Sempena menyambut hari guru, ingin saya berkongsi pengalaman yang berlaku kepada diri sendiri. Jurnal kehidupan sebagai coretan memperingati jasa keikhlasan guru. Kata-kata seorang guru sebagai doa yang makbul hingga mempengaruhi liku-liku perjalanan dalam kehidupan ini.
![]() |
Alam pra-sekolah : Dunia pertama mengenali guru (1982). Mana Khir Khalid… 😀 |
Makbulnya Doa Seorang Guru
Kami pernah ponteng semata-mata untuk mandi di tali air, sungai dan laut, mengayuh basikal selama 2 jam mendaki Gunung Pulai untuk mandi air terjun, bersantai di pusat permainan video, malah menaiki bas semata-mata untuk melepak di Komtar, JB atau merentas Selat Tebrau ke Takashimaya Shopping Center, Singapura… cukuplah kisah tersebut…
“Kamu bukan nakal…. Renunglah diri kamu, masa depan kamu… Cikgu kenal mak ayah kamu… hargailah mereka. Sampai masa mereka akan tua… Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati kamu untuk tekun belajar dan menjadi manusia… sekurang-kurangnya tak minat jadi cikgu macam mak ayah kamu pun, mudah-mudahan kamu jadi ahli perniagaan ke, ahli
politik, tokoh sukan.. mudah-mudahan ke jalan yang baik, bukan terpengaruh kepada yang tak elok… sedarlah sebelum menyesal nanti… Cikgu doakan kamu berubah dan berjaya”
Hikmah Kata-Kata Guru Terhadap Kehidupan Murid
Ia mempengaruhi gaya hidup dan mengubah cara berfikir. Pengaruh rakan menyuntik reformasi minda sehingga berpeluang melanjut pelajaran ke luar negara. Saya bersyukur dan mereka juga antara sahabat yang saya hargai selamanya.
Ia juga antara asbab jiwa terarah memperkasa keusahawanan sosial dalam aspirasi sosio-pendidikan dan pembangunan modal insan. Berblog ini juga sebagai salah satu jalan memperkasa kerjaya dan informasi demi kebaikan sosio-masyarakat… in shaa Allah.
Kata-Kata Guru, Doa Kepada Muridnya
“kamu kalau dari sekarang dah pandai hisap rokok, memang besar nanti
jadi penagihlah… melawan cikgu… samseng macam kamu ni lebih baik jangan jadi manusia.. kamu tau…!!!”.
Selamat Menyambut Hari Guru
Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru yang dihormati sekelian.
Tanggungjawab guru merupakan jasa dan pengorbanan yang bukan sahaja berfungsi sebagai pendidik malah pembimbing sokongan selepas ibu bapa. Jasa guru yang ikhlas pasti akan sentiasa dikenang dalam doa anak didiknya tanpa paksaan apabila mereka dewasa hingga beranak cucu.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
selamat hari guru…kesilapan lalu kita tinggalkan untuk mencapai kesuksesan hari depan insyaAllah.
Selamat hari guru kepada semua warga pendidik.. in shaa Allah, semoga apa yang disampaikan menjadi ibadah kebaikan buat semua… aamiin.
As salam. sy dah 18 thn mengajar. kdg2 kelakuan n percakapan remaja ini mencabar keimanan n kejantanan saya. Lalu terkeluarlah perkataan yg x sepatutnya. seorang guru dalam sabar ada tegasnya. kami juga ada sifat amarah. kalau baik n penyayang sgt nanti budak2 x hormatlah plak. fikir2kanlah…
Waalaikummussalam.. itulah tanggungjawab dan cabaran seorang guru. Dalam marah perlu kena caranya agar tidak menjadi doa yg memburukkan pelajar walau sejahat manapun pelajar itu. Itulah tugas pendidik yang memerlukan kesabaran, kreativiti dan cara sesuai dengan arus zaman sebagaimana pekerjaan-pekerjaan yg lain. Semoga mereka menghormati guru atas kepimpinan melalui tauladan bukan sekadar paksaan yang hanya hadir di luaran sahaja.. in shaa Allah.
selamat hari guru pada semua guru…
Selamat hari guru kepada semua warga pendidik.. 🙂
saya setuju..kata2 seorang guru merupakan satu doa juga…
Itulah cabaran tanggungjawab seorang guru agar menjadi ibadah yg berpanjangan dlm menyuburkan ilmu buat semua… aamiin.
Seronok baca cerita tn Khir ni, membuka mata, buka hati dan minda…terima kasih atas perkongsian ini 😉
Alhamdulillah.. sekadar berkongsi pandangan melalui pengalaman dan pemerhatian utk renungan bersama.. t kasih Linda.. 🙂
Kata-kata cikgu macam kata-kata seorang ibu yang mudah termakbul.
