Menghargai persahabatan mencecah 20 tahun
“Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget”… itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan erti persahabatan, apatah lagi bila ia mencecah usia 20 tahun.
Atas aspirasi tersebut, maka bertemulah kami demi menghargai dan meraikan hubungan akrab persahabatan yang bermula pada tahun 1996 di Telford, Shropshire, United Kingdom.
Telford Campus 1996, Restoran Rebung Chef Ismail,
Antara kami berenam, 4 menetap di sekitar Kuala Lumpur, manakala 2 lagi adalah warga Singapura dan Hong Kong. Maka dapatlah kami bertemu semeja dan menikmati hidangan tengah hari dalam suasana penuh ceria, nostalgia dan kemesraan bersama-sama di Restoran Rebung Chef Ismail.
Mengimbau pelbagai pengalaman bermula tahun 1996 sebagai penuntut universiti, hari Sabtu 22 Oktober 2016 menjadi saksi kami abadikan keistimewaan persahabatan ini dalam satu perjumpaan. Kami berenam adalah rakan paling akrab bersama di Telford Campus,
University Of Wolverhampton.
Wales, United kingdom, friendship,
Telford Shropshire, United Kingdom, 1996,
Persahabatan di kampus amat rapat bukan sekadar tertumpu kepada pembelajaran dan pengajian semata-mata, tetapi kehidupan seharian. Hampir kebanyakkan waktu kami berkongsi bajet, jadual dan tugasan membeli barangan runcit, termasuk masak makan malam sewaktu di kampus. Kami ibarat satu keluarga berkongsi pelbagai sketsa tulus kehidupan di United Kingdom.
Malah bukan itu sahaja, kami berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis trip kembara ke pelbagai
lokasi ke sekitar England, Wales dan Scotland, hingga ke beberapa negara di Eropah. Kami jelajahi bersama dengan pengangkutan awam, bas, keretapi, kereta sewa mahu pun berjalan kaki. Pengalaman
yang tetap segar dan tiada ternilai buat kami selamanya.
Robin Hood, Nottingham 1996,
Atas kenangan tersebut, kami berkesempatan berjalan kaki selepas makan di sekitar Taman Botani Perdana, sekadar merasai kembali ‘feeling’ berjalan kaki sepertimana di kebanyakan tempat yang kami lawati dahulu. Cuaca panas tapi puas dan seronok… sempat juga kami bersantai sambung berbual di satu kedai cenderamata berhampiran taman sebelum mengakhiri pertemuan istimewa ini.
Sahabat Karib, Taman Botani Kuala Lumpur, Telford batch 1996,
Inilah sahabat akrab saya sejak 1996 sewaktu pengajian. Amat benar sepertimana ungkapan seorang dari kami… “it’s true what they say, we cannot remember the dates… but always remember the best moments…”.
Terima kasih atas anugerah persahabatan yang terus berkekalan dan senantiasa segar sehingga ke hari ini. I love you guys unconditionally… forever and ever.

15 Thoughts to “Menghargai Persahabatan Akrab Mencecah 20 Tahun”

  1. Wah…seperti kembali ke zaman lalu. Moga persahabatan kekal selamanya..

    Sorry..lama tak singgah…:(

  2. Uuu… seronoknya.. mesti rindu gila2 kan kenangan zaman dulu2.. 🙂

  3. Seronoknya mengimbau kemvali kenangan bersama selama 20 tahun kan..

  4. fuhhh dasat… tahniahhh dpt kwn2 mcm ni

  5. Alhamdullilah semua masih panjang umur..kalau 20 tahun lagi mesti ada yang dah pergi jauh-jauh tu

  6. tahniah…muka pun still sama je,
    awet muda gitu…

  7. Emm..xdinafikan nak kekalkan persahabat hgga 20 thun tu bkan perkara mudah..awesome bro khir dpt jmpa rkan2 lama..

  8. awet muda je, bila ada kawan2 lama ni rasa bahagia hidup

  9. Fuhh 20 tahun tu. Moga kekal sampai bebila, seronok dapat berkumpul dengan kawan lama macam ni

  10. Semoga persahabatan yg terjalen akan akrab selamanya.

  11. Teringat plak kat kawan kawan lama…semua dah kemana mana…haha

  12. Teringat plak kat kawan kawan lama…semua dah kemana mana…haha

  13. wahhh touching lak baca entri ni..sy takda seorang sahabat pun..kawan ada la 🙂

  14. yes, moments with true friends are the best moments ever. moga persahabatan kekal selamanya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.