Memperkasa Modal Insan Dan Dominasi Pasaran Digital

Memperkasa Modal Insan Dan Dominasi Pasaran Digital – Tahun 2020 ini merupakan tahun yang mencabar buat kebanyakkan orang. Krisis Covid-19 sememangnya menjadi asbab utama yang merubah cara hidup kita dalam mendepani cabaran kehidupan.

Setelah lebih 7 bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan sehinggalah bermulanya kehidupan norma baharu, kita pastinya menantikan input yang diharapkan pada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 November ini.

Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Belanjawan 2021 akan memberi penumpuan kepada empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, ia turut memberi tumpuan kepada usaha merancakkan semula ekonomi dan memulihkan keyakinan pelabur serta pengguna disebabkan krisis Covid-19.

Impak Wabak Terhadap Pasaran

Penularan wabak ini menjadi faktor utama yang memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi serta perubahan trend pasaran di seluruh dunia. Ia juga memaksa sebahagian besar masyarakat untuk memanfaatkan platform dalam talian sebagai landasan paling selamat.

Oleh itu, pelbagai urusan melalui platform dalam talian telah meningkat secara drastik dan menjadi sebahagian norma baharu bagi memenuhi kepentingan kerjaya, perniagaan serta kehidupan.

Kita juga seharusnya berterima kasih atas usaha kerajaan yang telah menerajui transformasi digital negara sejak sekitar 3 tahun lalu dengan peruntukan menyediakan prasarana digital berjumlah berbillion ringgit bagi menyokong peralihan industri keempat. Ia turut menjadi faktor yang membantu mempermudahkan pelbagai urusan melalui platform dalam talian dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun terpaksa berhadapan PKP.

Keupayaan digital ini sebenarnya telah tersedia bagi memudahkan kita menerokai potensi pasaran digital tempatan mahupun global.

Namun, disebalik usaha berterusan negara menambahbaik prasarana digital, pengalaman krisis ini juga telah menyedarkan ramai dikalangan usahawan tempatan terutamanya sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang 38.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terhadap ketidaksediaan mereka menguasai potensi pasaran digital. Ada antaranya terpaksa bergelut untuk terus bertahan, tidak kurang juga yang gulung tikar.

Pergerakan fizikal yang terbatas menjadi faktor melemahkan daya saing perniagaan dalam menandingi penawaran produk-produk luar negara yang masuk ke pasaran tempatan melalui kewujudan laman e-dagang dan online marketplace.

Malah ia semakin mendapat sambutan disebabkan akses urus niaga dalam talian yang efisien. Penguasaan pasaran secara maya ini turut menjejaskan permintaan pengguna terhadap prouk-produk tempatan yang kebanyakkannya masih lagi bergantung kepada urus niaga secara fizikal.

Memperkasa Dominasi Pasaran Digital

Justeru itu, tumpuan Belanjawan 2021 dalam usaha pemulihan dan merancakkan semula ekonomi antaranya adalah agar dapat terus memperkasa ekonomi digital dengan menggalakkan lebih banyak penglibatan PKS menguasai pasaran digital.

Ini merangkumi pengukuhan platform e-dagang, pengurusan laman web dan media sosial serta penglibatan marketplace, disamping latihan dan bimbingan keusahawanan digital dengan lebih giat.

Selain terus menambahbaik inisiatif pemulihan melalui pakej ransangan, bantuan dan pinjaman, adalah diharapkan agar Belanjawan 2020 dapat terus memperkukuh kemahiran modal insan usahawan dalam dominasi pasaran digital bagi menjana permintaan pelanggan dan meluaskan prospek pasaran tempatan dan global.

Adalah diyakini ia juga dapat menjadi pemangkin dalam membendung penganguran, mempertingkatkan eksport dan menyumbang kepada pengukuhan ekonomi norma baharu yang progesif, in shaa Allah.

Baca lagi: Tips Bina Kredibiliti Laman Web Dengan Google

3 Thoughts to “Memperkasa Modal Insan Dan Dominasi Pasaran Digital”

  1. Perlu kuasai ilmu bisnis norma baharu

  2. Saya setuju dengan Tuan Khir Khalid, bahawa impak wabak adalah faktor utama terjejasnya sektor pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, strategi dalam memperkasa modal insan dan dominasi pasaran digital wajar disambut baik oleh semua.
    Coffee Gold 916 recently posted…Cara penyediaan Coffee Gold 916My Profile

  3. Ada peniaga terpaksa tutup perniagaan tetapi ada juga yang bertahan dalam tempoh covid-19. Paling dahsyat bila semakin ramai orang yang dihentikan kerja.

    Kena cari juga peluang dalam norma baharu untuk tambah pendapatan.
    Kerja Sendiri recently posted…Gunakan duit KWSP i-Sinar untuk berniagaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.