Memang betul tu Zumal.. kebarangkaliannya tinggi. Sbb tu org dulu2 faham nilai menghormati guru.. 🙂
Sangat terkesn baca entry ni… alhamdulillah… Tahniah en.khir…
Mudah2an ada manfaat kebaikannya, in shaa Allah. T kasih MF.. 🙂
Selamat hari guru.. Menarik kisah perjalanan En. Khir.. Saya setuju ucapan guru itu sememangnya meninggalkan impak besar kepada seorang pelajar. Kadang2 amarah guru itulah yang memberi kesedaran kpd pelajar untuk berubah ke arah yang lebih baik. Maka itu hormatilah guru2 kita. Terima kasih cikgu! ;')
Betul tu.. ibarat pepatah, masin mulut guru kalau berkata kan.. guru adalah insan yg perlu kita hormati. T kasih Wawa.. 🙂
Selamat Hari Guru. Jasa guru tak akan dapat di balas.
Errmmm….jauhnya berbasikal sampai ke Gunung Pulai? Kes main parit tak ada?…oopppss…hehe 😀
Hehee.. cukuplah takat tali air tu.. parit kecik sgt.. malu nak citer godak parit huhu.. 😀
Aduh2 sbb tula xbaik melawan ckgu kan…dorng ibarat mak bapak kedua kita dh…
Betul tu Sham.. dlm kehidupan ni selain ibu bapa, keluarga, saudara dan sahabat, cikgu juga antara yg berperanan membentuk siapa kita dgn tugasan yg diamanahkan kpd mereka.. mmg ibarat mak bapak kedua kita kan… mmg x baik melawan guru.. kira guru mcm ada daulatnya juga.. 🙂
Kalau dah sekali jadi cik gu, sampai pencen/mati pun orang panggil cik gu, kan…
Betul tu Bunda.. org kenal seseorng cikgu, walau dah pencen ttp dipanggil cikgu.. 🙂
Assalamualaikum…. betul apa yang Khir perkatakan, kata-kata guru mempengaruhi kehidupan seseorang murid. Ia ibarat doa ibubapa terhadap anaknya. Motivasi amat perlu untuk mencorakkan seseorang murid agar lebih baik. Terima kasih bro…Khir artikel berkaitan hari guru yang menarik untuk dibaca dan direnungkan. Selamat Hari Guru…..
Waalaikummussalam.. betul tu.. kata-kata guru ada kesannya terhadap kita.. Buat murid-murid, hormatilah guru kita sbb mereka ibarat sokongan bagi ibu bapa kita. Mudah2an artikel ini ada manfaatnya, in shaa Allah.. T kasih bro Kamil.. 🙂
selamat hari guru juga kepada semua pendidik.tugas seorang guru tu amat besar kan.
Berat tugas guru ni kan.. bukan sekadar pekerjaan. Itulah sebab kita perlu menghormati guru utk kebaikan kita juga.. selamat hari guru buat semua warga pendidik.. 🙂
kata2 yg sy masih igt drpd cikgu sy: nnt kamu dah besar kamu akn faham mengapa kehidupan org dewasa mcm ni… ms tu dia merujuk kepada masalah yg sdg berlaku… x igt masalah apa…
tidak dinafikan kata seorang guru mudah dikabul..namun saya percaya pelajar yang ada cabaran disiplin perlu dididik dengan penuh hikmah.
Guru memang seorang pahlawan
Selamat Hari Guru… Jasa guru memang tiada batasannya.
Selamat Hari Guru… Jasa guru memang tiada batasannya.
wow, macam2 cerita juga ye abang KK dulu. hehhehehe… kata-kata cikgu pun maybe boleh jadi kenyataan kot. lagi2 perempuan. ibarat doa seorang ibu juga.. kot ler… nasib baik Abang KK membesar sekarang menjadi manusia berguna 🙂 dah ada family yang bahagia pun. alhamdulillah.
Jasa seorang guru mendidil kita takde dan takkan dpt ditukarkan dgn wang dan harta..Kerana jasa dan didikan guru kita telah berjaya menjadi insan berguna pd hari ini..Semoga kita semua akan ttp mengingati dan menghargai tiap pengorbanan seorg insan bergelar guru…
Selamat hari Guru…besar jasa seorang GURU dan ia satu cabaran yang besar dalam mendudik anak bagnsa menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat
Terima Kasih Cikgu! itu antara kata kata yang sering saya ungkapkan tanpa rasa jemu bila bertemu kembali para pendidik yang pernah mengajar saya,bagi saya mereka ini bagaikan sebahagian ahli keluarga,.Saya Sayang Cikgu,.hingga ke nafas terakhir,.terima kasih cikgu atas segalanya,.
Selamat Hari Guru juga kepada ayah saya…
besar jasa cikgu pada kita semua