Motivasi 

Menghargai Bakat Muda Dalam Masyarakat

Menghargai Bakat Muda Dalam Masyarakat – Sesiapa yang mengkaji sejarah akan mendapati bahawa masyarakat terdahulu sangat menghargai bakat-bakat muda. Bukanlah bermaksud aku arif dalam mengkaji ilmu sejarah, hanya sekadar melontarkan pandangan melalui pemerhatian diri yang kerdil ini. Aku dapati kebanyakan sumbangan tokoh-tokoh yang tertulis dalam lipatan sejarah peradaban dunia dan juga Islam terdiri dikalangan mereka yang muda-muda usianya. Cubalah selidiki dengan sebaik-baiknya dan maaf sekiranya aku khilaf…
Menghargai bakat muda dalam Islam, Taman Sri Gombak

Bakat Muda Dalam Sejarah Islam

Masyarakat Islam terdahulu tidak menilai seseorang kerana usia, sejarah silam mahupun keturunannya, akan tetapi potensi yang dimilikinya. Antara bakat muda dalam sejarah Islam yang aku temui adalah Attab bin Usaid yang pernah dilantik oleh Baginda Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin kota Mekah ketika usia beliau 17 tahun. Baginda juga pernah mengangkat Usamah bin Zaid sewaktu berusia 20 tahun sebagai ketua ke negeri Syam (Syria) walaupun terdapat orang yang jauh lebih senior dan berpengalaman.
Selain itu, sewaktu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berniat mengumpulkan ayat-ayat Al Quran, beliau memilih Zaid bin Thabit yang berusia 22 tahun menjadi ketua perintis projek tersebut. Begitu juga dengan Khalifah Umar bin Al Khattab yang sentiasa membawa Ibni Abbas dalam setiap mesyuarat tertinggi negara sebagai penasihat beliau. Ibni Abbas banyak memberi saranan dan pandangan kepada Sayidina Umar untuk pentadbiran negara ketika usia beliau 20 tahun.

Hikmah Bakat Dan Suara Anak Muda

Berdasarkan apa yang aku perolehi, pasti ada hikmah yang tersembunyi dalam fakta di atas. Jika diperhatikan secara relatif dengan dunia masa kini, sememangnya keyakinan kita terhadap bakat dan suara muda ini ada hadnya. Jika melibatkan urusan ke peringkat tertinggi mahupun sesuatu keputusan yang penting, pasti ramai yang sangsi tentang umur dan kelayakan melangkaui bakat yang ada.
Namun, aku juga akur atas sesetengah perkara yang menjadikan kita semua kurang berkeyakinan dengan tindakan atau keputusan yang mereka ambil. Bukanlah disebabkan usia, tetapi pengaruh dan pemikiran yang mereka serap kadang-kala tidak selaras dengan kefahaman Islam dan juga konsep teras dalam kehidupan masyarakat sekeliling. Sungguh pun begitu, ia tidaklah bermakna suara mereka tidak langsung boleh didengar atau diambil perhatian.
Menghargai bakat muda dalam masyarakat
Disebabkan bercambahnya ideologi revolusi ‘rebel’ masa kini, sepatutnya golongan seniorlah yang perlu turun mendekati anak muda dengan akal senior yang “senior”, bukan sebaliknya. Maka, mana yang anda mahukan… pemimpin yang turun mendekati rakyat atau sebaliknya? Contoh kepimpinan melalui tauladan seperti itu dapat mencipta kesinambungan dan penghormatan yang tinggi daripada anak muda kepada golongan senior. Ia dapat membentras jurang ‘senioriti’ ciptaan barat dan menjinakkan gejala sosial memberontak dikalangan anak-anak muda. Secara tidak langsung mampu melahirkan generasi muda yang lebih matang, inovatif, beriman dan berpandangan jauh mengikut kesesuaian peredaran zaman.

