiri adalah tempoh paling sukar. Sebagai ketua keluarga, saya juga perlu menyara keluarga bersama isteri dan membesarkan 4 orang anak dari kecil sehingga bersekolah.

Perbagai kekalutan dalam mengatasi masalah syarikat. Blacklist, muflis, naik turun bank, mahkamah, mengadap pemiutang dan perundangan. Saya perlu berhalus dalam menyusun strategi kewangan, menyelamatkan harta sebijak mungkin. Penghargaan buat isteri, ibu dan abah, seluruh keluarga serta insan-insan yang membantu memberi sokongan dan mempermudahkan jalan penyelesaian sehingga mampu berdiri dan mengorak langkah kembali.… Alhamdulillah.

Cuma bukan mudah nak melangsaikan beban kewangan bermula dari negatif berbanding ‘zero’. Apatah lagi bila sudah berkeluarga bersama pinjaman rumah dan kereta yang tetap perlu dilunaskan.

Paling mencabar, dalam meneruskan usaha kita berjumpa ramai kenalan baharu yang nak buat bisnes. Ada yang sesuai dan juga yang tidak.

Malah, ada yang motivasi juta-juta tapi RM10,000 pun tak pernah dapat. Tambahan lagi, keesokan paginya tergesa-gesa pergi kerja sebab pekerjaan itulah harapan untuk tanggung hidup bulanan… so mana relevennya “kena berani keluar dari kepompong selesa” kalau sendiri pun tak berani ‘tutup mata’ komited 100%?

Begitulah juga jika kebiasaan orang dapat income boleh berbelanja secara normal sedangkan kita perlu dapatkan lebih banyak lagi untuk uruskan hal tertangguh. Tak semua boleh faham situasi semua ini jika tidak berlaku pada diri sendiri. Saya cuba untuk lebih berhati-hati dengan siapa perlu bercerita tentang isu kerjaya atau peluang bisnes. Nak kena bayar RM260,000 sebagai penjamin korporat bukan boleh guna motivasi cakap bagus je… puii! haha.

Projek iklan 2008
Antara projek periklanan pada 2008 yang diusahakan

Saya pernah jadi kontraktor, kru dan dengan secebis modal, saya mula berniaga kembali. Saya sertai kepentingan syarikat startup rakan dalam bidang kejuruteraan. Saya ambil peluang dari sumber tersebut dengan memulakan khidmat periklanan luaran dan memulakan inisiatif digital pada 2009 dibawah entiti Prima Iklan Sdn. Bhd.

Melalui kelebihan online jugalah saya mendapat pelbagai tawaran kolaborasi organisasi dan institusi untuk terlibat sebagai panel perunding dalam beberapa usahasama pemasaran. Tahun 2011 pula bermulanya penglibatan digital sepenuh masa sebagai penulis blog bersama ramai penggiat industri online di Malaysia.

Khir Khalid
Gambar 2015.. alhamdulillah, masih senyum.

Bagi saya, kita perlu yakin ujian itu datang daripadaNya, begitu juga dengan jalan penyelesaian. Banyak perkara dan gelagat manusia kita dapat lihat semasa susah, tetapi bukan bermakna kita perlu mencari kesusahan, sebaliknya mengingatkan kita agar berwaspada.

Setiap usaha itu adalah ibadah, sama ada semasa kita senang mahupun kesempitan. Kepada Allah kita berserah dengan usaha, doa dan tawakkal yang istiqamah.

Semoga perkongsian jurnal ada nilai manfaatnya. Mudah-mudahan juga ia dapat membuka perspektif pembaca dalam memperkukuh jalan kejayaan, in shaa Allah.

Baca Lagi: Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial

30 Thoughts to “Motivasi Keusahawanan Sebagai Iktibar Semangat”

  1. Sesetengah orang kata, pengalaman adalah guru terbaik..
    Moga dapat terus melangkah dengan cemerlang…aamiin
    All the best

    1. In shaa Allah.. berkongsi kebaikan juga menjadi faktor memotivasikan diri. Mudah2an ada kebaikannya.. T kasih Fidah.. 🙂

  2. PENGALAMAN MEMATANGKAN FIKIRAN PASTI DIMASA MENDATANG SEMAKIN BIJAK MENCATUR KEPUTUSAN…SEKALI GAGAL JGN TERUS BERPUTUSASA…TAHNIAH TEGAR JIWANYA.

    1. In shaa Allah.. pengajaran paling mendalam ialah melihat orang2 yg ego.. wallahualam.. Mudah2an tak tergolong dikalangan org2 spt itu.. aamiin. T kasih kak Paridah.. 🙂

  3. kalau kita tak mengalami keperitan berada 'di bawah' kita selamanya tak kan merasa betapa manisnya ketika 'di atas'. syabas en khir!

