Memperkasa Integriti Umat Islam.

Akhir-akhir ini, aku sering terlibat dalam
perbualan yang melibatkan topik integriti.
Sewaktu mesyuarat atau urusan kerja dengan pelbagai pihak, perkataan integriti
ini sering diperkatakan.  Kebiasaannya ia
akan merujuk kepada perlakuan individu dan terkait dengan organisasi, institusi
mahu pun agensi. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan integriti ini?
www.khirkhalid.com
Institut Integriti Malaysia
Menurut Kamus Dewan; Integriti ialah kejujuran, ketulusan, dan keadaan yang
sempurna dan utuh
. Berdasarkan rujukan maksud integriti yang ditaja
kerajaan memberi definasi sebagai “kualiti
unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu atau sesebuah
organisasi
.” Oxford Dictionary pula mendefinasikan integriti sebagai : “The quality of being honest and having
strong moral principles, the state of being whole and undivided and the
condition of being unified or sound in construction.
Berdasarkan pemerhatian dan rujukan, aku simpulkan
bahawa integriti berkait rapat dengan nilai etika dalam perlakuan individu dan
mampu memberi kesan kepada organisasi dan masyarakat seluruhnya. Etika bukanlah
undang-undang tetapi mirip kepada prinsip akhlak, moral, adat, dan peraturan.
Ia berkait rapat dengan kejujuran, ketelusan dan kesopanan dalam kehidupan,
sosial dan juga dalam setiap profesion kerjaya. Malah integriti sebenarnya
didirikan bersandarkan maksud etika. Ia sememangnya penting untuk membentuk
kehidupan yang makmur dan harmoni. Individu yang berintegriti pasti akan
melaksanakan sesuatu tugasan atau misi yang diamanahkan dengan telus dan
bertanggungjawab.
www.khirkhalid.com
Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia
Aku bukanlah seorang ahli pemikir yang bijak,
tetapi sebagai Muslim aku berpendapat bahawa faktor utama yang penting untuk
memperkasa sifat integriti adalah melalui penerapan iman. Konsep tunjang
integriti sebenarnya telah sedia tertanam dalam Rukun Iman. Meyakininya dapat
membentuk integriti diri yang lebih baik mengatasi pujian, pengiktirafan, bonus
atau pangkat semata-mata. Jika kita meyakini rukun iman pasti ia mampu
membentuk sifat amanah, tekun, rajin dan ikhlas dalam peribadi dan perlakuan
seharian kita.
Sifat dan perlakuan khianat, tidak amanah, tidak
bertanggungjawab, mengambil kesempatan, curi tulang, makan gaji buta, korupsi
dan pelbagai lagi anasir negatif pasti akan dapat dihindarkan. Berpegang kepada
Rukun Iman sebagai tunjang kehidupan, kita yakin bahawa Allah swt sentiasa
melihat perlakuan dan malaikat tidak pernah lalai mencatat amalan kita. Kita
percaya kepada Al Quran dan kitab, rasul dan nabi, hari kiamat dan juga qada’
dan qadar’ ketentuan Allah swt. Individu yang beriman pastinya mampu mengawal
diri, peribadi, organisasi atau kehidupan ke arah kebaikan kerana dia pastinya
dapat memiliki integriti sebagai seorang pemimpin yang baik.
Justeru, apa pendapat anda… Wajarkah penerapan
Rukun Islam ini dijadikan modul serta panduan utama umat Islam dalam
memperkasakan nilai integriti diri untuk kerjaya dan kehidupan?
Sesungguhnya ini juga menjadi peringatan buat diri
aku. Mudah-mudahan menjadi perkongsian yang baik buat kita semua.. in shaa
Allah.
Salam Hormat, Salam Berkat.

Related posts

29 Thoughts to “Memperkasa Integriti Umat Islam.”

  1. AvatarFarah Waheda Wahid

    integriti itu memang penting dan tidak dinafikan… hurm, apa2 pun ini adalah satu buah fikiran serta pendapat yang baik dan terima kasih di atas entri ini abang KK…

  2. AvatarMyCherita

    saya sgt bersetuju dgn pandangn tuan tentang penerapan rukun Islam sbg panduan utama umat Islam dlm memperkasakan nilai integriti… menabung digi 2x.. ^_^

  3. Avatarain diyana

    sgt wajar!!!

  4. AvatarAyu Zan

    integriti ni perkara wajib dlm diri. . kalau rukun islam jadi dasar dlm peribadi hidup, in sha allah xde lah benda-benda tak baik tu kita buat.

