Mendaftarkan kad pengenalan anakEkspresi 

Mendaftarkan Kad Pengenalan Untuk Anak

Agak lama saya tidak menjejakkan kaki ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk urusan berkaitan kad pengenalan atau yang sewaktu dengannya. Kali terakhir pun lebih kurang 2 tahun lepas atas urusan mendaftarkan kad pengenalan untuk anak sulung yang telah 12 tahun ketika itu dan menukar kad pengenalan baru yang mempunyai 2 gambar untuk saya dan isteri.
Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Rawang, Bandar Rawang, JPN Rawang

Mendaftar Kad Pengenalan Di JPN Rawang

Pagi Selasa (10/6/14), adalah giliran anak lelaki pula mendaftar kad pengenalan apabila usia beliau baru-baru ini telah pun mencecah 12 tahun. Walaupun merupakan pengalaman kali kedua mendaftarkan kad pengenalan anak, namun inilah pertama kalinya menjejakkan kaki ke Pejabat JPN cawangan Rawang.
Jika sebelum ini, segala urusan seperti ini biasanya dilakukan di Kuala Lumpur. Tetapi, disebabkan kami telah memilih untuk lari dari arus kehidupan metropolitan, bandar Rawang adalah lebih dekat dengan kawasan perumahan kini. Sungguhpun begitu, jarang sekali dapat berjalan-jalan di bandar yang drastik membangun ini kerana kebanyakkan urusan dan rezeki masih lagi meletup-letup di Kuala Lumpur.
Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Rawang, Bandar Rawang, JPN Rawang
Setibanya kami, orang pun tidak berapa ramai. Urusan pendaftaran berjalan dengan lancar, pantas dan selesai tidak sampai satu jam. Oleh itu, anak saya akan menerima kad pengenalannya dalam tempoh 3 minggu seperti yang dimaklumkan kakitangan yang bertugas. Ekspresi muka anak jantan yang pada mulanya suspen dalam bersemangat akhirnya bertukar ceria dan lega… Alhamdulillah.
Entah apa yang disuspenkan pun, tak tahulah saya huhu…
Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Rawang, Bandar Rawang, JPN Rawang
Biar mem yang tulis sebab tulisan dia cantik.. 😀

Pengalaman Mendaftar Kad Pengenalan

Pengalaman pertama kali buat kad pengenalan ini saya lihat amat besar kesannya kepada diri anak-anak sepertimana waktu kita kecil-kecil juga dahulu. Kalau mengikut pengalaman sendiri pun, ingatan
itu masih segar sehingga ke hari ini. Masih lagi simpan kad pengenalan pertama yang telah digunting dibahagian tepinya. Spesifikasi kad pengenalan waktu saya dahulu pun jauh berbeza…

Siapa yang masih ada simpan kad pengenalan lama??… Gambar muka ditengah dan cap ibu jari di bahagian kiri dan kanan gambar muka tu hehee.. nostalgia… 😀 😀

Justeru, saya sertakan alamat dan peta lokasi google untuk memudahkan anda yang berhasrat ke sana.
Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Rawang
Lot 526 & 527
Jalan Bandar Rawang 7
Pusat Bandar Rawang
48000 Rawang
Selangor
Tel: 03 6092 8486

Related posts

41 Thoughts to “Mendaftarkan Kad Pengenalan Untuk Anak”

  1. AvatarRDZ Z

    Suka tengok my parents punya IC lama..So classic..

  2. AvatarIja Rased

    sy masih belum tukar ic baru..kena buat jugak ni.tq for sharing abg khir

  3. Avataracik idah

    Idah pun tak lama lagi la kena buat ic anak nie… 😀
    Rawang lengang yer khir… best la cepat dah selesai…

  4. sekarang dah ada Mykid…anak saya tak teruja sangat..tahun depan Insya Allah tukar Mykid kepada Mykad

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

  5. AvatarVee Sandi

    masih lagi simpan kad pengenalan lama … polos jer muka tu … heh heh . ada jetta blh bawa anak jalan2 .

  6. pernah tengok kad pengenalan ma yang lama tu. hihi 🙂

  7. Avatarikhwan yusuff

    saya tak sempat ic lama tapi pernah tgk mak punya..:DD

  8. ohhh dah besar dah anak bujang abg khir hehe.

  9. AvatarSylarius Yusof

    Saya nak simpan IC lama tu, tapi pegawai pendaftaran tu kata tak boleh. So, diorang terus ambik. Sayang pulak bila dikenang kembali.

  10. nak buat yang baru jugak….nostalgia kan ic lama gambar kat tengah-tengah..

  11. kad pengenalan lama y kaler biru tu kan..mak abah saya ada la kot..masa zaman saya dah pakai y cam sekarang ni cuma gambo itam putih dulu..

