memahami remajaPendidikan 

Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial

Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial – Baru-baru ini saya telah membaca beberapa rujukan intelek pengkajian sains sosial berkenaan isu remaja dalam konteks perspektif sosial. Ia adalah teori yang dihasilkan dari pemerhatian serta penyelidikan terperinci oleh yang berkelayakan. Walaupun nampak ‘simple’, ia berbeza apabila dikupas sebagai bahan rujukan pengkajian. Justeru, terpanggil untuk saya kongsikan sebagai rujukan berkaitan jika diperlukan nanti.
Remaja Dari Perspektif Sosial

Konsep Remaja Dalam Pengkajian Sains Sosial

Terlebih dahulu, semangat saya sedikit kendur apabila ada diantara artikel-artikel berkaitan isu sosial telah di’copy paste’ oleh lanun-lanun blogger yang tidak beretika. Namun atas minat berblogging yang masih teguh, saya tulis juga dari masa kesemasa demi sokongan kerjaya. Cuma, haluan berblog perlu diperkemas agar tidak menjadi seperti Titanic. Makanya, kalau artikel ini pun mahu di’copy paste’ masukan sekali perkataan Khir Khalid ini… Sesungguhnya, bukan tidak suka ilmu dikongsi tetapi biarlah dengan cara yang elok. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.
Berbalik kepada konsep remaja dalam pengkajian sains sosial, kategori remaja adalah golongan yang berumur antara 12 hingga 21 tahun. Ini bermakna, seseorang itu dikategorikan sebagai remaja bermula seawal tingkatan 1 lagi. Remaja normal, membesar dengan kematangan seiring perkembangan fisiologi tubuh badan, manakala dari segi psikologi, remaja adalah waktu peringkat peralihan yang menghubungkan usia antara peringkat kanak-kanak kepada dewasa. Tahap pemikiran seseorang remaja pula berkembang mengikut pendidikan, persekitaran dan sub-budaya yang diserap dikalangan mereka sepanjang dalam tempoh garis usia peralihan tersebut.
Remaja Dari Perspektif Sosial

Teori Pembentukan Personaliti Sosial Remaja

Pada usia remaja, seseorang akan mengalami pelbagai perubahan drastik termasuk perubahan emosi, jasmani dan sosial. Pada peringkat ini emosi seseorang remaja mudah terganggu walaupun dari segi penerampilan fizikalnya jelas bertenaga. Inilah juga peringkat waktunya setiap remaja menempuhi masalah kecelaruan identiti serta personaliti keperibadian diri.

Mereka kebiasaannya sukar ditegur, sensitif dan memberontak secara nyata atau senyap. Mereka adalah golongan yang mudah terarah untuk ‘mencuba’ dan sukar untuk berkata ‘tidak’ kepada diri sendiri. Remaja juga akan mengalami peringkat perubahan emosi dimana mereka mula tertarik kepada berlainan jantina dengan perasaan yang berbeza dari sebelumnya. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Namun kesemua perkara tersebut perlu dikendalikan sendiri oleh individu remaja itu berbekalkan pengaruh dan bimbingan ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat seluruhnya yang diserap secara separa sedar.

Identiti keperibadian seorang remaja berdasarkan konsep keremajaan iaitu ‘siapa diri mereka sebenar’ hanya boleh terbentuk melalui persepsi sendiri yang diserap melalui persekitaran alam kehidupan mereka. Jika remaja itu gagal menyerap kesemua elemen dengan harmoni, atau terdapat banyak elemen negatif berbanding positif, ia mampu menjejaskan psikologi mental mereka apabila memasuki alam dewasa dan sukar dipulihkan.