Dengarlah Suara Anak Muda

Melalui bakat yang terukir dalam lipatan sejarah jelas memberi mesej penting untuk kita semua. Sesungguhnya, anak-anak muda adalah aset Islam yang tidak ternilai dan memiliki potensi yang besar dalam memajukan umat. Berilah ruang kepada mereka untuk bersuara dan menyumbang buah fikiran segar yang bermanfaat dengan bimbingan dari yang senior. Dengarlah dan hormati suara-suara mereka kerana hikmah pastinya boleh keluar dari sumber yang tidak kita sangka.
Justeru, aku menegaskan bahawa Islam tidak pernah meremehkan suara-suara muda apatah lagi tidak memandangnya langsung. Adalah menjadi tanggungjawab kepada golongan yang lebih usianya untuk mendekati, membimbing dan membuka peluang buat mereka selaras dengan tuntutan Islam dan juga peredaran zaman. Sesiapa yang mengaibkan suara-suara ini secara tidak langsung telah menzalimi mereka dan diri sendiri serta merugikan kekuatan umat Islam seluruhnya di era globalisasi ini… wallahualam.
Salam Hormat & Salam Mesra.
Khir Khalid.

Related posts

33 Thoughts to “Menghargai Bakat Muda Dalam Masyarakat”

  1. anak muda adalah generasi pelapis pada masa yang akan datang!

    p/s : Jom Baca Entri Terkini Saya

  2. AvatarIja Rased

    anak muda adalah pelapis bangsa

  3. AvatarVee Sandi

    idea drp generasi muda ni dapat menyampaikan hasrat dan kehendak mereka . sama ada ianya sesuai atau tidak utk diaplikasikan , sekurang2nya kita mendengar suara hati mereka . 2x promoted content di hari jumaat … blh tak letak blog archieve … ada entry yg terlepas blogwalking . heh heh .

  4. AvatarSylarius Yusof

    Masyarakat kita susah nak dekati golongan muda. Dah la tak nak dekat, tak nak faham pulak tu. Contoh macam isu hantaran kahwin. Bukan sedikit bilangan yang mengeluh tentang kos melaksanakan majlis ni, tapi kebanyakan ibu bapa tak nak faham. Akibatnya, bila berlaku kacau bilau yang berlaku kerana masalah simple tapi disusahkan seperti urusan nikah ini, seluruh masyarakat terima bahananya.

  5. Satu perkongsian dan buah fikiran yang baik, suara anak muda adalah aset berharga bagi sesebuah negara. Semoga generasi muda dapat memanfaatkan kelebihan yang ada untuk kebaikan dunia dan akhirat insyaAllah.

  6. Alhamdulillah entri yang penuh dengan isi yang menarik.
    Semoga anak 2 muda peka terhadap isu nie.
    Siapa lagi yang tak mewarisi kalau bukan kita yang muda belia nie.

  7. as salam. kita kena pastikan minat n bakat anak2 muda itu disalurkan ke jln yg betul agar mrka tak terlibat dgn gejala sosial..

  8. bakat yg bermanfaat perlu ditonjolkan dan dihargai…dan perlu digilap.. merekalah pelapis pemimpin kan dtg…

  9. mereka juga perlu diberi peluang untuk menunjukkan bakat apa yang mereka ada…

  10. betul betul betul tu Khir…jgn di pandang remeh suara suara anak2 muda ni…
    perkongsian yang menarik…
    Salam Pagi Jumaat =)

  11. apa yg sy perhatikan masyarakat kita mudah munghukum org muda. pantang silap sikit…cpt je berbunyi…kalu nk membimbing x apa lg…

  12. salam. betul tu…sy setuju pendapat khir :))

  13. Salam…Yg lebih senior perlu membimbing dgn kaedah dan jalan yg betul.

  14. Memang betul apa yang diperkatakan tu… Generasi baru nie ada pelapis kita masa hadapan… Salam Jumaat…

  15. AvatarAnonymous

    moga anak muda kita akan menghargai apa yang di harapkan dari mereka…

  16. Tiada yang tua, tiada yang muda.. sebab tu yang tua dan yang muda kena sama2 berganding bahu untuk realisasikan sesuatu impian atau harapan.. yang muda pun ada yang berkebolehan gak kan.. heee

  17. AvatarRDZ Z

    Suara anak muda adalah suara keramat. Kalau sesebuah negara nak maju, suara-suara ni adalah antara yang perlu didengar kerana majoriti penduduk sesebuah negara adalah terdiri dari golongan muda…Usia muda tak semestinya tak matangkan..Sejarah telah membuktikan..

