Hollywood Inside Out. Petang tadi, saya terbaca satu artikel tentang pelakon yang pernah saya jumpa. Lantas terpanggil berkongsi pengalaman lebih setahun yang lalu.

Saya menghadiri satu program temubual bersama seorang pelakon Hollywood bernama Reshad Strik dalam segmen Hollywood Inside Out anjuran Crescent Collective sebuah badan amal yang diadakan di Urban Village, Bangsar.

Hollywood Inside Out bersama Reshad Strik, Urban Village, Bangsar

Cabaran Reshad Strik Di Hollywood

Reshad Strik, bukanlah barisan pelakon sehebat Brad Pit, Mel Gibson atau pelakon tersohor yang
lain, namun beliau adalah seorang Muslim. Hollywood merupakan tapak percaturan kerjaya untuk maju mengasah bakat dalam bidang yang diminatinya sejak kecil.

Antara filem lakonannya adalah Hill Have Eyes 2 (2007), 3 Apartments (2010), Cross Roads(2013) dan banyak lagi yang boleh dirujuk di SINI. Beliau juga pernah bergandingan bersama Jessica Simpson didalam klip videonya, A Public Affair.

Reshad Strik mengakui cabaran Hollywood memang besar. Beliau perlu menjaga semua aspek sosial dan pada masa yang sama memastikan agar penerbit serta komuniti pelakon ‘non-muslim’ di pusat perfileman nombor satu dunia itu tidak terasa hati dengan pegangan pendiriannya.
Beliau perlu berusaha lebih keras agar diterima atas bakatnya tanpa pihak lain memandang atau mengambil kira latar belakang agama serta pendirian peribadinya.
Hollywood Inside Out bersama Reshad Strik, Urban Village Bangsar,
Beliau yang hadir bersama isteri dan anak yang masih kecil juga meluahkan pandangan bahawa kita sebagai rakyat di Malaysia perlu bersyukur kerana Islam bukan sesuatu yang asing.

Di Hollywood, walaupun masyarakat bersikap toleransi dalam menghormati amalan kebebasan beragama, namun peranan media dan politik yang meletakkan kesangsian terhadap Islam kerana
isu-isu keganasan global, sedikit sebanyak membuatkan ramai yang sangsi terhadap Islam.

Secara tidak langsung, beliau perlu membuktikan kepada masyarakat Hollywood bahawa Islam itu bukan sesuatu yang perlu dimusuhi. Sungguh pun Islam adalah minoriti dan perlu bersikap ‘open minded’, namun nilai-nilai keislaman tetap wujud dan berkembang melalui cara hidup, bakat dan sentimen kemasyarakatan.
Hollywood Inside Out bersama Reshad Strik, Urban Village, Bangsar
Kenangan bersama Reshad Strik

Peranan Kita Sebagai Khalifah Dalam Menyuburkan Islam

Pada masa kini Muslim di Hollywood sedang bertungkus lumus berusaha menyuburkan syiar Islam melalui prestasi bakat dan contoh tauladan kepada masyarakat yang majoritinya tidak langsung memahami Islam. Kita di sini pula ada diantaranya yang terlebih-lebih terpengaruh dengan ideologi dan budaya bebas Hollywood sebagai ‘trendy’ moden. Ia amat memalukan!

Pada pendapat saya yang cetek, mengikuti trend dan elemen yang baik dari mana-mana pihak itu tiada salahnya selagi tidak menjejaskan etika budaya dan agama. Tetapi kalau yang negatif walau dari mana datangnya atau secanggih mana sekalipun sememangnya merugikan.
Sama-samalah kita ambil iktibar.. wassalam
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

9 Comments

  1. Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

  2. Sama2 ambil iktibar =) bguslah..dng minat dia tu..tp ttp pntgkn agama islam..muslim di sini..rasanya agak terkilan la..pengaruh dan ikutan yg xelok suka sgt diikut..rsanya semua tu perlu diubah kalau nk tunjuk contoh yg baik kpd kaum serta agama lain

    1. Mmg betul tu.. semoga kita semua ttp berada diatas jalan yg lurus & diberkati.. amin.

  3. kita ambil iktibar dari semua ini..

    1. In shaa Allah Kathy.. semoga kita semua juga ttp berada diatas jln yg lurus & diberkati.. amin.

  4. salam en khir….cerita cross road yg berlakon dengan britney spear tu kan….
    xsangka ye dia islam….hensem juga ye….heheh mcm maher zain

    1. A ah betullah tu.. hensem mcm maher zain eh hehee.. tp orgnya pemalu juga rupanya 😀

  5. Baru tahu yang dia ni islam Khir. Apa budaya, apa bangsa tetap ada yang buruk dan baiknya. Ambik yang baik dan positif saja, Yang negetif kita tinggalkan. Info-info di sini best .

    1. Betul tu.. perkara yg baik kita ambil tak kiralah dari siapa pun, tp klu yg buruk walaupun dari org baik, patut kita jauhi.. T kasih kak Lynn.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.