Dalam perkara ini, saya jadikan isu ‘copy paste’ atau ‘plagiarisme’ sebagai contoh dalam pembentukan personaliti sosial. Pengaruh negatif yang banyak diserap ketika alam remaja menyebabkan lanun-lanun keyboard ini menjadi selesa dengan ‘plagiarisme’ sehingga dewasa. Ia berpunca dari pengaruh ibu bapa, keluarga atau rakan mereka yang kuat meniru, maka pembawakan itu kekal sehingga dewasa. Maaf jika contoh yang diberikan ini kasar tetapi itulah hakikatnya jika berpandukan konsep sains sosial keremajaan yang diguna pakai oleh pengkaji sosial diseluruh dunia. Pengaruh persekitaran sepanjang waktu remaja itu yang membentuk personaliti dan tingkahlaku sosial seseorang dalam kehidupan mereka apabila dewasa.
Seringkali juga kita dengar mengenai pelbagai kerenah golongan remaja. Mereka berpeleseran, melepak, lari dari rumah, terjebak dengan dadah, rempit, bohsia dan merogol serta pelbagai lagi masalah keruntuhan moral. Apakah remaja semuanya bermasalah? Kenapa situasi remaja masa kini menjadi sedemikian rupa? Justeru, segala rujukan berdasarkan konsep dan teori saling terkait dengan catatan di atas. Solusinya terletak ditangan individu itu sendiri. Hakikatnya tidak kurang juga golongan remaja yang mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Cuma, golongan remaja bermasalah mendapat
lebih isu pelbagai pihak termasuk para pengkaji sosial, para pendidik dan juga masyarakat.
Remaja Dari Perspektif Sosial

Pengaruh Persekitaran Membentuk Personaliti Remaja

Tidak guna menuding jari kerana semua pihak perlu bertanggungjawab memahami remaja dari perspektif sosial demi menangani dan mengekang permasalahan ini. Dalam konteks keremajaan dan alam kehidupan, kita sebagai orang dewasa perlu bersama-sama mencari jalan berdepan dengan golongan remaja dengan cara yang sesuai. Sebagai ibu bapa mahupun individu dewasa seluruhnya, perlulah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik kepada seluruh generasi muda.
Kepimpinan melalui teladan… Ia perlu bermula dari kita sendiri sebagai orang dewasa, dari segi perbuatan, tingkah laku dan sikap agar minda mereka menyerap perwatakan baik menjadi sebahagian identiti diri mereka dikemudian hari nanti. Ini menjadi peringatan buat saya juga… in shaa Allah.

Related posts

41 Thoughts to “Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial”

  1. Pedas, panas, berbisa dan bermanfaat.

  2. tula bila hasil tulisan kita di copy paste memang akan ada rasa kecewa..
    apa pun saya selalu baca tulisan khir ni sebab banyak ilmu dikongsikan & buatkan saya tak tahu nk komen apa..

  3. Penting bg seorang guru memahami jiwa remaja utk takle pelajar..cn lebih prefer jd kn pelajar sbg adik2 supaya gap dpt dikurgkan, student mmg suka ckgu yg friendly tp tegas 😉

  4. setuju dengan entri khalid, pengaruh persekitaran,jati diri dan institusi kekeluargaan yang mencorakkan personaliti remaja itu sendiri.

  5. fasa paling kritikal dlm pembentukan diri sebagai seorg manusia…

  6. Assalamualaikum dan singgah khamis Khir…segalanyer bermula dari diri kita…di alam kanak2 kita di didik oleh ibubapa..di alam persekolahan kita di didik oleh guru kita..di alam remaja kita yang mencorak kehidupan kita hinggalah kita bersikap lebih dewasa….terima kasih di atas perkongsian ini….

  7. remaja perlu berhati-hati dalam memilih kawan.sebab dalam peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa memang banyak cabaran.

    mungkin abang Khir boleh try guna widget 'disable text selection' untuk mengelakkan artikel diplagiat.

