Microsoft Malaysia

Microsoft Malaysia telah mengumumkan perlantikan barisan kepimpinan baharu bagi mengukuhkan dan merancakkan pertumbuhan digital pelanggan di Malaysia. Azizah Ali telah dilantik sebagai Pengarah Kumpulan Kecil, Sederhana dan Korporat (SMC) dan Millie Yong sebagai Pengarah Penjualan Penyelesaian, sejajar dengan fokus syarikat bagi memenuhi keperluan digital pelanggan dalam norma baharu.

Microsoft (Nasdaq “MSFT” @microsoft) mendukung transformasi digital bagi era awan pintar (intelligent cloud) dan kelebihan pintar (intelligent edge). Misi Microsoft adalah untuk memperkasakan setiap orang dan setiap organisasi di seluruh dunia untuk mencapai lebih banyak lagi pencapaian transformasi digital.

Kepimpinan Baharu Microsoft Malaysia

Azizah telah bersama Microsoft selama lebih dua dekad dan memegang beberapa jawatan kepimpinan di rantau Asia Pasifik. Sebelum ini, beliau telah memainkan peranan penting sebagai Pengarah Kumpulan Sektor Awam dalam memulai inisiatif nasional seperti projek eGovernment dengan kerajaan Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengurus Negara Microsoft Brunei pada tahun 2009 bagi mengetuai inisiatif perkongsian antara Kerajaan Brunei dan Microsoft untuk menubuhkan Pusat Pembangunan Perisian Brunei.

Beliau kembali ke Microsoft Malaysia pada 2013 sebagai Pengarah Kumpulan Penyelesaian Pasaran Kecil dan Sederhana serta Rakan Kongsi, kemudiannya, berperanan sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan Microsoft Asia Pasifik untuk Sektor Awam pada tahun 2017.

Bermula September 2020, Azizah berperanan memberi tumpuan untuk menyokong SMC dalam aspirasi transformasi digital dengan memadankan cabaran pelanggan dengan penyelesaian Microsoft dan memanfaatkan ekosistem rakan kongsi Microsoft yang aktif.

Turut menyertai barisan kepimpinan Microsoft Malaysia ialah Millie Yong, sebagai Pengarah Penjualan Penyelesaian. Ia merupakan jawatan kepimpinan yang baru diwujudkan untuk memacu transformasi digital dalam kalangan pelanggan perusahaan di Malaysia.

Bersama pasukan pakar penjualan dan teknikal, Millie juga akan menyediakan penyelesaian rentas teknologi baharu yang relevan untuk pelanggan sambil membantu mengembangkan kemampuan digital mereka.

Millie memiliki pengalaman lebih dari 20 tahun merentasi industri termasuk institusi perkhidmatan kewangan (FSI), telekomunikasi, pembuatan, dan peruncitan. Sebelum menyertai Microsoft, beliau memegang pelbagai jawatan di IBM, termasuk Pengurus Besar IBM Systems dan Pengurus Jualan Negara untuk Sektor Perbankan, Insurans dan Kewangan. Beliau juga memegang pelbagai peranan penjualan dan teknikal di Siemens dan Hewlett-Packard, sebelum menyertai Microsoft Malaysia pada tahun 2018.

Memperkasa Transformasi Digital

Mengulas mengenai pelantikan mereka, K. Raman, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia, berkata: “Seluruh dunia telah mengalami perubahan besar, dari cara pengguna berinteraksi dengan perniagaan, sehingga cara organisasi beroperasi. Jelas sekali, tahun 2020 telah membawa gelombang digitalisasi besar yang sekaligus merancakkan transformasi digital, khususnya dalam kalangan SMC dan perusahaan. Kami di Microsoft tegas dalam visi kami untuk memperkasakan setiap orang dan organisasi di Malaysia untuk lebih banyak pencapaian.”

Menurut beliau lagi, “kami amat gembira dengan penyertaan Azizah dan Millie dalam pasukan kepimpinan kami. Bersama-sama kami akan terus berusaha untuk mendorong pertumbuhan yang bermakna bagi pelanggan kami di Malaysia, bagi membina daya tahan untuk masa depan melalui penggunaan teknologi yang inovatif.”

Baca lagi: Kepentingan Pemasaran Digital Era RI 4.0

4 Thoughts to “Microsoft Malaysia Lantik Barisan Kepimpinan Baharu”

  1. Moga lantikan baris kepimpinan yang baru ini dapat lebih luas melangkah dan menggapai lebih banyak manfaat bersama.

  2. berpengalaman luas nampaknya kepimpinan baru microsoft malaysia kali ni.
    pha is recently posted…Segmen 10 Blogger Terpantas by MisyaMy Profile

  3. semoga kepimpinan baru memangkinkan kemajuan Microsoft Malaysia seterusnya

  4. Dukungan padu daripada Microsoft dengan memperkasakan transformasi intelligent cloud dan intelligent edge pastinya akan memberi kelebihan kepada pengguna untuk menerokai ruang teknologi digital dengan lebih jauh. Tahniah Microsoft dan team Malaysia.
    Coffee Gold 916 recently posted…Coffee Gold 916My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.