Menempuh Alam Persekolahan 2015

Menempuh Alam Persekolahan 2015 – Alam persekolahan
bakal bermula minggu hadapan. Kepada ibu bapa termasuk saya sendiri, ia merupakan
waktu permulaan bagi perubahan jadual kehidupan. Berbeza dengan waktu cuti persekolahan yang agak merehatkan Menempuh kembali alam persekolahan boleh diibaratkan seperti
kembali ke dunia nyata.
SK Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor

Jadual Kehidupan Waktu Persekolahan

Minggu lepas sebenarnya sudah menampakkan kesibukan
bukan sahaja kepada anak-anak, malah buat ibu bapa dan juga warga pendidik. Beberapa perkongsian
dari sahabat-sahabat blogger seluruh Malaysia juga menampakkan kesibukan pra persekolahan 2015 tersebut.
Bermacam-macam borang perlu diisi, begitu juga
menghadiri beberapa sesi pra persekolahan terutamanya kepada anak-anak yang
baru memulakan sesi persekolahan darjah satu dan tingkatan satu. Musim persekolahan dilihat juga sebagai pengalaman yang cukup menceriakan bagi anak-anak
seluruhnya. Semangat baru di tahun baru…
Bagi ibu bapa pula perubahan jadual disebabkan sesi
persekolahan
memang bukan sesuatu yang remeh. Kalau waktu cuti boleh
berlenggang-lenggang pergi bekerja diwaktu pagi, kini agak terkejar-kejar
sedikit. Asbabnya bukan semata-mata kerana anak-anak sahaja tetapi khuatirkan
keadaan jalan raya yang mula sesak kembali. Pasti dirasai di mana-mana apatah lagi di Kuala Lumpur ini.

Cabaran Sesi Persekolahan 2015

Tahun ini keempat-empat anak kami bersekolah di 3 sekolah yang berbeza. Seorang di asrama, seorang lagi baru memasuki
tingkatan 1 manakala 2 orang pula di sekolah rendah yang sama. Anak yang bongsu mula
menempuh alam persekolahan dalam darjah 1 pada tahun 2015 ini.
Alam persekolahan adalah yang paling seronok
Ingatkan KK je kaki selfie.. anak pun sama je.. 😀
Buat yang sulung, 2015 menjadi tahun penting disebabkan beliau akan menduduki peperiksaan PT3.
Kena belajar lebih serius tahun ini. Kena banyak motivasi juga agar dia terus
bersemangat belajar walau pun berjauhan dari keluarga. Mudah-mudahan segalanya
berjalan lancar… aamiin.

Selamat Menempuh Sesi Persekolahan 2015

Tidak sesekali KK lupa buat pembaca yang
masih bersekolah, terutama yang pernah berjumpa dalam program motivasi sekolah dahulu serta sudi mengikuti perkongsian saya selama ini. Diucapkan selamat menempuh alam persekolahan 2015 dengan penuh semangat transformasi yang baru. Semoga berjaya semuanya.
Bagi saya, inilah saat paling indah bila mengenang
kembali waktu di zaman persekolahan
… nostalgia… Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih cemerlang buat semua dalam apa jua bidang yang anda ceburi… aamiin.. 🙂 

Related posts

32 Thoughts to “Menempuh Alam Persekolahan 2015”

  1. zaman sekolah zaman yang paling seronok. dapat jumpa kawan kawan apa semuaaa 😀

  2. semoga urusan kita semua dipermudahkan…

  3. selamat berjaya buat anak-anak KK

  4. Masa begitu cepat berlalu..anak2 pun semakin besar.

    1. abe MKL x perlu risau lagi kan anak2 semua dh besar dh xde yg masih bersekolah rendah kan..so leh la jalan2 jelajah negara..i is jelez tau

  5. Semoga apa yang direncanakan untuk anak2 bakal menjadi kenyataan …Semoga sesi persekolahan yang akan berlangsung dapat ditempuhi penuh dedikasi dan semangat baru …All the best utk anak2 pelajar ..Untuk anak KK juga SELAMAT MELANGKAH KE SEKOLAH ..