    1. Klu dah lanun apa cara pun dia nak plagiat akan dibuat juga Sal hahaa. Lagi pun, kesian pula kat sesiapa yg ikhlas nak print utk rujukan pembelajaran atau perkara2 baik yg lain .. hal2 mcm tu saya mmg tak kisah. Bila dah disable tu, apa pun tak bleh, takut2 seo yg tak seberapa ni pun terkesan jugak.. 😀

  8. Assalammualaikum… khir,

    zaman remaja adalah zaman yang terindah di dalam kehidupan… zaman yang baru mengenali kehidupan. Pernah dengar dengan kata nie kan… "Untuk melihat masa depan sesuatu bangsa atau negara itu lihatlah pada remajanya…

    mselim3

  9. Zaman remaja sekarang lebih mencabar dari zaman remaja dahulu. Sekarang ibubapa dan guru perlu mengambil pendekatan yang lebih mesra dengan remaja. Tidak perlu menggunakan pendekatan fizikal tapi lebih kepada psikologi.

  10. memang remaja sekarang cepat terpengaruh..sebab tu kita kena tunjukkan tauladan yang baik..

  11. apa-apa pun bermula dari kita sebagai orang tua…

  12. Kita kena buat postmortem budaya kita, tingkah laku kita untuk melahirkan generasi depan yang lebih baik kerana semuanya adalah kerana kita dan kerana kita juga mereka wujud ^_^

  13. Setuju denga pendapat saudara. Saya tertarik dengan kata-kata saudara:

    "remaja yang bermasalah mendapat lebih perhatian pelbagai pihak.."

    Memang betul, persekitaran adalah antara faktor utama yang mempengaruhi seseorang remaja. Apabila kita lihat daripada konteks yang lebih besar, jika remaja-remaja contoh yang berketerampilan lebih diketengahkan dan diberikan highlight, pasti ini akan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.. remaja gemar mencuba perkara baru, tak kiralah baik atau buruk. Jika perkara baik yang lebih diketengahkan, maka baiklah yang diikuti dan sebaliknya.. sekadar pandangan. 🙂

  14. Yg part akhir tu mmg setuju… Diorg mmg suka tgk org sekliling… Dan mengikut org sekeliling..

  15. persekitaran yang baik membuahkan hasil yang baik..begitu juga kawan yang baik pasti akan memimpin kawannya kearah kebaikan..

  16. Tanggungjawab untuk mendidik para remaja bukan hanya kepada ibu bapa… tetapi kepada kita semua masyarakat yang dewasa ini… patut memberikan contoh yang baik kepada mereka…

  17. 12-21 tahun.. nmpaknya saya ni dah x remaja dah la.. heheh

  18. terima kasih atas perkongsian khir…sebagai seorang ibu…info2 seperti mmg amat berguna…peranan kita amat penting dalam memantau perkembangan mereka…

  19. Zaman remaja yang penuh dugaan. Masa ni lah paling mencabar untuk kita semuakan. Semua perkara nak dicuba. Kalau tak kuat iman memang boleh terbabas…

    1. Another 1 min cabaran kotex for you..

  20. salam. bagus entri ni untuk golongan remaja..:)

    p.s sy ingatkan sy masih remaja..bukan rupanya ye hehhe

    p.s menabung sony

  21. Setuju dengan kupasa Khir diatas, zaman remaja zaman peralihan mencari identiti diri.. perlukan sokongan dari semua pihak terutama orang terdekat.. Nurul harap Khir terus sabar menghadapi masalah plagiat ni, Ia sukar dibendung dan mustahil untuk disekat selagi tidak timbul kesedaran dalam diri pada pihak yang terbabit.. Teruskan perjuangan ye Khir 🙂

    1. kupasa pulakk.. kupasan la.. hehee

  22. baik persekitaran, baik la telunjuknya… hidup sha dulu pun umbang ambing hasil persekitaran yang kurang sihat ni.. menyesal pun ada, tapi takpela… jadikan teladan untuk jadi lebih baik kan ^^

  23. Zaman peralihan….pelbagai cabaran

  24. AvatarAnonymous

    Pada peringkat remaja jerawat pun mula tumbuh..hehe..

