Kuantan 188, Menara Kuantan Waterfront, ECERDC,

Menara Kuantan 188 yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Teruntum di Kuantan Waterfront dan dibangunkan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kini telah diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Majlis menyempurnakan penyerahan diadakan di tapak Kuantan 188, yang menyaksikan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail telah menerima kunci menara daripada Encik Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.

Menara Kuantan 188 merupakan mercu tanda ikonik dan strategik terbaru di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Konsep rekabentuk tegak dan meruncing diinspirasikan daripada bentuk hujung bilah lembing, seperti di Jata Negeri Pahang. Rekabentuk dek tinjau pula diinspirasikan oleh bebunga dan dedaun pokok Teruntum Putih.

Majlis Penyerahan Projek Kuantan 188, Kuantan Waterfront, ECERDC.

Menara Kuantan 188 Tertinggi Di Pantai Timur

Mercu tanda ikonik baharu ini merupakan menara tertinggi di Pantai Timur dan menara kedua tertinggi di Malaysia. Ia bakal merancakkan lagi industri pelancongan negeri serta mewujudkan aktiviti limpahan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Menara tersebut adalah sebahagian daripada siri pembangunan untuk menambahbaik Kuantan Waterfront, merupakan sebuah aset premium yang perlu dipelihara dan dioptimasikan untuk penduduk tempatan. Ia juga direka khusus untuk menjadi tarikan pelancongan utama tempatan dan luar negara.

Dari dek pemerhatian menara pada ketinggian 92 meter, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah Bandaraya Kuantan dan Sungai Kuantan yang memukau. Tarikan lain termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter, dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter. Penggemar aktiviti lasak pula boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter.

Pembinaan semula yang bermula pada Ogos 2017 ini telah siap sepenuhnya pada September 2019. Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) telahpun dikeluarkan pada November 2019 dan dijangka bakal beroperasi sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2020.

“Kuantan 188 akan melengkapi tarikan pelancongan lain yang memaparkan kekayaan sejarah, warisan, dan khazanah alam semulajadi negeri Pahang. Dengan dek tinjau, restoran dan aktiviti bersama tarikan di kawasan berhampiran, Kuantan Waterfront akan kekal menjadi tarikan pelancong untuk tahun-tahun akan datang. Ini akan menghasilkan kesan limpahan ekonomi yang merancakkan lagi sosioekonomi ECER, di Pahang” – Encik Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC.

Kuantan 188: Mercu Tanda Baharu Pelancongan Dan Sosioekonomi Pahang

Merancakkan Aktiviti Pelancongan Dan Sosioekonomi

Selain Menara Kuantan 188, projek-projek pelancongan lain di bawah ECERDC yang telah siap di Pahang termasuk penaiktarafan kemudahan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Pusat Penemuan Hutan Hujan (Rainforest Discovery Centre) interaktif di Taman Negeri Endau-Rompin dan Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS).

Projek ikonik ini adalah sebahagian strategi keseluruhan yang telah dirancang ECERDC untuk pembangunan Pahang. Di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0), Pahang dijangka menarik RM31 bilion pelaburan swasta menjelang 2025 yang akan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dan lebih 23,000 peluang keusahawanan.

Negeri Pahang telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam tempoh sedekad lalu sebagai sebuah destinasi pelaburan utama ECER. Pahang telah bertapak kukuh dalam sektor pembuatan, pelancongan, minyak dan gas serta petrokimia di ECER.

Ia dapat dilihat melalui kehadiran para pelabur di taman-taman perindustrian utama iaitu Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Taman Automotif Pekan (PAP), Taman Teknologi Pahang (PTP) dan Taman Halal Gambang.

Usaha-usaha ECERDC bertujuan memberi manfaat kepada rakyat tempatan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan.

Baca lagi: Muadzam Shah Transformasi Hab Tenusu Malaysia

9 Thoughts to “Menara Kuantan 188 Mercu Tanda Ikonik ECER”

  1. Alhamdulillah.Moga ini menjadi satu cara lebih ramai yang suka berkunjung ke Negeri Pahang.Tidak mustahil menjadi salah satu sebab kawasan sekitar menjadi lebih progresif.

    1. Betul tu PC.. saya pun tertarik juga nak berkunjung klu dah dibuka ogos nanti.

  2. menara ini akan menjadi menara kebanggaan baru bagi malaysia selain Petronas
    Munir Ardi recently posted…Anies 0h Anies Blogger Wanita MalaysiaMy Profile

    1. Klu tuan Munir ke Malaysia, bolehlah singgah ke sini juga nanti. Jngn lupa hubungi saya juga ya 🙂

  3. AvatarMarzuki Rmn

    Area ni mmg biasa lalu klu berada di Kuantan. Tahniah.. bertambah lagi lokasi menarik utk berkunjung di Kuantan nanti.

    1. Klu dah dibuka nanti bolehlah santai2 di restoran atas tu.. menarik juga nampaknya tuan.

  4. Lya selalu gak jalan2 lepak kat bawah tu tepi sungai Kuantan tu . Aikk kenapa namanya di tukar. Tak best plak nama baru .. nama lama Menara Teruntum tu dah ok sangat tapi kenapa plak ditukar. Huhuhuhu .. Menara Teruntum ampak skit Pahangnya kat situu ..

    1. Ooo ni kira antara lokasi Lya selalu berkunjung juga ya? Saya pun tak tahu kenapa nama tu ditukar. Pasti ada sebab2 yg patut ia ditukar rasanya.

  5. yeayyy nanti g kuantan nak naik ke sinilah!
    anies recently posted…Đà Lạt, Vietnam: Garden Flower of Đà Lạt City (part I)My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.