Mee Rebus Mastan Ghani
Mee Rebus Mastan Ghani sememangnya terkenal dan tersohor di Teluk Intan, Perak. Itulah yang diperkatakan kebanyakkan orang apabila bercerita tentang lokasi pilihan makanan popular di sekitar bandar Teluk Intan ini. Kesempatan dalam program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak, aku berpeluang merasai sendiri keenakan mee rebus Mastan Ghani yang menyelerakan.
 
Mee Rebus Mastan Ghani
 

Restoran Mee Rebus Mastan Ghani

 
Selesai acara memancing udang di Sungai Perak, kami telah dibawa menjamu selera petang ke restoran Mastan Ghani yang terletak di Bandar Teluk Intan. Kepenatan kami setelah hampir seharian memancing udang terubat apabila dihidangkan dengan air lychee bersama sepinggan mee rebus.
 
Oleh kerana aku juga boleh dikira sebagai peminat mee rebus, hidangan ini umpama pucuk dicita, ulam yang mendatang hehee…
 
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, restoran ini telah wujud sejak sekitar tahun 60an lagi. Namun ia bukanlah di restoran yang kami makan ini, tetapi di sebuah lagi restoran pertama yang hanya beberapa meter sahaja di seberang jalan.
 
Kepada sesiapa yang biasa berkunjung ke bandar ini atau warga Teluk Intan pastinya lebih mengetahui tentang sejarah mahu pun keistimewaan restoran Mastan Ghani ini. Kalau tak tahu, aku pun tak boleh nak kata apa… Apa yang aku pasti, mee rebus ni memang terbaik… sedap!
 
 
 
Mee Rebus Mastan Ghani
Tuuu dia…
 
Selain mee rebus, terdapat juga rojak, nasi ayam dan briyani. Makanan kami ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, dan memadailah mee rebus yang cukup popular ini memenuhi selera dan perut kami yang dalam kepenatan selepas memancing udang.
 
 
Bila dah pekena mee rebus Mastan Ghani, memang dah tak pandang kiri kanan… Tak percaya? Kenalah datang Teluk Intan dan mencubanya sendiri…
 
Mee Rebus Mastan Ghani
Menu berserta harga untuk rujukan anda.
Mee Rebus Mastan Ghani
Selfi dulu sebelum makan… baru happening… 😀
Mee Rebus Mastan Ghani
Kasi up load lagi sekali hehee.. mee rebus bersama segelas lychee.. perfecto.. 🙂
Mee Rebus Mastan Ghani
Restoran pertama di seberang jalan… sebaris dengan Menara Condong
 

Moh Ke Teluk Intan Pekena Mee Rebus Mastan Ghani!!!

 
Kepada anda yang bercadang untuk berkunjung ke Teluk Intan, melihat keunikan Menara Condong, memancing udang atau pun sekadar berjalan-jalan, pastikan mee rebus Mastan Ghani ini disenaraikan sebagai salah satu destinasi menjamu selera santai anda… Memang best!
 
Mee Rebus Mastan Ghani
Yeah makan!!… Bismillah…
 
Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan yang terdapat di negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.
 
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my
 
Anda juga dipersilakan like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk mengikuti maklumat dan aktiviti terkini di Perak.
Like Facebook – Tourism Malaysia Perak
 
 
 
Salam Hormat
Khir Khalid
 
 

53 Thoughts to “Mee Rebus Mastan Ghani, Teluk Intan”

  1. Belog Santai

    Salam Jumaat Khir..Sedapnya mee rebus tu..my all time favorite…kita pernah makan rebus kat bandar Ipoh..sedap sangat. Kuah dia sangat pekat dan terasa perencah yang memang best..

    1. Belog Santai

      Promoted content untuk Khir..

  2. Vee Sandi

    dah byk kali lalu teluk intan ni tapi mmg x tau … heh heh . saya update di blog baru -> http://cetusanmind.blogspot.com/ .

  3. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam Jumaat Khir…wah…sedapnyer Mee Rebus tu…

  4. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam Jumaat Khir…wah…sedapnyer Mee Rebus tu…

  5. Norhasniza Khalid

    mama kampung kat teluk intan tau.. kalau mee rebus ni memang tempat singgahan untuk makan. tengok gambar kedai mama dah tahu dah.. kenal bebeno tempat ni..

  6. Sylarius Yusof

    Antara perkara yang best kat negeri-negeri utara termasuk Perak; makanan sedap harga murah.

  7. Nurul Hidayah

    Tak berapa minat mee rebus tapi nampak dalam pinggan tu macam terrrkecor la juga.. haha

  8. Kepada yg gemar melancong tu jgn lepaskan peluang..

  9. sedapnya…kalau ke sana boleh la cari kedai nie

  10. nampak sedap..tula kan setiap tempat pasti ada keistimewaannya..