  12. takde dah..mane ntah letak!dah lupaaaa 😀

  13. AvatarNurul Hidayah

    Kad pengenalan lama tu kena amik masa buat ic baru.. kalau dapat simpan tentu jadi barang antik.. hahaa

  14. tahniah adikkk..dah dapat ic baru.. 🙂 mesti seronok bila dia baca balik cerita ni masa dia dah besar nanti..ada kenangan..

    saya jugak tak tukar ic dengan 2 gambar tu lagi..bila nak insaf ni..hihi

  15. AvatarAnonymous

    kathy tak sempat lagi guna kad pengenalan lama,sebab zaman kathy dah pakai ic bunga raya tu..

  16. sebenarnya daftar kat cawangan2 macam nie boleh mengurangkan kesesakan cawangan2 kat KL..lagipun kalau dekat dengan rumah memang menyenangkan bila nak amik nanti…hehehe..kad pengenalan lama tu memang nostalgia bro, tapi sayangnya aku tak sempat guna kad pengenalan macam tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

  17. Ic lama kaler biru.. klassik.., tapi sayang takleh simpan, hanya tersimpan dalam memori minda

  18. yeah anak bro khir dah besar ^_^

  19. he..he.. bab tulis2 ni selalunya memng kaum wanita memng cantik tulisanya..
    yup ic lama memg x leh simpan..tak pun diorg akan potong baru bagi balik kat kita 🙂

  20. btul tu khir..bt knangan nti..kad pgnalan lama jie enth ke mane dh.

  21. AvatarEshamz Halim

    Salam Bro Khir…. teringat lak dulu masa aku mula2 dapat IC… bangga ooooo…. siap tunjuk kat kawan2 pastu bila mak aku tau dier simpan… takut hilang katanya… tak sampai 6 bulan ic aku dah hancur sbb mandi ujan…abis lenjun semua…ekekekekeke.. sehingga sekarang, aku rasa dah 5 kali aku tukar IC…ekekeke… yg skrg ni pun nak gi tukar gak sbb alamat rumah dah lain…. cheq eem pun sama gak…alamat kat kampong…pastu muka budak2 lagi…ekekekeke.. 😀

  22. alahai teringat pulak kita masa kecik dulu…
    kepala sengit jer dlm IC tu..bdk2 kan..hihi

  23. Zumal pun dah lama tak pergi JPN… Baguslah kalau urusannya kini lebih cepat dari dulu :))

  24. ingat masa kerja di The Star, PJ dulu..pihak JPN dtg nak tukar ke Mykid. walaupun masa tu sy kerja sementara je kat situ, pihak pengurusan benarkan sy join sekali. Mudah kan? x yah gi ke JPN. masa tu thn 1995. kerja sementara masa cuti 3 bln di UM.

  25. diorg amik blk kad pengenalan yg lama so x simpan la..syedihhh

  26. sgt excited menunggu masa nk buat kad pengenalan masa zman kecik2 dulu..hehe..tp zaman niesa dh pkai mykad..

  27. AvatarNaniey Jemiey

    En. Khir dah ada ank2 yang dah remaja rupanya… hehe

  28. Avataracik idah

    Singgah isi tabung mu.. 🙂

  29. ada… kad pengenalan no bermula huruf A393XXXXXXXX masih ingat lagi no lama…:)

  30. tak ingt dah rupa kad pengenalan dulu… hehe

  31. Hihi.. LM nak jugak buat mykad baru tp tgu ank sulung lah sekali thn dpn dia 12 tahun.

    Malas nk bergambar2 ni, x berapa reti nk senyum nnt x psl2 kena guna gmbr selebet bertahun2:)

  32. Pengalaman berharga..ade IC sendiri..

  33. AvatarAqilah Azmi

    huhuhuhu xD
    qila nak tukar T_T

  34. buat first timer mcm budak2, mmg agak nerves sbb tunggu turn yang lama dan dorang duk fikir mcm mana nak amik gambo..mmg comey 😉

  35. memang pun…besar kenangan pertama kali buat IC tu kann….saya ada IC lama tu, nampak besar jek muka hehe 🙂

  36. diaorg mmg excited khir…dapat IC…tanda dah besar…hehehe…macam anak noe…sikit2 nak tengok ic dia…hehehe…

  37. Teringat pula masa buat kad pengenalan dulu.

  38. anak en khirkhalid dah besar2 panjang rupanya…
    boleh menuntut ilmu parenting dgn khirkhalid dan PCL 🙂

  39. mak saya ada lagi simpan kad pengenalan lama. mestilah kena simpan. memori tu. arwah abah saya punya pun saya simpan. bila rindu, tengok kad tu :')

  40. Kenapa saya punya ic lama dorang ambik masa buat ic baru..? ruginya xleh buat koleksi..

Leave a Comment

CommentLuv badge