Meet My Employee, Pembangunan Modal Insan Pelajar,Pendidikan 

Meet My Future Employer Menyuntik Kepentingan STEM

Meet My Future Employer Menyuntik Kepentingan STEM – Pemerkasaan modal insan merupakan antara perkara penting era informasi teknologi masa kini. Pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan tinggi, ahli akademik, perunding dan warga pendidik juga turut sama memikirkan kaedah terbaik menyuntik persediaan dan kesedaran kepada pelajar.
Atas aspirasi tersebut, program Meet My Future Employer diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran dan minat pelajar sekolah menengah terhadap kepentingan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic) dalam mendekati serta memahami tuntutan industri.
STEM, INTI, Meet my future employer,

Program Meet My Future Employer

Meet My Future Employer merupakan program pembangunan insan akademik-industri, mendekati pelajar sekolah menengah dalam menyuntik minat, meningkatkan kefahaman serta kesedaran tentang kepentingan STEM sebagai aspek penting masa kini dalam membina kerjaya mampan.
Ia menyaksikan penyertaan lebih 350 pelajar sekolah menengah dari pelbagai sekolah di Malaysia. Meet My Future Employer dianjurkan dengan kolaborasi 6 syarikat bertaraf multinasional yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang industri.
Aktiviti yang dilaksanakan membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah melalui penyertaan lawatan ke Microsoft Malaysia, Fuji Xerox Asia Pasific Pte Ltd, On-Semi Conductor, Top Glove, George Kent (Malaysia) Berhad dan ASEAN Data Analytics eXchange (ADAX).
Microsoft, Meet My future employer, STEM, INTI,

Kepentingan STEM Dalam Pembangunan Modal Insan

Pengisian induk memperkenalkan pelajar dengan melawat lokasi bagi melihat sendiri setiap elemen pekerjaan yang dilaksanakan. Penerangan terperinci turut disampaikan oleh pakar industri tentang fungsi dan keperluan utama industri, etika budaya kerja serta membina peluang kerjaya masa hadapan.
Ini juga antara modul pemerkasaan intervensi pembangunan insan yang dilaksanakan bagi menerapkan kefahaman menyeluruh kepada generasi muda agar lebih bersedia terhadap persaingan tempatan dan global. Selain itu, turut menterjemahkan komitmen dalam melengkapkan lagi sistem pendidikan selaras keperluan masa kini.
Sememangnya pengisian Meet My Future Employer dapat memberi pendedahan dari aspek akademik dan praktikal kerjaya kepada semua pelajar terlibat. Ia menjadi antara inisiatif penting dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan STEM sebagai platform pendedahan praktikal modal insan.
Fuji Xerox, INTI, Meet My Future Employer, STEM,

Pemerkasaan Sosio-Pendidikan Strategik STEM

Melalui ruang komunikasi terus antara pelajar dengan pakar industri juga dapat membina reputasi kepimpinan pelajar. Pendekatan ‘akademik melalui industri’ ini membantu membina kesedaran dan persediaan khusus generasi muda kini terhadap trending budaya industri sebenar dan tuntutan pasaran kerjaya dalam perspektif yang lebih meluas, praktikal dan strategik.

Antara pengajaran penting menyatakan, generasi muda kita lebih sedar tentang kepentingan ‘content’ dan ‘database’ setiap industri untuk terus berdaya maju. Meet My Future Employer juga antara inisiatif strategik berterusan menyuntik kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan STEM dalam kelestarian daya saing institusi dan industri demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang berdaya maju, intelek serta dinamik.

Baca lagi: Program SocioEdu Memperkasa Pembangunan Insan 

Related posts

4 Thoughts to “Meet My Future Employer Menyuntik Kepentingan STEM”

  1. Program meet my future ini penting diadakan dan pelajar perlu diberi galakan kesedaran untuk mengikutinya. Semua subjek yang disediakan adalah kritikal course yang membantu untuk bidang pengajian luar negara nanti.

  2. Pendedahan awal ini membantu pelajar merencana aspek apa yang perlu di fokus sedari awal.

  3. banyak mafaatnya bila diberi pendedahan spt ini..

  4. bagus jika dapat pendedahan macam ni

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.