Ulangtahun perkahwinan
Sekian lama tidak berkongsi jurnal kekeluargaan bersama rakan pembaca yang dihormati sekelian. Artikel kali ini merafakkan kesyukuran atas limpah kurnia Illahi buat anugerah kehidupan ini. Hari Sabtu (7 Mei 2016) merupakan hari yang bersejarah buat saya dan isteri. Ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-17โ€ฆ sweet 17 gituโ€ฆ ๐Ÿ™‚
Zuraidah Misan,

Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 17 Tahun

Sungguh cepat dirasakan masa berlalu, malah terdapat 2 perkongsian artikel penghargaan sempena
ulangtahun perkahwinan yang ke-15 danย ke-16 yang dirasakan seperti baru sahaja ditulis. Hakikatnya telah menjangkau dua tahun dari yang pertama diterbitkan.
Kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang amat disyukuri. Ia mengajar erti perkongsian hidup, pengorbanan, mendidik tanggungjawab serta ketabahan dalam menempuh realiti kehidupan. Kegembiraan dan ujian yang hadir diiringi peringatan kasih yang Maha Pencipta kepada hambanya. Nilai kekeluargaan yang pasti dihargai selamanya.

Perkahwinan Dan Nilai-Nilai Kekeluargaan

Kurniaan 4 orang cahaya mata menempuh alam remaja dan persekolahan juga membuka lembaran baru tentang pengorbanan dan pengharapan. Cabaran dunia kini memerlukan keperihatinan mengenal dunia generasi muda, tentang inspirasi dan aspirasi, tentang kawan, minat, trend, gadgetโ€ฆ cabaran media sosial serta pelbagai tarikan dunia tanpa sempadan.
Mengatur waktu buat anak-anak, keluarga dan kerjaya menyuntik displin diri agar dapat memperuntukkan masa sebaiknya dalam merealisasikan hasrat kehidupan ke arah yang lebih baik. Hubungan emosi dan didikan sebagai ibu bapa kepada anak-anak bukan perkara kecil dan boleh dipandang ringanโ€ฆ perlunya kita sebagai ibu bapa menyelami dunia mereka sebagai sahabat demi membina perisai kebaikan dan keyakinan diri.
Khir Khalid, zuraidah misan,

Penghargaan Ulangtahun Perkahwinan Ke 17

Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri tercinta atas kesetiaan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang membina perkongsian hidup ini. Semoga perjalanan kehidupan kami untuk hari mendatang senantiasa disinari kebahagiaan, kemuliaan dan keberkatan Illahi, in shaa Allah.
Mohon doakan agar segalanya sentiasa dilimpahi rahmat dan kesejahteraan, begitu jugalah doa harapan saya kepada semua pembaca yang dihormati sekelian. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dikurniakan kehidupan yang berkat serta dipermudahkan jalan kejayaan di dunia dan akhiratโ€ฆ aamiin, aamiin ya Rabbalalaamiin.

Salam cinta dan kasih sayang dari saya buat anda sekelianโ€ฆ ๐Ÿ™‚

26 Thoughts to “Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan ‘Sweet 17’”

  1. Alhamdulillah..Tahniah Khir & Isteri
    Moga berkekalan selamanya

  2. SubhanAllah…alhamdulillah..tahniah untuk Bro KK dan isteri…moga perkahwinan yang dibina sentiasa dirahmati Ilahi…amin…menjadi contoh kepada cahayamata yang disayangi…bertemu dan bersama di dunia moga bertemu dan bersatu di syurga juga kelak…๐Ÿ’‘๐Ÿ’–๐Ÿ™‹๐Ÿ™†๐Ÿ™†๐Ÿ™†

  3. Gambar berbaju raya ber background laut Pontian yang mahal tu… ๐Ÿ™‚

  4. Alhamdulillah..Tahniah Khir & Isteri
    Moga berkekalan selamanya

  5. alhamdulillah …. selamat ulangtahun perkahwinan sweet 17 buat abg Khir dan isteri. Moga kekal bahagia bersama hingga ke jannah ๐Ÿ™‚

  6. Selamat ulang tahun perkahwinan sahabat..moga kekal selamanya…

  7. Alhamdulillah~

    Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-17 buat tuan khir dan isteri ๐Ÿ˜‰ semoga terus berbahagia dan dibawah lindungan rahmatNYA sehingga ke syurga Allah SWT.

    TAHNIAH ๐Ÿ˜‰

  8. waahh.. selamat ulang tahun perkahwinan En. Khir.. Semoga kekal sampai syurgaNya.. ๐Ÿ™‚

  9. Alhamdulilah..tahniah
    hepi nbseri-seri uols
    semoga bahagia hingga ke jannah amin

  10. ASSALAM…TAHNIAH..SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN DIK KK…NAMPAK BERSERI SENYUMAN DI WAJAH MERAIH KBHGIAAN ANUGERAH ALLAH SEPANJNG USIA PERKAHWINAN…SEMOGA KEKAL BERSAMA DLM BHGIA HINGGA KE SANA DILINDUNGI ALLAH DGN BERKAH N RAHMAT-NYA.

  11. Selamat Hari Ulangtahun Khir .. tahniah .. moga kekal hingga akhirnya.

  12. alhamdulillah…selamat ulangtahun…moga kekal hingga ke syurga

  13. wahhh, dah 17 tahun..Alhamdulillah
    Tahniah sangat dan semoga terus diberkati Allah, diberikan rahmah wa mawaddah dalam kehidupan dunia dan akhirat.

  14. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 17… semoga berkekalan sehingga ke jannnah .

    mselim3

    pls: khir bergambar kat seaside pontian kan.. mselim3 pun orang pontian gak…. hehehe

  15. AvatarOZIE MAHSA

    Alhamdulillah..tahniah Kk…semoga bahagia

  16. Alhamdulillah KK,Tahniah dan kami sentiasa mendoakan rumahtangga KK berbahagia,InshaAllah,Ameen ๐Ÿ™‚

  17. Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa… Semoga Allah sentiasa memberkati kalian dgn kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin… ๐Ÿ™‚

  18. tahniah tuan..tempoh 17 tahun bukan tempoh yang pendek tu..semoga kekal bahgia hingga ke jannah

  19. Tahniah Tn Khir dan isteri ๐Ÿ™‚

  20. Tahniah Tuan. Semoga kekal hingga ke jannah!

  21. Tahniah KK semoga berbahgia dan berkekalan hingga hujung nyawa… insyaAllah , aamiin..

  22. Happy 17th Anniversary tuan Khir…Semoga rumahtangga tuana akan kekal bahagia sehingga jannah..

    Regards,
    -Strider-

  23. alhamdulillah..JM doakan bro KK dan Isteri serta anak-anak bahagia hingga ke akhir hayat aminnn

  24. ALhamdulillah selamat ulang tahun encik khir ๐Ÿ™‚ Semoga encik khir dan keluarga berbahagia till jannah.. amin ๐Ÿ™‚

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.