  11. selepas baca review bro Khir ni rasa teruja nk ke sana TAPI kalau drive semata-mata nk mkn mee rebus tu rasa x berbaloi lah pulak..hurrmm…kalau terjah area perak boleh try singgah sini

  12. TunSha Ayunie

    macam bestttt je tengok kuah mee rebus tu…

  13. Bunda pernah gak ke Teluk Intan…ronda2 kat menara condong dan makan2 kat medan selera depan2 tu jerlah…tak pernah lagi masuk kat mee rebus Mastan Ghani ni…nanti bolehlah cari nanti….

  14. salam. alamak…terliur pulak sy tengok 😀

  15. kalau sampai ke teluk intn nanti boleh la cari kedai ni..

  16. Cheq Eem

    saya tak perlu pergi jauh sampai ke teluk intan.. kalau balik kg depan taman perumahan saya ada cawangan dia. hehehe… tapi orang cakap rasanya tak sama macam dekat teluk intan.. pape pon mee rebus mastan ghani memang fofular….!

  17. Oww.. Dah lama x mkn mee rebus sedap. Teringat mee rebus ramli

  18. Sedapnya…sy dah lama x mkn mee rebus

  19. Anonymous

    Tak pernah g perak..

  20. ya pertama kali dengar nama …mee rebus mastan

  21. nanti pergi ambil anak…nak cuba mee rebus ni…mesti sedap ni…

  22. perghhh… menyelerakannya!! dah lama x makan mee rebus. hahaha. tapi kuah dia macam lain sikit. apa keunikan mee rebus dia abang Khir? ^^

  23. tahun bilalah nak g Perak ni. kawan-kawan Perak tak ada yang berkahwin lagi. haha

  24. Owh sebaris dengan menara condong yer. Mudah la nak cari nanti…

  25. kalau ke teluk intan, kena singah nie…

  26. Anonymous

    sedap tanpa perlu berkata apa2 hehe

  27. Mohd Shubhi

    Boleh try pekena mee rubus ni bila lalu di Teluk Intan nanti

  28. acik idah

    Errmm… idah tak berapa suka mee rebus… mungkin kerana rasanya sedikit manis kot… 😀

  29. wow mee rebus..CP memang akan cari mee rebus kalau singgah mana-mana destinasi

  30. Mee rebus Mastan Ghani memang popular di Teluk Intan tapi bagi saya ianya sudah tidak sesedap dulu lah… Ada satu restoren, kita orang panggil kedai sempit sebab kecil jer terselit dicelah2 dua kedai, berhampiran juga dgn Mastan Ghani pertama tu. Kat situ, mee rebusnya paling sedap dari dulu hingga kini!

  31. Nampak sedappp dan menyelerakan….

  32. nampak sedap jer….
    jwmput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/1qCfvwk

  33. boleh tahan menu tu.. nampak sedap.. boleh try kalau KM ke sana.. teluk intan ni ramai kawan hihi..

  34. wahh terliur plak tgok menu yang ada.. harus singgah nie bila jejak kaki ke Teluk Intan nanti..

  35. Akan kesana kalau dah mcm niii punya sedap nampak! Hahahaha…

  36. wweeeweee…nampak sedap….bila lah niesa nk jejak kaki ke sana..tsk.tsk.. :')

  37. kalau berkesempatan ke teluk intan
    memang wajib cuba menu tu, memang nampak sedap
    walau sebenarnya saya kurang berkenan dengan mee rebus
    tapi air laici tu buat saya teringin =)

  38. tu dia sedapnya terliuq gitu…hihi

  39. salam. alamak..sedapnya..terliur sy T_T

  40. Eshamz Halim

    Memang terbaik bro mee rebus mastan ghani…. aku selalu gak pekena mee rebus ni tp kat cawangan hutan melintang…..

  41. tengok gambar pun dah meleleh..hehee

  42. selalu lalu je…nak singgah kadang tak menyempat…cari yang perlu je…

  43. Waduh…waduh KK,.Tgk mee rebus ni.. tiba tiba pula jadi lapar hehe… saya peminat mee rebus juga tau hehe

  44. Saya bekas pelajar SEMESTI tahun 80an..Ini la makanan paling saya miss selepas 27 tahun meninggalkan Teluk Intan. Baru tahun lepas saya berpeluang merasa balik mee rebus dan rojak mastan.. perghhh. Minggu depan akan ke Teluk Intan. Takkan lepaskan peluang ke Mastan.

  45. sedapnya mee rebus, kiranya kedai mamak la kan?

  46. Memang terbaik aa mee rebus mastan gani nih.. kalau makan tuh rase macam nak mkn sekali 2 pinggan aje..

  47. sepatutnya saya buka artikel ini esok siang tetapi,..tangan ni tak tahan nak tengok mee rebus ni KK,hehe,.bila dah tengok,.perut mintak makanan,.aduhai,.tengah malam dia mintak ha,.hehe,..like MEE REBUS 🙂 Luv it,.

  48. Zaman sekolah dulu memang selalu pergi sini, bila keluar ke pekan … nak cari makan … saya dengan geng sekolah akan makan mee rebus mastan ghani.

    Baru ni ada pergi kembali selepas lebih 20 tahun. Tak berapa nak sedap macam dulu dah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.