  6. Wah…yang kecik pun dah sekolah…
    Anak saya akan mula bersekolah tadika esok…tak tau la macam mana…huhu..

  7. Nostalgia zaman persekolahan…
    Teringat masa jumpa puan mem le tiew…hehe… 😀
    Peace!!!…

  8. selamat kembali bersekolah…bukan anak-anak je, parents pun sibuk jugak ye..hehe

  9. Salam sahabat…

    Anak kedua ni baru nak masuk tadika besok…tak tau camana dia bsok…jgn menangis udah…heh3

  10. Salam singgah sini KK…selamat menempuh alam persekolahan kembali kepada semua pelajar dan semoga anak KK terus berjaya…

  11. As'salam KK, tahniah berjaya didik anak2 hingga ke tahap ni. Teruskan usaha dan berilah anak peluang untuk meneruskan akademik mereka hingga berjaya…semua anak perempuan ke…

  12. hari ini daftar nak ke smk agama Keningau juga sibuk..yang tidak daftar pada 4 hb Jan..terpaksa kami tunggu hingga jam 11.00 pagi baru ada acara akad menerima pelajar baru..appaun jumpa kawan2 sembang tak lah juga boring…

  13. Tiap kali anak masuk sekolah..Mak pun kena sekolah jugak, ambik cuti..hihi

  14. tak sangka anak KK semua dah bersekolah..terharu bila tengok anak2 dah bersekolah kan..

  15. semoga berjaya adik2 semua.. anak sepupu sy pun ada sorg masuk darjah 1. Mungkin dunia baru bg mereka..

  16. Semoga semuanya dapat belajar dengan cemerlang tahun ni.. Amin.. ^_^
    RosmizaAliDotCom™

  17. AvatarAnonymous

    Memang berbagai ragam di awal persekolahan ni. Tak terkecuali Alia. Hehehehehe.

  18. Dunia umpama roda. Dulu mak ayah kita hantar kita sekolah, sekarang turn kita pulak yang hantar anak ke sekolah. Hehe

  19. Bila persekolahan bermula…jadual harian pun akan berubah. Semoga segalanya dipermudahkan.
    Ramai blogger berkongsi kisah…macam2 ada! Manis2 belaka..

  20. hihi ank KK pon pandai selfie jugak tu

  21. selamat kembali ke sekolah….

  22. muka bersemangat nak blaja je semua tu…semoga berjaya buat anak2 KK

  23. family saya dah tak ada dah yg bersekolah.. dah terlepas dari musim persekolahan macam ni.. tunggu ada anak nnti la plak, baru merasa balik.. tapi sbagai parent la.. heheh

  24. Teringat masa arwah tok wan teman zumal kat sekolah masa dulu…

  25. wAH…4 ORG..semua dh masuk sekolah belanja pun besar nih..

  26. Zaman persekolahan adalah zaman yang seronok sebab tak perlu pikir pasal kerja….mana nak cari duit… terkenang gak zaman2 nakal waktu sekolah dulu.. ponteng kelas… panjat pajar sekolah…ekekekekeke…

    Wah!.. 4 org anak KK dah bersekolah skrg ni…. semakin anak membesar..semakin belanjawan juga membesar… 😀

  27. my anak buah semuanya dah x sabar nak sekolah sbb dah boring kat rumah … heh heh heh . saya tengok2 sekolah inti .

  28. dapat bayangkan betapa sibuknya khir…tambah bila semua dah sekolah…noe yg anak 2 pun sibuk jugak…ini kan plak khir…tapi itulah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa

  29. Tu dia..ramainya..pandai berdikari dah masuk asrama

  30. Alhamdulillah hatri pertama sekolah berjalan sempurna untuk anak2 ………

  31. dah nak masuk 2 mggu sekolah, cepat jer masa berlalu 😉

Leave a Comment

CommentLuv badge