    1. Betul sangat tu…walaupun perit, saya bersyukur atas apa yg berlaku. Belajar mengenal dunia dan kehidupan. T kasih Anies.. 🙂

  4. Perkongsian KK amat memotivasikan Zumal dalam menjalani hidup sebagai seorang usahawan. Daripada wajah KK, tak terlintas pun difikiran yang KK pernah alami liku-liku perit dalam kehidupan kerana KK sentiasa senyum… Semoga KK berjaya membina semula kerjaya…

    1. In shaa Allah Zumal.. mudah2an ada kebaikannya. Semoga bersama2 kita semua terus berjaya… aamiin.. 🙂

  5. bila kita pernah berada di bawah,bila kemudiannya kita berada di atas,kita takkan mudah melatah apbila berlaku perkara yang tidak kita ingini kerana pengalaman dulu mengajar kita tentang bersikap lebih terbuka dan tenang…Semoga khir terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..insya allah..amin

    1. Memang betul tu.. kita menghargai nilai merendah diri dan memperkasa cita2 melalui jalan yg terbaik, in shaa Allah. T kasih Aida.. 🙂

  6. Muhammad Syazwan Norhalik

    banyak nak belajar dengan bro 😀

    1. Sekadar berkongsi melalui pengalaman utk kebaikan yg memerlukan.. banyak lagi yg perlu dipelajari juga bro.. sama2lah kita terus belajar selagi termampu.. 🙂

  7. untuk mencapai kesuksesan memang tidak mudah 🙂 butuh waktu dan pengalaman yang akan kita rasakan selama masa itu 🙂 sungguh alangkah indah dan nikmatnya ketika kita bisa menikmati hasil jerih payah sendiri 🙂

    1. Setuju sgt.. lumrah dunia kan.. sesuatu yg baik tak datang dgn mudah. T kasih Alya.. 🙂

  8. Perghhh hebat pengalaman2 tu bro…serius…jarang2 n bkn calang2 org dpt pengalaman mcm tu…moga terus sukses bro…

    1. Perit menempuh liku pengalaman tu bro Sham huhu.. in shaa Allah, semoga kita semua berjaya dlm kehidupan ini.. aamiin. T kasih.. 🙂

  9. Terkesima kejap baca kisah perjalanan kerjaya KK..Seyess mmg TABIK SPRING la ngan KK..Bukan senang nak bangkit semula setelah di istihar muflis…Alhamdulillah KK dapat bangkit dgn sokongan isteri anak2 keluarga dan jugak kawan2…Semoga kisah ini boleh kita jadikan iktibar…Bila dah ramai ynag gila kuasa susah laa nak handlle sesuatu… Ini lah sifat manusia yang tamak haloba…Tapi takpe KK dah berjaya bangkit..Usah pandang ke belakang pandang terus ke hadapan ..Ada sinar dihujung jalan sana…Tahniah KK…Alhamdulillah kuasa Allah tak siapa yang tahu..Sebagai hamba banyakkan berdoa dan sentiasa letak ALLAH nombor satu dalam setiap gerak geri kita..InsyaAllah berjaya ..Aaamin aamin..

    1. Alhamdulillah Lya.. sekadar terpanggil utk berkongsi secebis pengalaman pahit utk peringatan bersama. Mudah2an menjadi motivasi buat yg lain dan mudah2an juga menjadi inspirasi semangat buat diri sendiri dan juga keluarga, in shaa Allah. T kasih Lya. Semoga bersama kita semua terus berjaya… aamiin.. 🙂

  10. Khairul Anuar Md Khalid rupanya…hikss….tapi Khir Khalid gak best 🙂

    1. Khir Khalid mmg panggilan dari kecik JM hehee.. 😀

  11. Ya Allah..besar betul dugaan…15 tahun ambil masa utk pulih semula..alhamdulillah…..belajar dari pengalaman..tetapi bro KK mmg tabah…klau JM di tempat tu..entahlah…paling tidak MEROYAN!

    1. Ketentuan masing2 JM.. klu tak tabah susah gak.. tak tabah pun kena tabahkan jugak.. 😀

  12. Setiap orang ada kisah masa silamnya sendiri….samada positif atau negatif. Apa pun dengan pengalaman semua ini menjadikan kita lebih matang dan insaf untuk menjadi insan yang lebih baik…
    InsyaAllah..

    1. Kadang kala pengalaman pahit juga dapat mengajar kita untuk lebih berusaha gigih untuk menjadi yang lebih baik untuk masa depan…..

    2. Salam ramadhan Encik Khairul Anuar Md Khalid… 🙂

    3. Sekadar berkongsi utk iktibar.. Sampai waktu terpanggil rasa utk dikongsikan hihii.. Salam Ramadan Al Mubarak juga buat Bunda.. 🙂

  13. saya pernah terbaca sebahagian cerita ni sebelum ni
    keratan akhbar tu adalah yang pertama saya pernah baca
    besar dugaan saudara KK dan keluarga tanggung
    kagum dengan sikip positif KK
    bukan semua orang mampu harungi seperti saudara KK

    1. Alhamdulillah YY.. berkat doa ibu bapa, keluarga, saudara dan sahabat juga.. sampai masa terpanggil rasa nak berkongsi utk kebaikan semua, in shaa Allah.. 🙂 🙂

  14. tuan KK antara insan yang hebat dan terbaik mendepani permasalahan hidup..satu yang bestnya bila ada cabaran besar begini ialah badan susah nak gemuk..still slim and young forever.

  15. […] Baca lagi: Motivasi Keusahawanan Sebagai Iktibar Semangat […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.