Meraikan Pencapaian 25 Tahun Kecemerlangan Pendidikan – Merealisasikan kecemerlangan sememangnya bukan usaha semalaman. Baru-baru ini INTI International University & Colleges telah memperbaharui perjanjian perkongsian dengan University of Hetfordshire (UH).

Perjanjian perkongsian baharu ini telah dimateri dalam satu majlis bagi memperingati perkongsian antarabangsa yang telah terjalin selama lebih 25 tahun dahulu. Ia juga bagi memastikan Program UH dapat ditawarkan di semua kampus INTI seluruh Malaysia.

Meraikan pencapaian 25 Tahun kecemerlangan pendidikan antara INTI dan University Hertfordshire, UK,

Meraikan Pencapaian 25 Tahun Kecemerlangan Pendidikan

Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Razeman bin Kamarulzaman, Bahagian Standard Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Turut hadir, Julie Newlan, Pro Naib Chanselor (Pembangunan Perniagaan dan Antarabangsa); Stuart Smith, Pengarah Antarabangsa; Joel Carlton, Dekan Bersekutu (Antarabangsa), Hertfordshire Business School dan warga fakulti serta pelajar kampus INTI Subang dan Kuala Lumpur.

Perkongsian pendidikan ini mula dimaterai pada awal 90an. Ia memperkenalkan modul ijazah 2+1 untuk pelajar Malaysia menghabiskan tahun akhir di United Kingdom. Modul ini telah terbukti dengan ribuan graduan berjaya memperolehi ijazah serta pekerjaan di serata dunia, juga usahawan berjaya.

Program UH seterusnya berkembang menjadi modul 3+1 dengan pilihan bagi pelajar sama ada melanjutkan tahun akhir atau menghabiskan satu semester di kampus UH di UK.

Meraikan pencapaian 25 Tahun kecemerlangan pendidikan antara INTI dan University Hertfordshire, UK,

Pada peringkat awal kerjasama, Pengasas Berdaya Usaha INTI, Y.Bhg Datuk Tan Yew Sing bersama mendiang Profesor Emeritus Dr Lee Fah Onn, adalah pendorong kejayaan. Tujuan utama adalah memperkasa pengalaman antara budaya demi melahirkan generasi graduan bertaraf global.

Berkongsi wawasan pengasas INTI terdahulu, Tan Lin Nah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif INTI menyatakan; “Salah satu keterangan paling bermakna dalam perkongsian antara INTI dan UH adalah peluang yang ditawarkan kepada pelajar melanjutkan pengajian antarabangsa.

“Sama ada pengajian di UK atau di Malaysia, para pelajar UH akan memperolehi perspektif unik dunia perniagaan global melalui pendedahan awal dan penglibatan bersama organisasi terkemuka. Ini juga merupakan teras program serta proses menyediakan pelajar untuk berjaya di dalam dan melangkaui luar kelas, melalui penyatuan pengalaman praktikal sepanjang masa pengajian.”

Majlis turut menampilkan sesi perkongsian para pelajar UH yang menuntut di INTI melalui hasil pengalaman positif kuliah tetamu, projek majikan serta lawatan pelajar. Mereka berkongsi bagaimana INTI menyediakan mereka kemahiran yang diperlukan untuk kecemerlangan kerjaya.

Fathimath Zooshaan, Program usahasama INTI dan University Hertfordshire,

Kerjasama 25 Tahun Memperkasa Pendidikan

Fathimath Zooshaan, pelajar dari Maldives yang baru menamatkan pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa menyatakan, menjadi sebahagian program UH merupakan satu kebanggaan.

“Salah satu pelajaran berharga adalah untuk sentiasa kembali kepada asas. Sebagai pelajar Komunikasi Massa, amat penting bagi kami memeriksa fakta. Modul penyelidikan telah membantu cara memperolehi maklumat serta pertimbangan dalam setiap keputusan.”

Semasa pengajian Fathimath berpeluang bekerja di Pusat Perniagaan USJ 1 Regalia. Beliau ditugaskan mencipta satu video korporat untuk perniagaan kawasan tersebut. Projek majikan ini mencabar beliau untuk lebih kreatif, menyelami setiap keperluan pelbagai perniagaan untuk penceritaan korporat.

Ia satu pengalaman kerja yang amat beliau hargai. Hasil yang dibangunkan telah dinilai pusat perniagaan tersebut dan merupakan gambaran sebenar tanggungjawab dalam urusan dengan pihak berkepentingan dan pelanggan.

INTI and University Hertfordshire,

Meraikan pencapaian 25 tahun kecemerlangan pendidikan, INTI dan UH terus memperkasa komitmen dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada golongan muda Malaysia serta pelajar antarabangsa selaras keperluan pelbagai syarikat multinasional terkemuka pada hari ini.

Ia juga turut dibuktikan melalui kekuatan hubungan industri oleh INTI bersama lebih 450 syarikat, juga mempengaruhi kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi pada tahun 2017.

Sepertimana diperakui BDO, 99% graduan INTI telah mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan setelah tamat pengajian, 91% graduan berpendapatan lebih tinggi daripada purata minimum pasaran dan 60% pula ditawarkan pekerjaan sebelum menamatkan pengajian mereka.

Baca lagi: Memperkasa Gen Z Mendepani Abad Ke-21

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Fasilitator sosial, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

4 Comments

  1. Moga kerjasama ini berterusan dan dapat melahirkan lebih ramai generasi berkualiti dalam segenap bidang dan kemahiran.

  2. 25 tahun bukan jangka masa sekejap. Pasti usaha penat lelah tu berbalas dan membuka lagi ruang kejayaan buat lebih bnyk generasi2 graduan mendatang.

  3. Reputasi INTI memang diakui sejak sekian lama..

    malah tempoh 25 tahun sudah cukup membuktikan INTI adalah pusat pengajian antabangsa cukup gah dan menjadi pilihan ramai pelajar luar dan dalam negara.
    mrhanafi recently posted…Cara Menaikkan Energi Getaran ManusiaMy Profile

  4. wahhh diam x diam dah 25 tahun menabur bakti utk anak bangsa tahniah!!
    anies recently posted…Đà Nẵng, Vietnam: singgah marble sculpture galleryMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.