  25. Salam… remaja mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan-rakan dan sosial media yang berada di sekeliling kita. Hanya mereka sendiri perlu mengawal ke arah mana nak di tuju dan bimbingan ibubapa, sanak-saudara dan masyarakat adalah digalakkan.

  26. masa remaja lah, diorang nak cuba macam-macam. sebab tu macam abang Khir cakap, apa yang kita cakap tak boleh, itu juga yang dibuat nanti karang. tapi masalahnya kita risau sebenarnya. but they don't know about it. because they are not matured yet.

    bila sorang budak dah tersesat, tak bermakna dia akan sesat selamanya. kita jangan suka menuding jari. ha, tu anak si polan lah tu. tak reti nak ajar anak bagai. jangan sampai bercakap dengan cermin.

    adik kepada cikgu saya, once, jadi lelaki paling gangster dekat tempat tu. semua orang takut. tapi bila dah berubah, dah kahwin, dah ada anak, dialah bapa paling penyayang sekali cikgu saya pernah tengok.

    salah seorang warden dekat mrsm dulu pun sama. daripada suka bercakap kasar, menengking. sekarang ni, suara dia paling lembut *as in masih lagi lelaki. and dia paling hebat dalam back up orang tak bersalah. tak macam dulu.

    macam mana boleh jadi macam tu? sebab sokongan yang padu dari orang lain. manusia ni senang nak berubah sebenarnya. tapi bila orang sekeliling buat dia macam sampah yang dia buat jadi memberontak and terus jadi jahat sampai sudah. hmm.. rasa macam terpesong lak komen ni. maaf ye.

  27. AvatarAnonymous

    pengaruh kawan + pengaruh persekitaran = dewasa

  28. info yang sangat2 menarik..
    tq atas perkongsian anda..

    jemput blogworking
    http://www.yatiadam.com

  29. info yang sangat berguna…sangat bermanfaat..
    jemput blogworking
    http://bit.ly/1tg1Ppj

  30. zaman mencari identiti..mmg sgt mencabar.. alhamdulillah dah berjaya menempuhi zaman ini.. nice sharing en.khir.. 🙂

    1. Suka dgn perkongsian ni.mmg keliru dengan identiti waktu ni.nasib baik berjaya diharungi dgn jayanya

  31. Lately nie jarang pula nampak nuffnang nie beriklan…

  32. Remaja hany sekali..harungilah saat2 remaja anda dgn membuat benda2 yg berfaedah..semoga ank2 kita akan dtg berjaya mengharunginya dgn kejayaan…

  33. Entri yang menarik dengan kupasan yang mantap. Cara masyarakat kita memahami remaja hari ini masih lagi alami kesukaran seolah-olah kita semua tak pernah tempuh alam remaja. Mungkin, rutin harian golongan dewasa hari ini yang sangat sibuk membuatkan jurang sosial antara remaja dan dewasa (ibu bapa) makin meluas.

  34. saya kena sangat contoh tu
    saya dulu masa belajar dekat uitm memang selalu jadi mangsa copy n paste
    saya kalau buat assignment memang jenis buat betul-betul
    tapi bila dah kena copy n paste, elok boleh dapat A dapat B aje
    lecturer kata untung dia bagi lulus juga
    idak dia bagi fail sebab tak tahu sape yang original, sakit hati bila teringat
    kawan yang meniru tu pula memang dari persekitaran sentiasa senang
    kalau dia fail pun, bapak dia boleh bagi dia kerja
    tapi saya ni? geram

  35. Saya tertarik dengan tulisan Anda.
    Saya juga mempunyai artikel mengenai psikologi yang bisa anda kunjungi di http://www.leppsi.gunadarma.ac.id

Leave a Comment

CommentLuv badge