  18. Jika bakat anak muda itu ke arah kebaikan dan dapat meningkatkan kreativiti mereka mengapa perlu kita halang, sebaliknya berilah sokongan kepada mereka ini. Bekas Presiden Indonesia pernah berkata, "berikan aku 10 orang anak muda, pasti dia akan menggegar dunia".

  19. pkongsian dan buah fikiran yg mnarik bro khir..
    knapa perlu halang klauke arah kbaikan..
    saya sbagai org muda..kadang2 idea or kretiviti yg dilontarkkan..
    memng nampak kurang sesul pada masa kita..tapi pda masa hdapan siapa thu kan.. >)

    klikx3

  20. pelapis negara—-> Anak muda sekarang!!
    singgah dan follow di sini.. jom singgah http://farid-kehidupan.blogspot.com/

  21. Masalahnya orang tua yang masih rasa dirinya muda!

    haha

  22. ..di peringkat masjid/surau, suara muda juga diperlukan….. bakat orang muda mentadbir memang boleh dibanggakan, yang tua2 kita hormati dan sanjung sebagai rujukan bila perlu …mereka harus ikut zaman di mana mereka masih hidup ketika ini jika perlunya perubahan demi perubahan ke arah kebaikan.

    ~PCL
    http://www.nazlee.com
    http://gelagatorang.blogspot.com

  23. AvatarEshamz Halim

    Perkongsian yang menarik bro… walau apa pun Negara kita nanti akan diteraju oleh generasi muda…. mungkin mereka boleh memberi idea2 yang bernas dalam kemajuan dunia skrg ni….. suara org muda juga perlu tetapi kadang2 sering disalah tafsirkan… 😀

  24. xmaju la negara kalau bakat2 org muda dihalang oleh generasi masa dulu.. bagila peluang kepada org muda menunjukkan bakat dlm bidang2 masing2,mungkin kreativiti mereka lebih awesome lg..

  25. aku suka baca entry nie, sangat nuteral dan mempunyai mesej yang jelas..Suara anak muda juga harus diambil kira mereka ini merupakan pelapis bagi mereka yang senior…

    Regards,
    -Strider-

  26. anak muda tonggak masa hadapan..xsemua pendapat anak muda ni tak boleh di ambil kira..mungkin bkn untuk sekarang..masa depan mungkin?

  27. betullah kan en khir
    merekalah adalah pelapis negara

  28. Avatarain diyana

    org muda ni ramai yg berbakat.. cuma mereka x tahu nak channelkan bakat mereka ditempat yg betul je.. 🙂

  29. betul tu, anak muda ni perlu diambil hati mereka, mcm dekat kampung CN, kalau program dekat masjid, jangan terkejut yer sebab ramai yang join adalah anak muda, kenapa ramai yang join? itulah peranan ketua kampung 😉

  30. AvatarAqilah Azmi

    hm bagus betul semua post uncle khir hehe 😀
    betul, sometimes tu hargai lah sikit…………..
    sebenarnya banyak kot idea baru yg lebih mantop hehe.
    wallahu'alam 😀
    tapi betul, dulu zaman rasulullah ramai yg bakat muda muda kan :))

  31. SUARA ANAK MUDA HARI INI SUARA MASA DEPAN …
    Anak muda perlu diberi kebebasan untuk turut sama bersuara dalam tiap tindakan ..
    Mpoga2 hubungan antara ank muda dan orang yg lebih tua dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama insan …

Leave a Comment

CommentLuv badge