socioedu digitalFeatured Keusahawanan Pendidikan 

Memperkasa Usahawan Digital Melalui Modul Sosio Pendidikan

Pembangunan dunia digital semakin berkembang pesat. Semakin hari semakin banyak ruang dan peluang yang terkait dengan pembangunan digital ini. Sama ada melalui lapangan platform percuma sehinggalah yang berbayar, ia adalah peluang yang patut dimanfaatkan.

Begitu juga aspirasi yang diketengahkan dalam perbincangan khusus rakan industri dan wakil institusi pendidikan tinggi yang dihadiri baru-baru ini. Pemerkasaan usahawan digital melalui konteks pendidikan dan keusahawanan sosial juga perlu sentiasa dievolusi selaras arus semasa.

Usahawan Digital Dan Aspek Sosio Pendidikan,

 

Pemerkasaan Usahawan Digital Melalui Sosio Pendidikan

Perbincangan yang diadakan juga merupakan siri daripada beberapa pertemuan, selaras dengan inisiatif pelbagai pihak dalam memperkukuh elemen latihan dan pendedahan. Ia menjadi persediaan penting mendepani kemajuan teknologi digital terutama pembangunan usahawan digital negara.

Antara perkara turut menyentuh perkembangan positif terkini yang telah dilaksanakan dibawah inisiatif Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) menerusi program eUsahawan. MDEC selaku tunjang pemerkasaan digital negara komited melahirkan lebih ramai usahawan digital.

MDEC telah melatih 1,200 lagi peserta pada tahun ini yang menjadikan jumlah keseluruhan peserta program seramai 276,000. Sehingga kini juga, MDEC mempunyai lebih 700 tenaga pengajar, pelatih komuniti dan pensyarah di seluruh negara.

Sejak eUsahawan diperkenalkan pada tahun 2016, ia telah menunjukkan momentum positif yang secara tidak langsung menjadi pencetus galakan kepada pelbagai industri dan institusi untuk senantiasa menambahbaik pengetahuan digital selaras perkembangan global.

Baca juga;
Kajian Landskap Pasaran ICT Asean MDEC
Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0

Usahawan Digital Dan Aspek Sosio Pendidikan,

 

Menyuntik Kesedaran Usahawan Digital Melalui Sosio Pendidikan

Sebagai antara usahawan yang terlibat dalam pembangunan program motivasi segmen sosio pendidikan dan pembangunan modal insan, saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan MDEC atas peluang, penglibatan dan pendedahan dalam beberapa siri pemerkasaan digital.

Ia menjadi input penting dalam memperkukuh kesedaran intelek dikalangan penuntut institusi. Pendedahan praktikal sosio pendidikan juga melalui sokongan rakan industri menyaksikan ramai dikalangan penuntut yang cenderung mengoptimasi peluang kemudahan digital kini termasuk menyertai program eUsahawan dibawah MDEC.

Malah, komitmen juga dapat dilihat melalui sokongan rakan industri tunjang seperti Google Ignite, IBM, Microsoft dan beberapa lagi syarikat multinasional juga amat membantu elemen sosio pendidikan yang mampan dalam memperkasa bakal usahawan digital dikalangan penuntut institusi.

Usahawan Digital Dan Aspek Sosio Pendidikan,

 

Kesimpulan

Secara keseluruhan kini memperlihatkan semakin ramai penuntut generasi muda semakin mendalami pengetahuan digital secara menyeluruh. Tidak hairanlah, persaingan digital bakal semakin sengit di pelbagai peringkat industri pada tahun-tahun mendatang.

Begitu juga hasil memperkasa usahawan digital melalui aspek sosio pendidikan. Setiap modul melalui penglibatan pelbagai pihak dan pakar industri akan senantiasa dinilai. Kami akan sentiasa menambah kerjasama erat dikalangan rakan dan pakar industri dalam memperkasa input pengisian dan rujukan selaras perkembangan semasa.   

Biar pun sedikit pengetahuan digital, ia perlu dimanfaatkan mengikut kemampuan dan kebijaksanaan. Bukan sekadar ‘fun-time’ atau tambah pendapatan, tetapi dapat juga dimanfaatkan demi memperkasa aspirasi keusahawanan dan kerjaya dalam persaingan era digital dan globalisasi.

Baca lagi;
> Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Oleh Dr Paul LeBlanc
> SocioEDU – Motivasi Sosio Pendidikan Dan Modal Insan

Related posts

9 Thoughts to “Memperkasa Usahawan Digital Melalui Modul Sosio Pendidikan”

  1. Inilah solusi positif untuk membendung hal kurang baik dikalangan anak muda…tarik perhatian dan minat mereka ke arah menjadi usahawan berteraskan era digital..kalau dilihat…boleh dibahagi tiga…era tradisional dan era digital dalam bidang keusahawanan serta gabungan kedua-duanya..digital dan tradisional.

    1. Betul tu PC.. secara tak langsung menyuntik idea dan motivasi kpd generasi kini utk lebih kreatif dlm kerjaya mereka. Saya setuju, walaupun dunia dah digital, tapi elemen tradisinal tu mmg tetap perlu diperkukuhkan juga.. baru lengkap.

  2. Semakin ramai penyertaan generasi muda dalam sektor keusahawanan. Program yang bertujuan memperkasa usahawan digital aspek sosio pendidikan ini akan mampu melahirkan ramai usahawan yang mahir dan menguasai ilmu teknologi dan kreatif.

  3. Semoga generasi akan datang dapat bersaing dan mengambil peluang dalam dunia digital ini…

  4. Pengetahuan dan skill juga harus seiring dengan perkembangan semasa…

  5. bc entry ni sy teringat dr irfan khairi yg dari dulu mengajak org ramai berniaga on9

Leave a Comment

CommentLuv badge