Assalamualaikum. Alhamdulillah, Masjid Buluh Gua Musang menjadi salah satu jurnal perjalanan kami yang tertarik untuk saya kongsikan kepada pembaca melalui artikel ini. Senibina yang kreatif dan unik, ia antara masjid yang patut anda kunjungi jika berada di Gua Musang, Kelantan.
Baru-baru ini, saya telah memulakan semula jurnal videografi perjalanan motovlog The 2Wheeler untuk tahun ini ke negeri Kelantan setelah melalui bulan Ramadan dan menyambut Syawal. Perjalanan dari Plaza Tol Gombak melalui Raub, Kuala Lipis dan Lebuhraya CSR menjadikan Gua Musang sebagai lokasi persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.
Ini juga merupakan kali kedua kami merakam perjalanan melalui Gua Musang, dan kali ini kami memang berhasrat untuk singgah ke Masjid ini untuk menunaikan solat jamak disamping melihat sendiri keunikan senibina masjid ini.

Kreativiti Masjid Buluh Gua Musang
Masjid Buluh Gua Musang ini diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ia dibina berasaskan batu bata dan buluh. Hampir 90 peratus struktur binaan masjid ini adalah berasaskan buluh betong tempatan (Dendracalamus asper) dan buluh hitam (Phyllostachys nigra) yang diimport dari Bandung, Indonesia.
Masjid ini mula dibina pada tahun 2015 dan telah dibuka sepenuhnya pada 2018. Terletak di tepi jalan dalam laluan jalan raya Gua Musang – Kuala Krai, ia juga menjadi laluan pintu masuk ke bandar Gua Musang dari arah Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Masjid ini juga menjadi lokasi strategik kepada musafir untuk singgah menunaikan solat dan berehat dengan selesa sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.



Apa pun, kami juga bersyukur kerana dapat berkunjung melihat keunikan senibina Masjid Buluh pada jurnal videografi perjalanan couple ride dari KL ke Kota Bharu disamping mengabadikan pengalaman ke sini sebagai sebahagian pengisian buat tontonan bersama di YouTube.
Anda boleh tonton video penuh perjalanan kami dari KL ke Kota Bharu berserta persinggahan ke Masjid Buluh Gua Musang ini di sini: https://www.youtube.com/watch?v=3wFYyZJj7mc
Baca juga: Punca Saya Terjebak Dengan Motovlog (The 2Wheeler)

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
wah masjid senibina unik n cantik
[…] Baca lagi: Masjid Buluh Gua Musang Senibina Yang Unik […]