  5. AvatarAnne Nurain

    lecturer sy cakap, integriti tu "doing something good w/o others know it".. hehe.. lebih kurang camtu la ayat nya.. hehe..

  6. AvatarHuny eda

    sangat setuju..thnks perkongsiannya khir

  7. AvatarYumida Huda

    yumida sependapat dgn abg khir. integriti boleh terbentuk dgn pegangan kukuh pd rukun iman. seorg muslim yg patuh pd suruhanNya n meninggalkan larangannya, dlm x sedar integriti tu sudah tersemai dlm dirinya. teringat pulak konsep 1 malaysia yg last tu, pasal integriti gak. sememangnya integriti ni penting dlm melakukan pekerjaan kita. konsep yg bernas diusul oleh PM kita.

  8. Assalamualaikum khir, thanks kongsi maksud integriti tu.. baru sheila faham sedikit. singgah menabung darlie, digi dan inti sini~~~

  9. saya juga setuju sebab itu adalah asas kepada seseorang islam

  10. kalau rukun islam itu wajib ,
    bermakna wajib juga lah integriti dlm diri kita …

  11. AvatarRDZ Z

    Pasti khir..Integrity is part of our life kan. Sebuah organisasi, sooner or later akan runtuh without integrity..

  12. AvatarRDZ Z

    Whisper 2X for you..

  13. Avatarikhwan yusuff

    pencerahan yg baik En.Khir…selalu dgr integriti tapi maksud tu kurang faham….terima kasih atas pencerahan ini..:DD

    1. Avatarikhwan yusuff

      klik2 darlie untuk En.Khir..:Dd

  14. Integriti perlu ada pada setiap individu. Thanks atas perkongsian.

  15. saya sokong …..semoga usaha diberkati Allah…klik tabung anda juga.

  16. agreed khir..kalau rukun iman itu dijadikan tunjang hidup insyallah tiada masalah akan timbul..berbicara tentang intregriti dan etika ini ia memang berkait rapat dengan keperibadian orang itu sendiri…menabung inti sini..

    Regards,
    -Strider-

  17. seharusnya berintergrity iti ciri2 yg sepatutnya terdapat dalam diri seorang msulim.. islam mengajar kita agar menjauhi sifat orang munafik (cakap jangan bohong, janji jangan mungkir, amanah jangan khianat) dan banyak lagi nilai2 murni yg diterapkan dalam islam.. tapi sayangnya ramai orang yg mengaku islam ni tak membudayakan amalan tersebut..

  18. Integriti? Kalaulah semua rakyat Malaysia ni berintegriti mungkin sikit je masalah jenayah berlaku. Kan?

  19. Bunda setuju dan sokong…integriti perlu ada dalam diri setiap individu….
    Terima kasih atas entri ini…

  20. AvatarEshamz Halim

    Perkongsian yang sungguh berguna buat kita semua… kat opis ni pun selalu di ingatkan mengenai integriti ni…. maklum ler penjawat awam mmg kena tau dan mengamalkan perkara ni tp bukan di opis sajer perlu berintegriti tapi mesti pada setiap masa…. 😀

  21. iman adalah tunjang utama dalam membentuk sahsiah dan jati diri..integriti satu perkataan yang kian digunakan dan membawa maksud yang mendalam..

  22. Memahami dan menghayati maksud belum mencukupi…ianya haruslah di jadikan amalan, barulah sempurna. Setelah berjaya…sebarkan. Semoga kita terus berubah menjadi lebih baik dan berintegriti dalam masud yg sebenar2nya.

  23. AvatarAffy Afiqah

    ika setuju, sebagai umat Islam seharusnya kita menerapkan ciri2 Islam dalam setiap apa yang kita lakukan, tak kira laa dari segi kerja, kehidupan harian dan sebagainya..insyaAllah, islam itu laa yang akan pimpin kita untuk jadi seorang insan yang berintegriti 😉

  24. AvatarAnonymous

    alhamdulillah..perkongsian yang baik dan bermanfaat..semoga kita akan menjadi manusia yang mempunyai integriti..

  25. kpd yg beragama islam…sudah pasti penerapan Rukun Iman elok dijadikan sbg panduan dan ikutan…ketiadaan nilai integriti dalam sesebuah syarikat, boleh melenyapkan atau meruntuhkan syarikat tersebut…

  26. Betul2.setakat hafal, faham tapi x amalkan dan x cuba faham secara mendalam rukun iman hanya sekadar rukun semata2

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.